Animasi
- merupakan kaedah memanipulasi objek dalam susunan gambar yang dipaparkan satu persatu dengan kelajuan tertentu bagi mendapatkan ilusi seolah-olah gambar tersebut sedang bergerak.
Kaedah
- dulu pengambaran animasi lukisan dilakukan pada gambar yang dilukis pada helaian plastik seluloid. Kebanyakan animasi sekarang menggunakan teknologi komputer atau computer-generated imagery (CGI). Kaedah animasi lain termasuklah stop motion (seperti cutouts dan patung) dan animasi 3D.
- Sila lihat https://en.wikipedia.org/wiki/Animation
Kegunaan
- Pendidikan – dapat menyampaikan mesej dengan penekanan yang baik termasuklah aspek emosi.
- Propaganda – untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap kempen-kempen tertentu seperti perang.
- Komersil – Iklan produk dan hiburan seperti cerita animasi.
Perbezaan antara grafik dan animasi
- Grafik merupakan gambar pegun, animasi merupakan ilusi gambar bergerak.
- Sila lihat https://www.askdifference.com/graphics-vs-animation/