Bahan-bahan pengajaran

Apakah yang dimaksudkan dengan bahan pengajaran / instructional materials?

Bahan pengajaran adalah semua benda yang digunakan oleh guru dalam suatu sesi pengajaran untuk membantu mencapai objektif pengajaran tersebut.

Apakah kriteria umum dalam memilih, mengadaptasi atau menghasilkan sesuatu bahan pengajaran?

  1. Objektif pengajaran (perkara-perkara yang hendak dicapai)
  2. Pelajar (Jenis, keadaan dan tahap pelajar)
  3. Situasi pengajaran (Saiz kelas, jenis gangguan, kemudahan yang ada)
  4. Sumber yang ada (Masa, tenaga, dana, kemahiran, kebolehgunaan, keberkesanan)

Bagaimanakah teknologi dapat membantu dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran?

  1. Proses mendapatkan bahan pengajaran sedia ada menjadi lebih mudah dan cepat (contoh: pencarian guna kata kunci menerusi Internet, pangkalan data).
  2. Proses mengadaptasi bahan sedia ada dan menghasilkan bahan yang baru menjadi lebih mudah dengan aplikasi offline dan online (Contoh: MS Word, aplikasi web 2.0).
  3. Proses menilai keberkesanan sesuatu bahan atau peralatan pengajaran boleh dilakukan dengan lebih efektif (Contoh: Perbincangan tentang bahan secara online forum, laman sosial, grup WhatsApp).

Seorang guru memerlukan sebuah video yang menerangkan proses kejadian hujan. Terdapat 3 cara guru tersebut dapat menyediakan bahan pengajaran dengan teknologi bersesuaian dengan masa, dana dan kepakaran yang ada:

  1. Mencari dan menggunakan terus bahan pengajaran sedia ada
    • Bahan sedia ada tidak perlu apa-apa pengubahsuaian
    • Langkah yang paling menjimatkan
    • Contoh: Guru boleh terus dapatkan video tersebut daripada YouTube.
    • Perlu berhati-hati dengan isu copyright.
  2. Mengadaptasi bahan pengajaran sedia ada
    • Bahan sedia ada perlu pengubahsuaian
    • Guru mempunyai masa, dana dan kepakaran dalam usaha mengubahsuai bahan
    • Contoh: Video yang diperolehi daripada YouTube itu dalam bahasa Jerman. Guru perlu ada masa, peralatan dan kemahiran yang sesuai untuk mengedit video tersebut untuk dialih bahasa kepada Bahasa Melayu.
    • Perlu berhati-hati dengan isu copyright.
  3. Menghasilkan bahan pengajaran yang baru
    • Tiada bahan sedia ada yang sesuai
    • Guru mempunyai masa, dana dan kepakaran dalam usaha menghasilkan bahan
    • Langkah yang paling mahal
    • Contoh: Guru tidak menjumpai video yang sesuai dengan tahap pelajar. Beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan video animasi sendiri. Ini boleh dilakukan jika beliau mempunyai masa, peralatan, dana dan kemahiran yang cukup.
    • Tidak perlu berhati-hati dengan isu copyright sekiranya semua elemen (audio, video, gambar dsb.) dihasilkan sendiri.

Antara perisian offline percuma atau freeware yang boleh digunakan bagi menghasilkan bahan pengajaran:

Antara perisian online (Web 2.0) yang boleh digunakan bagi menghasilkan bahan pengajaran:

Bagaimanakah integrasi media, kaedah dan bahan pengajaran yang baik dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran?

  • Media, kaedah dan bahan pengajaran dapat saling menguatkan impak masing-masing pada pelajar.
  • Contoh: Seorang guru Matematik akan membuat kelas pada masa yang terakhir dalam minggu itu. Para pelajar dijangka akan sangat mengantuk, lapar dan tidak sabar-sabar untuk pulang. Objektif pelajaran ialah memastikan para pelajar dapat menambah dua nombor yang mempunyai tiga digit dengan betul. Guru tersebut yang sudah masak dengan sifat para pelajarnya telah membuat pelan pengajaran yang menggunakan aplikasi kuiz online sebagai media, permainan sebagai kaedah, soalan-soalan yang berkaitan dan peralatan di makmal komputer sebagai bahan pengajaran. Guru itu hanya akan melaksanakan pelan ini selepas memastikan para pelajarnya mempunyai pengetahuan asas tambah dua nombor pada kelas sebelumnya.

Rujukan:

Newby, T. J., Stepich, D. A., Lehman, J. D., & Russell, J. D. (2006). Educational technology for teaching and learning (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Info tambahan daripada ahli komuniti KAJI.my:

  1. A182 A: https://cekgucekgu5.wixsite.com/mysite
  2. A182 A berkenaan CRAP: https://gurugurusekaliankabeh.my-free.website/

Kembali ke Laman Utama Teknologi Pendidikan

22
Leave a Reply

Please Login to comment
22 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
22 Comment authors
AIZARINA AZUREENIzati AdibaSOFIATUL JANNAHMiyu Biseஅர்வின் முனிஷ் Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
AIZARINA AZUREEN
Member
AIZARINA AZUREEN

AIZARINA AZUREEN SOFIAN (261965)
Bahan-bahan pengajaran menerangkan segala segala kaedah dan alat yang digunakan oleh guru dalam suatu sesi pengajaran bagi menlmbantu mencapai objektif pengajaran tersebut. Kemudahan teknologi bukan sahaja memudahkan urusan seharian malah dapat membantu dalam menyediakan bahan pengajaran yang sedia ada dengan lebih cepat dan menarik. Aplikasi offline dan online merujuk kepada bahan pengajaran yang terkini yakni digunakan oleh guru bagi menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik.

Izati Adiba
Member
Izati Adiba

izati adiba(264486)
dalam topik ini ,bagi saya sebagai seorang pelajar topik ini membantu saya dalam menambah baik dalam kaedah pembelajaran saya.Topik ini memberitahu maklumat yang sangat berguna sebagai seorang pelajar dan semestinya lebih berguna kepada seorang guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran melalui freeware dan perisian online yang terdapat dalam topik ini.Guru dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada pelajar dan pelajar seperti saya juga akan merasa lebih berminat atau tertarik dengan proses pembelajaran seperti ini.Jadi topik ini sangat membantu guru dan juga pelajar dalam proses pembelajaran.

SOFIATUL JANNAH
Member
SOFIATUL JANNAH

SOFIATUL JANNAH BINTI SABRI ( 261379 )
Pada pendapat saya, pembelajaran dengan kaji. my ini amat menarik. setiap maklumat yang diberi amat ringkas namun padat sekali. hal ini membuatkan saya berminat untuk membaca dan tidak mudah bosan. melalui topik ini, telah diterangkan media percuma yang boleh digunakan oleh guru untuk menjadikan proses pengajaran lebih menarik. antara bahan tersebut ialah canva, powtoon, padlet, kahoot dan sebagainya. maklumat ini amat berguna kepada guru untuk mengkreatifkan proses pengajarannya nanti. secara umumnya kaji. my ini amat menarik sebagai bahan pemvelajaran saya.

Miyu Bise
Member
Miyu Bise

In this article, most important thing that we should understand is, nowadays, creating new materials is easier than before for teachers because of MS Word etc, and the process of assessing the effectiveness of a teaching material or equipment can be done more effectively by the social medias, for example, WhatsApp. However, even though the process of making materials for classes became easier than before, teachers have to adjust the class level for students. Therefore, students can understand easily and will have interest in these materials. To make materials for class by using media gives impact on students because teachers… Read more »

அர்வின் முனிஷ்
Member
அர்வின் முனிஷ்

Arvin Munish (264737)
Dalam topik ini, saya telah mempelajari tentang bahan-bahan pengajaran. Antaranya ialah mendapatkan bahan pengajaran sedia ada, mengadaptasi bahan sedia ada dan menghasilkan bahan yang baru, dan Menghasilkan bahan pengajaran yang baru. Penyediaan bahan merupakan sangat penting sebab bahan tersebut akan membantu pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah menyediakan bahan dengan memberi maklumat & isi-isi yang penting dengan jelas.

Nur Farah
Member
Nur Farah

NUR FARAH BINTI ABDULL RAMAN (264928) Melalui bab ini iaitu bahan-bahan pengajaran, apa yang saya dapat ringkaskan di sini ialah seseorang guru itu boleh menggunakan bahan pengajaran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Sebelum seseorang guru itu menyediakan atau menghasilkan bahan pengajaran, terdapat beberapa kriteria umum yang dinyatakan. Dalam topik ini juga ia menerangkan bagaimana teknologi dapat membantu dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran. Antara langkah untuk guru menghasilkan bahan pengajaran ialah dengan menggunakan aplikasi online atau offline seperti padlet dan GIMP. Akhir sekali, topik ini menerangkan bagaimana integrasi media, kaedah dan bahan pengajaran yang baik dapat… Read more »

Nur Amirah Bt M.Razali
Member
Nur Amirah Bt M.Razali

NUR’ AMIRAH BT M.RAZALI (264949) Bab ini menolong saya untuk memahami maksud bahan pengajaran dengan lebih jelas dan membantu memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai mengikut kriterianya. Antara kriteria yang perlu dititiberatkan ialah objektif, pelajar, situasi pengajaran dan juga sumber sedia ada. Bab ini juga menerangkan bagaimana teknologi maklumat dapat membantu dalam penghasilan bahan pengajaran yang efektif. Sebagai bakal guru, antara langkah yang boleh diambil untuk menyediakan bahan pengajaran yang berkesan ialah menggunakan perisian online yang percuma (freeware) atau web 2.0. Hal ini dapat mendedahkan pelajar tentang kegunaan teknologi maklumat dari peringkat sekolah lagi. Tambahan lagi, bahan pengajaran yang disediakan adalah… Read more »

hani sofiah
Member
hani sofiah

HANI SOFIAH BT AB HAFIZ (264894) Apa yang telah saya faham dalam topik ini, ia menerangkan tentang bahan pengajaran. Dari definisi bahan pengajaran dapat dijelaskan bahawa guru boleh menggunakan semua benda dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Selain itu, topik ini menjelaskan kriteria umum yang perlu diketahui oleh guru untuk mewujudkan atau menghasilkan sesuatu bahan pengajaran. Seterusnya, ia juga menerangkan dengan jelas tentang bagaimana teknologi dapat membantu dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran kepada guru agar menjadikan kelas lebih menarik. Selain itu, topik ini memberi contoh-contoh aplikasi secara online atau offline yang boleh digunakan oleh guru untuk menghasilkan… Read more »

Anis_Azwani
Member
Anis_Azwani

Nur Anis Azwani Binti Mohd Azhar
264325
Topik ini mengenai bahan-bahan pengajaran yang boleh digunakan oleh para guru. Melalui topik ini, ia memperkenalkan kriteria umum mengenai bahan pengajaran yg akan digunakan. Bahan-bahan pengajaran juga menggunakan teknologi terkini untuk memudahkan lagi para guru menerangkan suatu topik berkenaan sesuatu pengajaran.

amani
Member
amani

Bahan pengajaran merupakan sesuatu benda yang selalunya digunakan oleh guru untuk membantu dalam sesi pembelajaran. Ianya dapat memudahkan guru dalam untuk menerangkan sesuatu maklumat kepada pelajar.contohnya, terdapat perisian offline percuma yang boleh digunakan bagi menghasilkan bahan pengajaran seperti GIMP..GIMP digunakan untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, megabungkan lukisan-lukisan pelbagai, menukarkan ciri-ciri imej yang tidak dikehendaki , dan sebagainya.selain itu, terdapat perisian online yang boleh digunakan dalam menghasilkan bahan pengajaran antaranya Quizlet . Quizlet digunakan untuk membantu guru mengajar pelajar dengan lebih menarik.pelajar juga dapat menggunakan Quizlet ini untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih berkesan.mereka boleh… Read more »

Yamunna Selvakumaran
Member
Yamunna Selvakumaran

Yamunna A/P Selvakumaran (264354)
Dalam topik ini, saya mempelajari tentang bahan-bahan pengajaran. Terdapat kriteria umum dalam memilih, mengadaptasi atau menghasilkan sesuatu bahan pengajaran. Bahan pengajaran memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat atau info kepada pelajar dengan cara yang efektif.

Afrina Nabila
Member
Afrina Nabila

NORAFRINA NABILA BINTI MOHD ZAINI (264183) Dalam bab ini, saya lebih mengetahui tentang bahan bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran. Terdapat beberapa kriteria umum untuk menghasilkan sesuatu bahan pengajaran. Selain itu, saya juga mengetahui beberapa pengisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran. Antaranya ialah GIMP dan Inkscape. Oleh iti, secara tidak langsung ini dapat membuka minda saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelbagai peisian yang terdapat di dalam internet dan yang boleh digunakan untuk diadaptasikan dalam media pengajaran. GIMP sangat membatu saya kerana, dengan adanya GIMP, saya dapat belajar untuk mengedit gambar agar menjadi sesuatu yang menarik. Saya… Read more »

Adawiyah Ashari
Member
Adawiyah Ashari

RUBIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD ASHARI (264831)

apa yang saya faham dalam topik ini ialah ia mengenai bahan-bahan pengajaran yang mana pendidik boleh aplikasikan semasa aktiviti pembelajaran & pengajran. dalam ingin menyediakan sesuatu bahan pengajaran ia mempunyai beberapa kriteria yang dititikberatkan supaya objektif pembelajaran dapat dicapai disamping penggunaan bahan pengajaran yang menggunakan teknologi akan lebih menarik minat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembelajaran yang sedang berlangsung. dalam ini juga terdapat beberapa sample bahan-bahan pengajaran yang boleh kita explore dengan lebih mendalam mengenainya dimana ia akan memberikan pendedahan awal bagi mereka yang baru ingin menceburi penggunaan bahan-bahan pengajaran yang terkini.

zarifah
Member
zarifah

ZARIFAH BT MAT AKHIR (262476)
Melalui bab ini, saya mempelajari tentang bahan-bahan pengajaran. Bahan pengajaran adalah semua benda yang digunakan oleh guru dalam suatu sesi pengajaran untuk membantu mencapai objektif pengajaran tersebut. selain itu,teknologi dapat membantu dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana dapat memudahkan sesi pengajaran. Guru juga dapat menarik perhatian pelajar dengan menggunakan aplikasi web 2.0.

Intan Hafizah
Member
Intan Hafizah

Dalam topik 7 iaitu bahan-bahan pengajaran, guru memerlukan bahan pengajaran untuk mengajar dan menerangkan kepada pelajar mereka dengan lebih berkesan. Bahan pengajaran membantu guru dalam memudahkan proses penerangan kepada pelajar seperti contohnya, untuk menerangkan tentang proses pembentukan awan, guru boleh memudahkan proses penerangan dengan menggunakan bahan pengajaran seperti sebuah video untuk proses tersebut. Selaras dengan kemajuan teknologi, terdapat pelbagai perisian secara percuma utk mencipta bahan pengajaran seperti GIMP, Inkscape, Canva, Kahoot dan sebagainya.

Rabbaniyah Mohamed
Member
Rabbaniyah Mohamed

Rabbaniyah Binti Mohamed (264387)
Bahan-bahan pengajaran merupakan perkara yang juga dianggap penting untuk para guru mengenalpasti dan menggunakan bahan-bahan yang sesuai untuk memulakan sesi pembelajaran. Dalam entri ini, bahan pengajaran lebih difokuskan pada bahan pengajaran yang meliatkan teknologi. Terdapat juga beberapa contoh perisian offline percuma yang boleh digunakan iaitu inkscape, GIMP, Blender dan sebagainya. Hal ini amat membantu para guru dan pelajar untuk meningkatkan kualiti pembelajaran mengikut arus globalisasi.

Yu Xuan Bong
Member
Yu Xuan Bong

BONG YU XUAN (263585)
Melalui topik ini, saya mendapati kriteria umum dalam memilih, mengadaptasi atau menghasilkan sesuatu bahan pengajaran supaya dapat menghasilkan bahan pengajaran yang efektif. Dalam topik ini, saya dapat mempelajari perisian offline seperti Inkscape untuk mencipta gambar dalam bahan pengajaran. Selain itu, saya juga mendapati kebanyakan perisian online iaitu Web 2.0 dapat menghasilkan bahan pengajaran seperti kahoot, padlet, quizizz, prezi dan sebagainya.

farhanikassim
Member
farhanikassim

Noor Farhani bt Mat Kassim (263531)
Dengan adanya teknologi dalam pendidikan ia membantu guru meningkat kan tahap pembelajaran serta maklumat yang di berikan kepada murid. sebagai contoh kebiasaannya guru hanya mengajar secara bertutur kata dan secara lisan dan ia mungkin akan membosankan jika dalam masa yang panjang. Oleh itu, dengan adanya teknologi guru boleh mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran supaya lebih menarik sebagai contoh canva dan prezi. selain itu, guru juga boleh bermain permainan secara online dan ia menarik minat pelajar terutama pelajar sekolah rendah seperti kahoot dan quizizz.

GOH YI ZHI
Member
GOH YI ZHI

Pada pendapat saya, saya telah belajar definisi bahan pengajran. Selain itu, kriteria-kriteria umum yang diperlukan dalam memilih, mengadaptasi atau menghasilkan sesuatu bahan pengajaran ialah objektif pengajaran, pelajar, situasi pengajaran dan sumber yang ada. Antara perisian offline percuma yang boleh digunakan bagi menghasilkan bahan pengajaran ialah GIMP, Inkscape dan sebagainya. Antara perisian online (Web 2.0) yang boleh digunakan bagi menghasilkan bahan pengajaran ialah Kahoot!, Canva dan sebagainya.

Rizaela Suhada
Member
Rizaela Suhada

Dalam bab ini, saya dapat merumuskan bahawa bahan pengajaran yang sesuai amat penting kepada para guru dalam sesi PdP bagi membantu mereka mengajar dengan lebih berkesan. Namun begitu, pemilihan bahan pengajaran juga amat penting dan haruslah bersesuaian dengan tahap dan keadaan pelajarnya supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

Nurhikmah
Member
Nurhikmah

Melalui bab bahan-bahan pengajaran ini, saya dapat mempelajari bagaimana untuk menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini. Guru-guru dapat menggunakan kaedah perisian online ini sebagai bahan pengajaran yang lebih menarik di dalam kelas supaya dapat mempengaruhi pelajar-pelajar untuk lebih semangat untuk belajar berbanding menggunakan kaedah pengajaran yang lama. Selain guru, para pelajar ini juga boleh menggunakan cara ini untuk pembelajaran mereka supaya lebih mudah difahami. Diharapkan saya dapat menggunakan ilmu ini jika diberi peluang untuk menjadi seorang guru pada masa hadapan.

FARAH WAHIDA YUSOFF
Member
FARAH WAHIDA YUSOFF

Pada pendapat saya, dalam bab ini yang berkaitan tentang bahan-bahan pengajaran banyak memberi manfaat terutamanya untuk para pengajar. Bab ini memberi pengetahuan tentang cara-cara penyediaan bahan pengajaran menggunakan teknologi mengikut keadaan semasa. Saya harap dapat manfaatkan ilmu ini pada masa akan datang. Terima kasih. 🙂