Cabaran dalam melaksanakan suatu inovasi dan teknologi baru (SGDT4013)

Pentadbiran (Silibus)

  • Teknologi baru yang diperkenalkan secara mendadak biasanya akan disambut dengan persepsi negatif.
  • Apabila mendapat arahan untuk menggunakan teknologi baru, biasanya pihak yang terlibat (guru dan pentadbir) melihat usaha ini merupakan suatu eksperimen yang baru dan tidak akan bertahan lama.
  • Ini akan menyebabkan kesungguhan menggunakan teknologi baru akan berkurang lebih-lebih lagi apabila kurang sokongan dan latihan yang secukupnya sebelum penggunaan teknologi itu dikuatkuasakan.
  • Pihak atasan perlu menyediakan kemudahan dan latihan yang secukupnya sebelum menguatkuasakan sebarang penggunaan teknologi baru untuk memastikan penggunaan yang optimum. Ini untuk mengelakkan teknologi yang berpotensi gagal disebabkan cara pelaksanaan dan bukannya disebabkan oleh kekurangan teknologi itu sendiri.

Perkakasan / Hardware (Silibus)

  • Transformasi pendidikan memerlukan teknologi komputer dan Internet.
  • Perisian memerlukan perkakasan.
  • Bilangan perlu mencukupi, memenuhi spesifikasi minima dan sentiasa diselenggara dengan baik.
  • Sekolah memerlukan staf sokongan yang boleh menyelenggara komputer dan akses kepada jaringan Internet. Servis pihak luar akan melibatkan peningkatan kos yang tinggi.

Perisian / Software (Silibus)

  • Perkakasan memerlukan perisian untuk berfungsi.
  • Terdapat pelbagai perisian yang percuma yang mempunyai keupayaan yang hampir sama dengan perisian komersil.
  • Namun, fungsi perisian (online ataupun offline) biasanya akan terganggu dengan ancaman siber seperti virus, penggodam dan spam.
  • Perlu staf sokongan dan peralatan yang baik (antivirus dsb) untuk menghadapi ancaman jenis ini.

Latihan (Silibus)

  • Pihak atasan mengharapkan agar guru-guru dapat menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
  • Yang berlaku ialah guru kurang mendapat sokongan dan latihan yang sepatutnya.
  • Akibatnya peralatan dan kemudahan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Guru masih terikut dengan pengajaran cara lama.

Kewangan (Silibus)

  • Perkakasan dan penyelenggaraaan secara amnya akan memerlukan perbelanjaan yang besar.
  • Pihak sekolah biasanya menghadapi kekangan dalam menyediakan dana yang secukupnya untuk tujuan latihan, pembelian dan penyelenggaraan peralatan ICT.

Rujukan

Kembali ke laman utama SGDT4013