3 Faktor utama dalam memastikan animasi untuk pendidikan berkualiti:
- Content
- Visual design
- Smoothness of animation
Isi kandungan / Content
- Isi kandungan perlu disediakan dalam bentuk skrip untuk menghubungkan isi pelajaran dan jalan cerita.
- Adakah jalan cerita berkait rapat dengan isi kandungan pelajaran?
- Adakah skrip menerangkan konsep-konsep perlu dengan baik?
- Adakah jalan cerita menekankan isi-isi penting?
- Adakah cerita disampaikan dengan nada percakapan seharian?
- Adakah watak cerita mempunyai perwatakan yang sesuai dengan tahap pelajar?
Reka bentuk visual / Visual design
- Persembahan perlu cantik dan sesuai dengan tahap kualiti visual semasa.
- Mempunyai elemen keaslian yang berbeza dengan animasi lain.
- Animasi yang baik biasanya memenuhi prinsip-prinsip animasi yang berikut:
- Squash and Stretch – efek yang menunjukkan tahap kekenyalan suatu objek mengikut beratnya.
- Anticipation – efek yang membolehkan penonton dapat mengagak pergerakan yang akan dilakukan oleh objek.
- Arcs – pergerakan objek perlu mengikut suatu lengkungan supaya kelihatan lancar dan realistik.
- Ease In, Ease Out – Objek bermula perlahan sebelum bergerak laju dan mulai perlahan sebelum berhenti.
- Appeal – Menarik perhatian penonton pada objek yang dikehendaki
- Timing – Kelajuan yang sesuai bagi objek yang terlibat dalam suatu babak.
- Solid Drawing – Efek yang membuatkan objek 2D kelihatan seperti 3D. Sudut pandangan dan bayang-bayang memainkan peranan.
- Exaggeration – Efek ekstrem bagi menarik perhatian kepada perlakuan objek dalam suatu babak.
- Pose-to-Pose – Menentukan gaya dan kedudukan utama / key pose objek pada 2 masa yang berbeza sebagai rujukan utama juruanimasi. Seterusnya juruanimasi akan menghasilkan gambaran perantaraan di antara dua key pose objek tersebut.
- Staging – Menarik perhatian pada objek yang ingin diketengahkan termasuklah perbuatan dan ekspresi muka.
- Secondary Action – Aksi yang memberi gambaran yang lebih jelas pada aksi yang utama.
- Follow Through – Bahagian-bahagian lain pada objek masih lagi bergerak walaupun badan utama objek telah berhenti bergerak akibat konsep inersia.
- Sila lihat https://www.youtube.com/watch?v=uDqjIdI4bF4
Kelancaran animasi
- Animasi perlu lancar baik dari segi kadar kerangka per saat atau frame rate per second mahupun dari segi pergerakan objek yang realistik.
- Lebih tinggi nilai fps lebih lancar suatu animasi.
- 15 fps merupakan kelajuan minima bagi mendapatkan kelancaran animasi yang memuaskan.
Rujukan