Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran (SGDT4013)

Web 1.0

  • Merujuk pada laman sesawang yang pasif iaitu pelawat laman hanya boleh melihat isi kandungan laman tersebut.
  • Contoh: Kaji.my

Web 2.0 Tools (Silibus)

  • Merujuk kepada laman sesawang yang mempunyai bahan-bahan yang di hasilkan sendiri oleh pengguna laman tersebut. Pengguna juga boleh berinteraksi dengan pengguna lain.
  • Contoh: Padlet, Kahoot!, Canva

Social Media / Network Sites (Silibus)

  • Laman jejaring sosial atau social networking sites (SNSs) merupakan suatu platform yang membolehkan pengguna mewujudkan suatu komuniti maya. Pengguna dapat membuat profil diri, berkomunikasi dengan ahli-ahli komuniti secara maya.
  • Contoh: Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn, WhatsApp, Pinterest

Blog (Silibus)

  • Merupakan laman individu atau kumpulan kecil yang bersifat tidak formal yang kerap dikemaskini seperti diari.
  • Menyediakan ruangan untuk pelawat blog memberi pandangan dan mengaju soalan.
  • Biasanya catatan blog yang terkini akan dipaparkan dahulu.

YouTube (Silibus)

  • Merupakan suatu platform perkongsian video untuk pengguna seluruh dunia.
  • Berpusat di San Bruno, California, Amerika Syarikat.
  • Diasaskan oleh Chad Hurly, Steve Chen dan Jawed Karim yang merupakan bekas pekerja payPal dalam bulan Februari pada tahun 2005.
  • YouTube kini merupakan salah satu daripada anak syarikat Google. Google telah membeli platform ini pada November 2006 dengan harga USD1.65 billion.

E-Learning (Silibus)

  • merujuk kepada pembelajaran menggunakan teknologi digital yang mengikuti suatu kurikulum.
  • Contoh: Courseware, MOOC

Peranan serta kelebihan Internet yang dapat memanfaatkan guru dan pelajar

  • Penghasilan suatu BBM.
  • Sumber rujukan yang sangat besar.
  • Perkongsian pendapat dan bahan secara segerak (synchronous) atau tidak segerak (asynchronous).
  • Memudahkan kolaborasi antara ahli kumpulan.
  • Dapat mengetahui trend terkini dengan cepat.
  • Perlu berhati-hati dengan ketepatan maklumat.
  • Sila lihat https://www.theasianschool.net/blog/role-of-internet-in-education/

Kembali ke laman utama SGDT4013