Isu-isu dan trend dalam teknologi pendidikan

Antara isu-isu dalam mengintegrasikan teknologi pendidikan terkini:

  1. Kemudahan ICT – mahal untuk disediakan dan diselenggarakan.
  2. Latihan yang cukup untuk pengguna terlibat – guru, pelajar dan pentadbir.
  3. Kekangan masa – penyediaan bahan yang sesuai memerlukan masa untuk disediakan kerana perlu belajar guna dahulu teknologi yang berkaitan sebelum dapat mengolah dan membina bahan yang diingini.
  4. Kekangan dana – peralatan dan aplikasi ICT agak mahal.
  5. Kesediaan guru dan pelajar – terdapat guru dan pelajar yang kurang bersedia menggunakan teknologi tertentu.
  6. Undang-undang siber / Cyber law untuk melindungi
    • Copyright / Hakcipta
    • Keselamatan pengguna (maklumat sensitif seperti bab kewangan, no IC, alamat dsb)
  7. Etika siber / Cyber ethics – penggunaan teknologi yang tidak memberi mudarat atau kesan negatif pada pengguna lain. Contoh:
    • Tidak menggunakan kata-kata kasar.
    • Tidak melakukan plagiat.
    • Tidak memecah masuk sistem komputer orang lain.
    • Menghormati hakcipta apabila menggunakan sebarang bahan yang diperolehi secara digital.
  8. Kod yang memberi ancaman kepada pengguna komputer dan Internet seperti virus dan malware.
  9. Setiap pengguna Internet dan organisasi yang menyediakan perkhidmatan online terikat dengan suatu Acceptable Use Policy (AUP). Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang AUP.

Antara trend yang semakin mendapat perhatian:

  1. Pengkomputeran mudah alih / mobile computing
  2. Web 2.0 dan ke atas
  3. Gamification
  4. updating…

Rujukan:

  1. Newby, T. J., Stepich, D. A., Lehman, J. D., & Russell, J. D. (2006). Educational technology for teaching and learning (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.
  2. https://techterms.com/definition/aup

Info tambahan daripada ahli komuniti KAJI.my:

  1. A182 A: https://anakalias98.wixsite.com/notacikgu

Kembali ke Laman Utama Teknologi Pendidikan

20
Leave a Reply

Please Login to comment
20 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
20 Comment authors
Adh DhamirahnabilazawawiAIZARINA AZUREENnurul nabillaIla Nabila Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Adh Dhamirah
Member
Adh Dhamirah

ADH DHAMIRAH BINTI ABDUL JALIL (265082) Setelah mempelajari topik ini, saya mengetahui isu isu dan trend yang berlaku dalam teknologi pendidikan di negara kita.Perkara ini adalah penting untuk dipelajari bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang mungkin akan tibul akibat daripada kelemahan guru dalam mengoperasikan pengajaran dan pemudahcaraan melalui teknologi pendidikan. Pada pendapat saya, guru bukan sahaja perlu peka mengenai isu isu yang berbangkit, malah perlu cakna akan tren yang semakin hari semakin membangun.Memandangkan guru adalah sumber ilmu kepada para pelajar, guru perlu sentiasa mengikut peredaran masa dan teknologi bagi meningkatkan kualiti pendidikan di dalam mahupun luar kelas.Saya yakin bahawa kualiti pendidkan… Read more »

nabilazawawi
Member
nabilazawawi

WAN NUR NABILA HUDA BINTI WAN ZAWAWI (262831)

Melalui topik ini saya dapat mengetahui isu-isu dan trend yang berlaku dalam teknologi pendidikan. Hal ini membantu saya untuk membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi isu-isu sebegini apabila saya menjadi seorang guru suatu hari nanti

AIZARINA AZUREEN
Member
AIZARINA AZUREEN

AIZARINA AZUREEN SOFIAN (261965)
Bab ini menerangkan dengan adanya pengintegrasian teknologi yang selari pada masa kini mendatangkan isu-isu dan trend yang pelbagai. Ini merupakan satu cabaran kepada guru bagi menyampaikan kaedah pengajaran yang berasaskan teknologi di mana kemudahan teknologi terkini lebih mahal dan semakin sukar digunakan bagi guru yang yang berpengalaman mengajar menggunakan kaedah kertas dan papan putih. Mereka terpaksa belajar dan membiasakan diri terhadap penggunaaan teknologi yang terkini .

nurul nabilla
Member
nurul nabilla

topik ini membantu saya memahami dengan lebih jelas bahawa pendidikan masa kini yang semakin mencabar dan tentunya memerlukan penekanan yang lebih dalam mewujudkan pendidikan yang berkesan, yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar. kecanggihan teknologi sangat membantu dalam memupuk minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan untuk meneroka malah lebih semangat untuk belajar, contohnya pembelajaran secara gamefiction, ataupun web 2.0 yang tentunya lebih menarik dan seronok untuk digunakan.

Ila Nabila
Member
Ila Nabila

Isu dalam teknologi pendidikan terkini:- Pada era yang serba maju dan moden, kita tidak dapat lari daripada kecanggihan teknologi yang semakin berkembang. Perkembangan pendidikan daripada kaedah tradisional hingga ke Pembelajaran Berasaskan Masalah masih diperkatakan hingga kini. Di Malaysia, Mobile Learning ( M-Learning) baru diperkenalkan. Kertas kerja ini membincangkan tentang perkembangan Pembelajaran M-Learning di Malaysia, faedah serta masalah yang dihadapi dalam mengintegrasikan alatan mudah alih dengan senario pendidikan. Selain itu, kaitan pendidikan dengan teknologi mudah alih turut dibincangkan dengan lebih terperinci. Cadangan untuk menjayakan kaedah pendidikan M-Learning juga diutarakan bagi mengaplikasikan teknik ini di Malaysia. Kelebihan Penggunaan Teknologi Mudah Alih Dalam… Read more »

SOFIATUL JANNAH
Member
SOFIATUL JANNAH

SOFIATUL JANNNAH BINTI SABRI ( 261379 )
bagi saya, bab ini amat penting untuk dipelajari. hal ini kera pada zaman yang serba canggih ini, pelbagai isu yang telah timbul. oleh itu apabila kita mengetahui lebih awal perkara ini, ia dapat memudahkan kita membuat persediaan bagi menangani masalah yang datang. etika penggunaan teknologi ini juga perlu diambil berat agar kita tidak melakukan perkara yang bertentangan dan menyalahi hukum

Anis_Azwani
Member
Anis_Azwani

Nur Anis Azwani Binti Mohd Azhar
264325
Topik ini membincangkan isu dan trend terkini dalam teknologi pendidikan. Pendidikan masa kini amat bergantung kepada teknologi semasa. Hal ini kerana pelajar masa kini telah didedahkan dengan teknologi sejak kecil lagi. Antara isu dan trend dalam pendidikan ialah kemudahan ICT, kekangan masa, persediaan guru, undang-undang siber dan banyak lagi. Trend yg mendapat perhatian lebih terkini ialah gamfication di mana pembelajaran melalui game . Ini akan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

Yaya Hidayah
Member
Yaya Hidayah

Bab ini menjelaskan bahawa untuk memperoleh atau mengintegrasikan teknologi dalam dunia pendidikan, pastinya akan ada isu-isu yang timbul terutamnya dari segi keangan dan ketersediaan teknologi tertentu. Hal ini demikian kerana, setiap perubahan teknologi dari satu zaman ke zaman yang lain memerlukan kos yang tinggi kerana ianya melibatkan banyak pihak.

Azah Alias
Member
Azah Alias

Pada pendapat saya, bab ini banyak memberikan maklumat kepada saya tentang trend-trend dan isu-isu yang timbul dalam penggunaan ICT dalam pendidikan. Ianya banyak menyedarkan saya tentang pentingnya seorang guru itu peka dengab isu-isu ICT pendidikan contohnya Langkah-langkah keselamatan di dalam makmal komputer. Selain itu, saya juga terdedah dengan trend-trend dalam ICT yang dapat membantu saya dalam mengaplikasikan pembelajaran yang lebih menarik dan jelas. Contohnya penggunaan website 2.0

Iqbal Fauzi
Member
Iqbal Fauzi

Pada pendapat saya,isu-isu ini sedikit sebanyak membantu institut pendidikan untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah yang berlaku seperti kesediaan guru dan pelajar terutamanya bagi pihak sekolah luar bandar.Tambahan pula,Trend-trend dalam teknologi pendidikan seperti mobile computing,web 2.0 adalah untuk mempermudahkan sesi pembelajaran di mana ini dapat menarik perhatian para pelajar pada masa kini dan memberi input yang lebik efektif berbanding kaedah tradisional.

E VA
Member
E VA

EVA (701752)
Pendapat saya dalam laman web ini telah menyebut dan memberi sebab-sebab mengenai isu-isu yang berlaku dalam generasi milenium ini. Saya bersetuju bahawa isu-isu semasa dalam pembelajaran ICT akan memberi pengetahuan, terutama saya. Halaman web ini juga menyediakan contoh trend yang pada masa ini agak popular pada masa kini. Saya berminat dengan Web 2.0, ternyata terdapat banyak jenis aplikasi dalam talian dan luar talian yang boleh menyokong pembelajaran menjadi lebih berkesan.

fazihahsakinah
Member
fazihahsakinah

NURUL FAZIHAH SAKINAH BT ROSLY (263599)
Pada pendapat saya, isu-isu dan trend akan timbul dalam teknologi pada masa kini kerana teknologi semakin canggih dan memerlukan kepakaran yang sepenuhnya daripada guru bagi melancarkan proses pembelajaran. Namun, yang dilihat ketara ketika ini ialah kekangan dana. Peralatan dan aplikasi yang mahal membataskan guru mendedahkan pemebelajaran melalui teknolgi yang sempurna kepada pelajar-pelajar mereka.

intan Arissa
Member
intan Arissa

saya Intan Arissa 262184, pada bab 9 ini saya dapat simpulkan terdapat pelbagai isu dan trend dalam teknologi pendidikan. antara isu yang menarik minat saya ialah mengenai copyright/hakcipta. Hal ini kerana pada zaman teknologi ini ramai yang memandang rendah mengenai isu copyright ini.

zarifah
Member
zarifah

Melalui bab ini, saya dapat mempelajari tentang isu-isu dan trend dalam teknologi pendidikan. Antaranya ialah kesediaan guru dan pelajar .Terdapat guru dan pelajar yang kurang bersedia menggunakan teknologi tertentu kerana kurang mahir dalam teknologi. Mereka perlu ‘explore’ dahulu untuk memahami cara menggunakan teknologi.

Rabbaniyah Mohamed
Member
Rabbaniyah Mohamed

Rabbaniyah Binti Mohamed (264387)
Isu-isu dalam teknologi pendidikan sering muncul terutamanya bagi sekolah di luar bandar. Antara isu yang timbul ialah kemudahan ICT mahal dan susah untuk pihak sekolah membiayainya. Hal sebegini akan menyebabkan pelajar di sekolah luar bandar agak ketinggalan berbanding pelajar di sekolah bandar. Trend dalam teknologi pendidikan juga semakin meluas. Pengkomputeran mudah alih, web 2.0 dan lain-lain telah diperkenalkan dan diterima dengan baik oleh orang ramai untuk tujuan pendidikan yang lebih efektif.

ahmadghazalisufian
Member
ahmadghazalisufian

Pada pendapat saya,isu isu dan trend dalam teknologi pendidikan ini akan memberi banyak manfaat kepada guru,dengan adanya kritikan terhadap isu isu ini akan memudahkan sesuatu isu untuk diperbaiki untuk menjadi lebih baik.Ianya akan berguna pada masa akan datang. Trend juga penting dalam teknologi pendidikan kerana ianya akan menunjukkan web web atau perkara baru yang telah berlaku di laman sesawang secara atas talian.

nor_azzalini
Member
nor_azzalini

Nor Azzalini Binti Azhar (265042)
Pada pendapat saya, terdapat pelbagai isu dalam mengintegrasikan teknologi pendidikan antaranya ialah kemudahan ICT,kekangan dana,kekangan masa dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar,kita perlulah patuhi beberapa etika siber seperti tidak menggunakan perkataan yang kasar pada orang lain, tidak melakukan aktiviti plagiat, tidak mencerobohi sistem komputer orang lain dan menghormati hak cipta apabila menggunakan barang yang dipeorleh secara digital. Selaku pengguna yang berwibawa, kita hendaklah menghormati privasi atau hak orang lain ke atas sesuatu perkara supaya tidak mendatangkan kesan yang negatif pada masa hadapan.

Nur Atiqah Hew
Member
Nur Atiqah Hew

Nur Atiqah Hew binti Mohd Ridhwan Hew (261776)
Pada entre kali ini, saya telah mengetahui lebih mendalam dan jelas mengenai isu-isu terkini teknologi pendidikan. Antara perkara yang ditekankan dalam topik kali ini ialah tentang hakcipta terpelihara ataupun copyright. Hakcipta terpelihara ini sangat penting kerana seseorang itu boleh disaman dan sebagai jika melanggari syarat-syarat hak cipta terpelihara ini dan jika melanggar hak-hak atau isu-isu yang telah dinyatakan.

Azmiza Ahmad
Member
Azmiza Ahmad

Apa yang dapat dirumuskan dalam isu-isu dan trend dalam teknologi pendidikan ini ialah terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang lancarnya sesebuah pengajaran tersebut. Kita juga perlu mematuhi etika yang telah ditetapkan semasa menggunakan teknologi. Antar trend yang semakin mendapat perhatian pula ialah web 2.0 sebagai contoh kahoot.

Nur Qistina
Member
Nur Qistina

Pada pendapat saya, terdapat pelbagai kelebihan dan kekurangan teknologi. isu-isu yang diutarakan dalam pengintegrasian teknologi pendidikan terkini telah menunjukkan bahawa terdapat kekangan dalam menggunakan teknologi dalam pendidikan. Teknologi juga terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi supaya tidak memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling. Teknologi juga semakin hari semakin canggih dan pelbagai pembaharuan dalam pendidikan boleh digunakan akan tetapi perlu digunakan secara bijak oleh penggunanya. Bak iklan “Telefon pintar memang pintar, tetapi pintarkah anda” telah menunjukkan bahawa kita perlu bijak dalam menggunakan teknologi.