Komponen-komponen asas multimedia

Apakah komponen atau elemen asas multimedia?

  • Teks
  • Grafik
  • Animasi
  • Video
  • Audio

Apakah yang dimaksudkan dengan teks dalam multimedia?

Aksara (huruf, nombor dan simbol) yang digunakan untuk membina perkataan, ayat dan perenggan.

Berikan beberapa panduan untuk menggunakan teks dalam multimedia?

  • Elakkan menggunakan huruf besar untuk keseluruhan teks yang panjang. Kombinasi huruf besar dan huruf kecil akan lebih memudahkan pembacaan.
  • Gunakan semua huruf besar jika ingin menarik perhatian pada sesuatu teks seperti pada perkataan “AMARAN!”.
  • Elakkan menggunakan lebih daripada 60 aksara dalam satu-satu baris untuk membolehkan pembacaan yang lancar.
  • Hadkan 1/3 daripada paparan diisi dengan teks.
  • Spacing atau jarak perkataan yang baik.
  • Gunakan saiz fon yang sesuai. Saiz 12 point adalah sesuai untuk skrin PC.
  • Pastikan ayat adalah ringkas dan jelas dan tidak terpisah antara muka paparan.

Sila lihat:

Apakah yang dimaksudkan dengan grafik dalam multimedia?

Informasi bukan teks dalam bentuk 2D atau 3D seperti lukisan, model, carta dan gambar foto.

Terdapat 2 jenis grafik komputer iaitu grafik raster dan grafik vector. Apakah perbezaan kedua-dua jenis grafik tersebut?

  • Raster graphics are the most common and are used for digital photos, Web graphics, icons, and other types of images. They are composed of a simple grid of pixels, which can each be a different color.
  • Vector graphics, on the other hand are made up from mathematical formulas, which can create lines, shapes, letters, or other objects. They are often used for creating logos, signs, and other types of drawings. Unlike raster graphics, vector graphics can be scaled to a larger size without losing quality.

Sila lihat:

CRAP merupakan suatu panduan menghasilkan suatu persembahan grafik yang efektif. Terangkan dengan ringkas tentang prinsip rekabentuk grafik CRAP.

  • C – Contrast
  • R – Repetition
  • A – Alignment
  • P – Proximity

Sila lihat:

Berikan format fail yang lazim digunakan dalam grafik komputer.

  • bmp (lossless)
  • png (lossless)
  • jpg (lossy)
  • gif (lossy)

Sila lihat:

Apakah yang dimaksudkan dengan animasi dalam multimedia?

Ia adalah satu siri grafik yang ditukar berganti-ganti pada kelajuan tertentu bagi menghasilkan suatu ilusi gerakan.

Sila lihat:

Terdapat pelbagai jenis animasi. Terangkan 5 jenis animasi yang paling popular.

  • Animasi tradisional (2D, Cel, Hand Drawn)
  • 2D Animation. (Vector-Based)
  • 3D Animation. (computer-generated imagery (CGI), Computer Animation, Motion capture)
  • Motion Graphics. (Typography, Animated Logos)
  • Stop Motion. (Claymation, Cut-Outs)

Sila lihat:

Berikan panduan dalam menghasilkan suatu animasi yang menarik dan realistik?

  1. Squash and Stretch – efek yang menunjukkan tahap kekenyalan suatu objek mengikut beratnya.
  2. Anticipation – efek yang membolehkan penonton dapat mengagak pergerakan yang akan dilakukan oleh objek.
  3. Arcs – pergerakan objek perlu mengikut suatu lengkungan supaya kelihatan lancar dan realistik.
  4. Ease In, Ease Out – Objek bermula perlahan sebelum bergerak laju dan mulai perlahan sebelum berhenti.
  5. Appeal – Menarik perhatian penonton pada objek yang dikehendaki
  6. Timing – Kelajuan yang sesuai bagi objek yang terlibat dalam suatu babak.
  7. Solid Drawing – Efek yang membuatkan objek 2D kelihatan seperti 3D. Sudut pandangan dan bayang-bayang memainkan peranan.
  8. Exaggeration – Efek ekstrem bagi menarik perhatian kepada perlakuan objek dalam suatu babak.
  9. Pose-to-Pose – Menentukan gaya dan kedudukan utama / key pose objek pada 2 masa yang berbeza sebagai rujukan utama juruanimasi. Seterusnya juruanimasi akan menghasilkan gambaran perantaraan di antara dua key pose objek tersebut.
  10. Staging – Menarik perhatian pada objek yang ingin diketengahkan termasuklah perbuatan dan ekspresi muka.
  11. Secondary Action – Aksi yang memberi gambaran yang lebih jelas pada aksi yang utama.
  12. Follow Through – Bahagian-bahagian lain pada objek masih lagi bergerak walaupun badan utama objek telah berhenti bergerak akibat. Aplikasi konsep momentum.

Sila lihat:

Apakah yang dimaksudkan dengan video dalam multimedia?

Imej foto yang direkod secara kerangka berturutan dan dimainkan semula pada kelajuan 15 – 30 kerangka persaat supaya suatu ilusi pergerakan yang realistik dapat diperolehi.

Sila lihat:

Berikan beberapa panduan dalam penghasilan video yang baik.

  • Rancang pengambaran (jalan cerita, skrip, storyboard)
  • Uji kelengkapan pengambaran bagi memastikan semuanya berkeadaan baik dan sedia
  • Headroom dan noseroom
  • Rule of thirds – supaya bahagian subjek yang penting berada dalam kerangka gambar
  • Kerap menukar sudut pandangan untuk mengelakkan penonton bosan jika hanya satu sudut pandangan digunakan
  • Pastikan ada subjek dalam satu babak supaya ada pergerakan yang membuatkan babak itu hidup dan menarik
  • Guna tripod

Sila lihat:

Berikan format fail video yang biasa digunakan.

  • .avi – kualiti tinggi
  • .mov – kualiti tinggi
  • .wmv – kualiti sederhana
  • .mp4 – kualiti sederhana

Sila lihat:

Apakah yang dimaksudkan dengan audio dalam multimedia?

Bunyi yang direkodkan daripada signal analog dan ditukarkan ke dalam bentuk digital.

Sila lihat:

Berikan beberapa panduan untuk mendapatkan kualiti audio yang baik?

  • Pilih jenis mifrofon yang sesuai
  • Pelindung angin
  • Walaupun perisian video boleh mengedit audio, digalakan untuk menggunakan perisian audio khas bagi penyuntingan audio
  • Mahirkan diri dengan teknik equalization (EQ)

Sila lihat:

Berikan format fail audio yang biasanya digunakan dalam multimedia.

  • .mp3 (lossy)
  • .wma (ada versi lossy & lossless)
  • .wav (lossless)

Sila lihat:

Apakah maksud lossy dan lossless compression?

  • Compression ialah proses mengecilkan suatu fail data seoptima yang mungkin. Proses yang sebaliknya atau decompression pula ialah proses bagi menghasilkan semula data yang asal.
  • Lossless – tiada kehilangan data selepas decompression. Untuk salinan mastercopy.
  • Lossy – terdapat kehilangan data selepas decompression. Untuk salinan penyebaran.

Sila lihat:

Kembali