Apakah yang dimaksudkan dengan media?
Media merupakan suatu saluran komunikasi sama ada secara fizikal ataupun maya yang membawa sesuatu maklumat daripada penyampai kepada penerima.
Contoh media ialah seperti teks, audio, video, bahan visual (cth: slaid PowerPoint, bahan bercetak), Internet, multimedia, cakera padat dan perisian komputer.
Apakah yang dimaksudkan dengan media pengajaran?
Media pengajaran ialah media yang digunakan untuk tujuan pengajaran.
Panduan penggunaan media pengajaran:
- Teks
- Huruf, nombor dan simbol (abc, 123, !@#).
- Atas bahan bercetak atau skrin komputer.
- Contoh: Panduan pengguna, buku teks, buku kerja dan e-book.
- Sebagai nota penerangan yang lebih lengkap untuk membantu sesuatu persembahan atau syarahan.
- Sebaiknya digunakan bersama visual.
- Sebaiknya ringkas dan padat.
- Visual Bercetak
- Informasi bersifat 2D atas bahan bercetak yang kekal (buku teks, majalah, surat khabar, poster, jurnal).
- Sebarang gambarajah (lukisan, carta, graf, kartun, infografik).
- Sebaiknya gambar digunakan bersama teks ringkas yang membolehkan pengguna mengenalpasti apa yang ingin disampaikan.
- Biasanya digunakan untuk menunjukkan hubungan antara beberapa maklumat penting dalam satu paparan.
- Visual Paparan
- Ciri dan fungsi yang sama seperti visual bercetak kecuali visual ini dipaparkan atas sebarang permukaan yang rata menggunakan sebuah projektor atau skrin.
- Biasanya digunakan menggunakan perisian persembahan seperti PowerPoint atau persembahan aplikasi Web 2.0.
- Cahaya bilik perlu digelapkan sehingga paparan nampak dengan jelas.
- Setiap paparan sebaiknya tidak statik lebih daripada 30 saat.
- Tidak melihat kepada paparan, sebaiknya menghadap penonton.
- Visual yang dipamerkan
- Permukaan yang disediakan khas untuk menulis, melukis dan menampal sesuatu bahan (papan putih, papan kenyataan).
- Mempunyai ciri dan fungsi yang sama seperti visual bercetak kecuali lebih dinamik dari segi bahan yang dipersembahkan boleh diubah dengan cepat.
- Contoh: Bahan lukisan atas papan putih boleh ditambah dan dipadam dengan cepat. Kedudukan bahan atas papan kenyataan boleh diubah dengan mudah.
- Audio
- Bahan yang boleh didengar (suara, bunyi pembesar suara).
- Perlu kuat sehingga kesemua penonton dapat dengar dengan jelas apa yang disampaikan.
- Tidak monoton iaitu suara yang tidak ada perubahan kekuatan, kelajuan supaya dapat menekankan isi penting dan membuatkan persembahan lebih menarik.
- Perlu dipersembahkan dengan bahan visual.
- Sekiranya audio yang direkod, boleh dimainkan semula.
- Video
- Pergerakan imej yang biasanya disertakan dengan audio (tv, YouTube, fail video).
- Imej dan audio perlu jelas.
- Tidak bercakap ketika video ditayangkan.
- Sekiranya video yang direkod, boleh dimainkan semula.
- Objek sebenar dan model
- Model merupakan gambaran yang boleh bersifat 2D dan 3D tentang objek atau perkara sebenar.
- Membolehkan pelajar menggunakan deria-deria seperti penglihatan, sentuhan dan bau.
- Pastikan objek tidak diberi kepada pelajar ketika mengajar untuk mengelakkan pelajar hilang tumpuan.
- Pastikan pelajar tahu saiz sebenar objek jika model digunakan.
- Multimedia
- Gabungan beberapa elemen media seperti teks, gambar, animasi, video dan audio yand dipersembahkan melalui komputer.
- Kekuatan elemen-elemen digabungkan menjadi satu.
- Perlu perkakasan yang sesuai.
- Perlu kemahiran menggunakan peralatan dan perisian yang berkaitan.
- Sebaiknya bahan bersifat interaktif.
- Pastikan tindak balas bahan adalah cepat.
Rujukan:
- Newby, T. J., Stepich, D. A., Lehman, J. D., & Russell, J. D. (2006). Educational technology for teaching and learning (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.
- https://www.techopedia.com/definition/1098/media
Info tambahan daripada ahli komuniti KAJI.my:
Kembali ke Laman Utama Teknologi Pendidikan
NOR ANIS BINTI ROSZI (264874)
Berdasarkan apa yang saya belajar dalam bab 6 ini,tentang media pengajaran adalah saluran yang digunakan oleh seorang guru dalam sesi pengajaran sama ada dalam bentuk fizikal atau maya. Bentuk fizikal yang biasa digunakan oleh guru adalah seperti teks,visual bercetak manakala dalam bentuk maya adalah dengan memaparkan visual melalui web 2.O. Kebiasaannya, menggunakan Web 2.O lebih menarik minat pelajar berbanding menggunakan saluran bercetak.
NUR AMILIA BINTI AMINUDIN 264557. Berdasarkan pembelajaran dalam bab ini, saya dapat mengetahui kaitan antara media dengan pendidikan. Pengetahuan tentang media pengajaran adalah ilmu yang seharusnya diketahui oleh semua insan yang bergelar guru supaya para guru dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara contoh media pengajaran yang boleh guru-guru gunakan di dalam kelas ialah visual bercetak, visual paparan, audio dan video.
DYAN INDAHSARI ( 701751 )
Based on this topic, I can take a line point that teaching media is needed.
There are so many kinds of media that I can use such as text, audio, visual material and etc. Moreover, Those are important for teacher especially for teaching or complete their work while for the students, they can use those for their studying tools.
RAMADHANI QONITAH MURSYIDA (701754)
teaching media is a very important component for the continuity of activities in the room. there are many teaching media that teachers can use to make students interested in learning. like what I have done before in Indonesia, I have made teaching media in the form of visuals on display. I made a pop up book where the media attracted students’ attention. with interesting storylines and visual books that arise that make students happy to listen to stories that are in the pop up book.
AIZARINA AZUREEN SOFIAN (261965)
Media pengajaran dimaksudkan sebagai satu bahan atau saluran komunikasi yang membawa maklumat kepada pengguna samada dalam bentuk fizikal ataupun maya. Media pengajaran salah satu kaedah yang penting bagi seorang guru dalam menyampaikan maklumat yang lebih efisien . Gabungan daripada beberapa media pengajarana ini akan membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik dan tidak berasa bosan.
NOOR NASHRAH BINTI ZULKIFILI (261139)
Berdasarkan topik Media Pengajaran ini, saya mengetahui bahawa kebanyakan bahan pengajaran yang digunakan semasa proses PdP adalah merupakan media pengajaran. Media pengajaran ini berfungsi untuk menjadikan proses PdP lebih berkesan dan efisyen serta dapat menarik minat para pelajar untuk belajar. saya juga dapat membezakan antara visual paparan, visual yang dipamerkan dan visual bercetak. Jadi semua guru perlulah menggunakan media pengajaran dengan sebaiknya.
SH. NUR IMAN FARIHIN BINTI SH SAHAR (264130)
Hasil pembelajaran daripada topik ini, saya dapat mengetahui pentingnya memilih media pengajaran yang sesuai untuk proses PdP kerana media pengajaran adalah media yang digunakan untuk tujuan pengajaran. Pemilihan media pengajaran yang betul akan membuatkan proses PdP menjadi lebih efektif dan efisien.
Nurul Farhana bt Abdullah (262590)
Sepertimana yang kita ketahui, media pengajaran pada masa kini memerlukan kemahiran asas dalam teknologi dalam mengendalikannya. Jadi topik ini telah menjadikan saya lebih memahami mengenai media pengajaran yang perlu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan berlaku. Guru juga perlu bijak dalam menarik perhatian para pelajarnya dengan media-media pengajaran yang lebih baik dan menarik jadi pelajar tidak akan berasa bosan akan kelas yang dihadiri
SOFIATUL JANNAH BINTI SABRI ( 261379 )
melalui bab ini, saya dapat memahami dengan jelas mengenai media pengajaran. terdapat pelbagai panduan untuk menggunakan media pengajaran tersebut seperti yang telah dinyatakan contohnya teks, video dan sebagainya. panduan penggunaan media yang dinyatakan ini akan memudahkan guru untuk menjalankan proses pengajaran dengan lancar. manakala antara media pengajaran pula adalah video, slaid, visual yang dipamerkan dan sebagainya.
SITI NUR LELA IZZANI BINTI KAMSIDIN (264570)
berdasarkan topik Media Pengajaran ini, saya mengetahui bahawa semua yang digunakan semasa proses PdP adalah merupakan media pengajaran. Apabila diingat semula, buku tulis yang digunakan sejak sekolah rendah adalah media pengajaran, serta video yang ditayangkan oleh guru juga merupakan media pengajaran. Media pengajaran ini berfungsi untuk menjadikan proses PdP lebih berkesan dan efisyen serta dapat menarik minat para pelajar untuk belajar. saya juga dapat membezakan antara visual paparan, visual yang dipamerkan dan visual bercetak.
Nur Anis Azwani Binti Mohd Azhar 264325
Melalui topik ini saya mempelajari mengenai media pengajaran yg dapat memudahkan proses PnP dijalankan. Dengan adanya media pengajaran ini, proses PnP boleh dijalakna dengan berkesan dan efisien. Topik ini menunjukkan cara-cara penggunaan media pengajaran dengan betul. Topik ini memudahkan kami suatu hari nanti sebagai guru untuk menggunakan media pengajaran dengan sebetulnya. Antara media pengajaran ialah slaid powerpoint, bahan bercetak, audio,video dan banyak lagi. Terutamanya pada era teknologi canggih kini, terdapat lebih banyak media pengajaran yang dapat memudahkan para guru dalam proses PnP.
Maura Kian Safira 701803
From this chapter, we can understand teaching media. Media that we use can facilitate us in instructional activity. We can use text, audio, video, visual material (e.g. PowerPoint slides, printed materials), Internet, multimedia, discs and computer software. A teacher can choose which one of the media is interesting to their students. If students learn with this media it is very effective in learning through this method is fun and not boring.
Dalam topik ini, saya dapat mengerti apa itu media dan macam-macam media yang dapat digunakan dalam proses pengajaran nanti sebagai cikgu. Serta panduan-panduan yang telah dibagi tahu untuk penggunaan media ini, sehingga dapat mempermudahkan bakal cikgu untuk memilih media yang tepat dalam pengajarannya nanti. Contohnya, kalau ada materi tentang listening, cikgu tidak perlu membawa dua orang untuk memberikan conversation kedalam kelas. Caranya iaitu cikgu hanya perlu mencari media yang tepat, iaitu cikgu menggunakan media audio percakapan antara dua orang lalu cikgu boleh play audio di dalam kelas pada saat ingin menguji listening muridnya.
ASIAH BT MUSA(261200) Melalui topik ini saya dapat memahami dengan jelas apakah itu media dan jenis-jenis media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajan(pdp). Melalui media pengajaran ini guru dapat menyampaikan ilmu menggunakan cara yang lebih sistematik dan menarik kepada pelajar. Contohnya, sekiranya guru tahu bahawa muridnya cepat bosan apabila perlu membaca buku, guru perlulah menggunakan jenis media lain seperti video,audio ataupun visual seperti slide power point dalam menjelaskan fakta-fakta penting dengan kaedah yang lebih santai.Guru juga boleh membantu para pelajar untuk memahami sesuatu topik yang dipelajari dengan menggunakan model ketika mengajar. Melalui kaedah ini pelajar akan lebih faham… Read more »
Hai saya Wan Siti Norfatihah bt Wan Zaman(264280). Media pengajaran merupakan satu medium yang memudahkan para guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran. Hal ini dikatakan demikian para guru dapat menyediakan bahan pengajaran dengan lebih mudah dan teratur seperti audio dan video. Kesannya para pelajar akan lebih bermotivasi dan semangat untuk belajar jika guru mereka mempelbagaikan bahan pengajaran. Oleh itu, kaji.my sangat sesuai untuk dijadi rujukan apabila saya menjadi guru nanti
Pengunaan media yang menggabungkan teknik visual, audio, gambar, video serta teks telah mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan kondusif. Media juga menjadi perantara untuk pihak pemberi iaitu pendidik dalam menyampaikan maklumat kepada pihak penerima maklumat iaitu para pelajar selari dengan perkembangan moden masa kini. Penguasaan teknologi maklumat di kalangan pendidik perlu bagi perubahan untuk membangunkan masyarakat berilmu
Pada pendapat saya, topik media pengajaran ini diterangkan dengan jelas dan amat berguna kepada pelajar. Panduan penggunaan media pengajaran juga sangat terperinci dengan memberikan contoh penggunaan setiap jenis media yang dinyatakan iaitu teks, visual bercetak, visual paparan, visual yang dipamerkan, audio, video, objek sebenar dan model serta multimedia.
NOR HANISAH BINTI MOHD NOR (262165)
Dalam bab ini, kita dapat mengetahui maksud media dan maksud media pengajaran. Media adalah saluran komunikasi membawa sesuatu maklumat daripada penyampai kepada penerima. Manakala media pengajaran adalah media yang digunakan untuk tujuan pengajaran. Terdapat pelbagai media pengajaran seperti teks, audio, video, bahan visual, muktimedia dan lain – lain yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran ini akan memudahkan lagi proses pembelajaran.
ZARIFAH BT MAT AKHIR (262476)
Melalui bab ini, saya dapat mempelajari tentang media pengajaran. Media pengajaran ialah media yang digunakan untuk tujuan pengajaran. Contohnya mengunakan media seperti teks, audio, video, bahan visual (cth: slaid PowerPoint, bahan bercetak), Internet, multimedia, cakera padat dan perisian komputer dalam pengajaran.
Rabbaniyah Binti Mohamed (264387)
Media pengajaran merupakan suatu saluran komunikasi sama ada secara fizikal ataupun maya yang membawa sesuatu maklumat daripada penyampai. Entri menjelaskan kita tentang panduan penggunaan media pengajaran yang lebih efektif buat bakal guru. Hal ini akan memudahkan guru dan pelajar menjalankan sesi pembelajaran dalam suasana yang konduksif.
Zuka Cristyananda Mei Dewanta (701756) Dalam bahan ini media pengajaran dibentangkan. Media pengajaran ini sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran kerana untuk menyokong keperluan pembelajaran selain kerana ia adalah modern dan semuanya boleh dilakukan dengan mudah seperti menghantar surat atau soalan kepada guru mungkin melalui e-mel atau mesej ringkas dan bukannya menghantar surat melalui pos. peralatan dalam pembelajaran adalah penting kerana cara untuk memaksimumkan pembelajaran masa depan untuk apa yang disampaikan supaya dapat dilakukan dengan mudah. Kerana ia juga sesuai dengan teori taksonomi bloom bahawa alam kognitif bermula dari pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis dan sintesis. Di setiap peringkat memerlukan alat… Read more »
Media merupakan suatu saluran komunikasi sama ada secara fizikal ataupun maya yang membawa sesuatu maklumat daripada penyampai kepada penerima.Media memudahkan seseorang untuk memperoleh ataupun menyampaikan sesuatu maklumat.Contoh media pengajaran ialah teks,visual bercetak,visual paparan dan sebagainya.
media pengajaran merupakan satu medium yang akan memudahkan sepanjang urusan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan adanya media pengajaran ini, pengajaran akan menjadi lebih teratur kerana segala rancangan pengajaran telah disusun dan semestinya murid akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.
Media merupakan salah satu saluran komunikasi yang membawa sesuatu maklumat yang disampaikan dari penyampai ke penerima. Media juga salah satu sistem yang boleh digunakan dalam pengajaran. Alternatif media ini mampu menarik minat serta tumpuan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
media pengajaran adalah media yang digunakan dalam pegajaran. antara panduan penggunaan media pengajaran adalah seperti teks, visual bercetak, visual paparan,visual dipamerkan, audio, video, objek sebenar dan model serta multimedia.
hai saya Afiqah Norlizan (264434). Bagi pendapat saya , media pengajaran banyak membantu saya untuk menyiapkan diri untuk menjadi seorang guru pada masa hadapan, maklumat – maklumat yang diberikan sangat berguna untuk pelajar – pelajar untuk membuat ulangkaji sebelum peperiksaan akhir menjelang. terima kasih en shah atas semua maklumat media pengajaran di atas.
hai saya fadhil 265062..baiklah media pengajaran sangat membantu para guru untuk mengajar para pelajarnya agar pelajar dapat bergerak seiring dengan arus pendidikan dalam negara kita.Seperti audio visual dan sebagainya yang mampu menarik minat para pelajar.