Metod-metod pengajaran

Apakah yang dimaksudkan dengan metod pengajaran?

Metod atau kaedah pengajaran ialah suatu set prosedur dan tindakan yang digunakan bagi membolehkan para pelajar mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah pengajaran yang umum beserta panduan penggunaan dengan teknologi:

  1. Pembelajaran kooperatif / Cooperative learning
    • Merujuk kepada sekumpulan pelajar ditugaskan untuk bekerjasama dalam peranan yang berbeza untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
    • Oleh itu, pelajar tidak dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan sendiri. Ini dapat memastikan setiap ahli kumpulan menjalankan tanggungjawabnya.
    • Guru menyediakan tugasan dan bertindak sebagai fasilitator.
    • Teknologi digunakan untuk menyiapkan tugasan. Contoh: Guru mengarahkan pelajar membuat video tentang cara menggunakan pemadam api. Untuk menyiapkan tugasan ini, setiap ahli mengambil peranan berbeza seperti seorang perlu mencari maklumat berkenaan pemadam api dan cara menggunakannya, seorang perlu berlatih menggunakan dengan bantuan pakar, seorang perlu belajar menjadi jurucakap dan seorang lagi perlu tahu membuat rakaman dan mengedit video.
    • Rujukan tambahan
  2. Penemuan / Discovery
    • Prinsip utama yang digunakan ialah pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya pelajar belajar melalui mencuba sesuatu untuk menyelesaikan suatu perkara dan membuat refleksi tentang pengalamannya. Dipercayai lebih berkesan daripada belajar melalui dengar dan baca.
    • Bersifat inquiry-based.
    • Guru perlu menyediakan senario yang membolehkan penemuan berlaku. Pelajar boleh belajar secara individu atau kumpulan.
    • Contoh senario ialah seperti meminta pelajar mencuba mencampur warna tertentu dan berkongsi hasil penemuan mereka.
    • Teknologi dapat membantu dalam mendapatkan maklumat lanjut, pengalaman orang lain dan simulasi tentang perkara yang dikaji.
    • Rujukan tambahan
  3. Penyelesaian masalah / Problem solving
    • Pelajar diberikan suatu masalah yang perlu diselesaikan. Sebaiknya dilakukan dalam kumpulan.
    • Ke arah Problem-based learning (PBL).
    • Pelajar perlu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam menyelesaikan permasalahan yang diberikan.
    • Guru perlu memupuk cara saintifik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
    • 1. Mengenal pasti masalah dan punca-puncanya.
    • 2. Membuat andaian / hipotesis.
    • 3. Mengumpul dan menganalisis data.
    • 4. Membuat konklusi atau solusi.
    • 5. Menilai keberkesanan konklusi atau solusi tersebut.
    • Rujukan tambahan
  4. Permainan / Games
    • Pembelajaran yang berunsurkan permainan bertujuan menarik perhatian pelajar dalam memahirkan diri dalam suatu isi pelajaran. Isi pelajaran biasanya berbentuk fakta atau kemahiran tertentu seperti formula matematik dan cara menggunakannya. Permainan yang menarik serta cabaran yang sesuai biasanya menjadi daya penarik yang kuat.
    • Sekiranya pelajar ingin menang atau lebih maju dalam permainan itu, dia perlu memahirkan diri dalam isi pelajaran tersebut.
    • Permainan komputer sudah tidak asing lagi bagi pelajar era kini. Guru perlu memastikan kesesuaian antara peralatan dan permainan yang dipilih. Kelajuan tindak balas komputer adalah amat penting.
    • Rujukan tambahan
  5. Simulasi / Simulation
    • Merujuk kepada sesuatu pengalaman pelajaran di mana pelajar seolah-olah didedahkan dengan senario dunia sebenar tentang suatu perkara.
    • Kelebihan utama simulasi adalah pelajar tidak perlu berada di situasi sebenar yang sukar serta merbahaya seperti membawa kapal terbang, mengikut perjalanan sel darah dan meneroka bahagian dalam perut bumi.
    • Semakin realistik simulasi, semakin berkesan pembelajaran itu.
    • Guru perlu memastikan kesesuaian antara peralatan dan permainan yang dipilih. Kelajuan tindak balas komputer adalah amat penting.
    • Rujukan tambahan
  6. Perbincangan / Discussion
    • Merujuk kepada aktiviti yang memerlukan pelajar membuat perbincangan dalam satu kumpulan tentang sesuatu isu yang ditimbulkan oleh guru.
    • Sasaran adalah membuatkan pelajar berkongsi pendapat dan bergerak ke arah mencapai satu persetujuan dalam menyelesaikan suatu tugasan yang diberikan. Pelajar terlebih dahulu perlu mengambil kira perkara positif dan negatif dalam sesuatu isu sebelum sepakat dalam memberikan konklusi atau solusi.
    • Teknologi dapat membantu dalam pencarian maklumat, penghasilan pembentangan yang jelas dan menarik serta perbincangan boleh dilakukan secara online (Contoh: Intant messaging, online forum).
    • Rujukan tambahan
  7. Latih tubi / Drill and practice
    • Aktiviti latihan berulang-kali bagi membolehkan pelajar mengingati fakta dan meningkatkan sesuatu kemahiran.
    • Latihan secara bertulis bersama latihan melalui aplikasi komputer dapat memberikan impak yang lebih kuat.
    • Guru perlu memastikan pelajar didedahkan dengan fakta dan kemahiran asas sebelum menjalankan aktiviti latih tubi.
    • Rujukan tambahan
  8. Tutorial
    • Merujuk kepada aktiviti sokongan kepada sesuatu pelajaran dalam kumpulan kecil.
    • Guru mengenalpasti perkara-perkara yang menjadi masalah buat pelajar dan menerangkan semula sehingga pelajar mencapai tahap kompetensi yang diinginkan.
    • Teknologi dapat membantu dalam menyediakan maklumat tambahan dan tutorial online yang membolehkan pelajar lakukan sendiri setakat kemampuan pelajar.
    • Rujukan tambahan
  9. Demonstrasi (Tunjuk cara) / Demonstration
    • Guru menunjukkan cara sesuatu berfungsi atau cara melakukan sesuatu tugasan dengan menggunakan bahan-bahan sebenar atau visual yang hampir sebenar. Bahan demonstrasi mesti dapat dilihat oleh semua pelajar
    • Metod ini dapat menyokong penerangan secara verbal dengan baik malah dapat menetapkan kriteria yang perlu dicapai oleh pelajar tentang apa yang telah ditunjukkan.
    • Teknologi dapat membantu dengan menyediakan bahan yang dapat dipamerkan dengan jelas dan berulang-ulang kali atas permintaan pelajar pada bila-bila masa. Contoh adalah seperti video daripada YouTube atau rakaman guru membuat demonstrasi menggunakan mikroskop melihat sel tumbuhan dan tayangkan semula menggunakan projektor.
  10. Persembahan / Presentation
    • Merujuk kepada persembahan guru / pelajar bagi menyampaikan sesuatu maklumat secara satu hala.
    • Disampaikan secara lisan tetapi sebaiknya bersama kombinasi bahan visual dan audio yang jelas bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian.
    • Baik untuk memperkenalkan topik baru, gambaran keseluruhan dan memberikan kata-kata motivasi kepada pelajar.

Rujukan:

Newby, T. J., Stepich, D. A., Lehman, J. D., & Russell, J. D. (2006). Educational technology for teaching and learning (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Info tambahan daripada ahli komuniti KAJI.my:

  1. A182 A: https://technologyofedu.wordpress.com
  2. A182 B: https://lifetimelearners.wixsite.com/teachingmethods

Link tambahan:

Kembali ke Laman Utama Teknologi Pendidikan

18
Leave a Reply

Please Login to comment
18 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
18 Comment authors
nabilazawawiramadhani qonitaAIZARINA AZUREENSOFIATUL JANNAHஅர்வின் முனிஷ் Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
nabilazawawi
Member
nabilazawawi

WAN NUR NABILA HUDA BINTI WAN ZAWAWI (262831)

Dalam topik metod pengajaran ini, saya mendapati bahawa terdapat 10 metod pengajaran dan panduan penggunaannya. Dengan metod-metod ini akan memudahkan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah selain daripada menggunakan metod yang sama yang menyebabkan pelajar bosan untuk memberi tumpuan kepada guru.

ramadhani qonita
Member
ramadhani qonita

RAMADHANI QONITAH MURSYIDA (701754)
in teaching, the teacher must determine the teaching method in order to achieve the objectives. there are many methods that can be used. based on the writing above, the method most often used is the cooperative learning and problem solving method. both methods are an application where the teacher acts as a facilitator, and students who are actively looking for materials to solve problems. in this case the method is very beneficial for students because it will build critical thinking and other soft skills.

AIZARINA AZUREEN
Member
AIZARINA AZUREEN

AIZARINA AZUREEN BINTI SOFIAN (261965)
Metod-metod pengajaran menerangkan dimana guru memerlukan kaedah pengajaran mengikut prosedur bagi memnolehkan pelajar mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 10 kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam bab ini bagi membantu melancarkan sesi pembelajaran dimana setiap kaedah ini mempunyai ciri-ciri dan kelebihan yang tersendiri.

SOFIATUL JANNAH
Member
SOFIATUL JANNAH

SOFIATUL JANNAH BINTI SABRI ( 261379 )
Berdasarkan bab ini, saya dapat mengetahui metod-metod pengajaran yang sesuai untuk digunakan oleh seorang guru. terdapat 10 kaedah pengajaran umum yang telah dikemukakan didalam bab ini. hal ini telah dijelaskan secara terperinci dan saya dapat memahami apa yang ingin disampaikan. oleh itu dengan adanya maklumat ini, saya lebih mudah untuk memahami akan topik ini.

அர்வின் முனிஷ்
Member
அர்வின் முனிஷ்

Arvin Munish (264737)
Bab ini telah menjelaskan bahawa terdapat 10 method yang boleh digunakan oleh guru untuk proses pengajaran & pembelajaran. Method-method ini dapat memudahkan guru untuk menyampaikan ilmu dan meningkatkan kemahiran pelajar. Maka, method-method ini perlu diperbaiki jika terdapat masalah dalam proses pengajaran & pembelajaran. Teknologi sangat membantu guru-guru untuk melaksanakan method-method.

norfatihah
Member
norfatihah

Wan Siti Norfatihah bt Wan Zaman (264280)
Rumusan yang dapat saya rumuskan dalam bab ini ialah pelbagai cara atau method yang boleh digunakan untuk melakukan proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Namun begitu, kebanyakkan guru sekarang hanya menggunakan satu kaedah sahaja iaitu dengan cara memberi penerangan di hadapan kelas yang menyebabkan pelajar menjadi mudah bosan. Jadi melalui kaji.my saya dapat mengetahui lebih lanjut dan lebih banyak kaedah yang dapat saya gunakan dalam proses pengajaran apabila saya menjadi seorang guru nanti kerana dalam web ini terdapat 10 jenis kaedah yang telah diterangkan dengan baik

Yamunna Selvakumaran
Member
Yamunna Selvakumaran

Yamunna A/P Selvakumaran (264354)
Kesimpulannya, method-method pengajaran merupakan amat penting bagi seseorang guru untuk menguasainya supaya dapat membantu pelajarnya untuk memahami sesuatu topik dengan lebih mudah. Terdapat 10 jenis kaedah pengajaran yang umum beserta panduan penggunaan dengan teknologi yang amat membantu kami untuk mempraktikkan pada masa akan datang.

Ayuni Dahlia
Member
Ayuni Dahlia

Ayuni Dahlia Bt Idris (263602)
Berdasarkan bab metod-metod pengajaran ini, terdapat pelbagai kegunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini lebih memudahkan guru dan pelajar untuk proses P&P. Penggunaan teknologi bersesuaian dengan pembelajaran abad ke21.

intan Arissa
Member
intan Arissa

saya Intan Arissa 262184, secara kesimpulannya terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh menggunakan teknologi bagi memudahkan proses pengajaran dan pemebelajaran berlaku. hal ini bukan sahaja memudahkan guru, malah pelajar.

zarifah
Member
zarifah

ZARIFAH BT MAT AKHIR (262476)
Melalui bab ini, saya dapat mempelajari tentang metod pengajaran. Metod atau kaedah pengajaran ialah suatu set prosedur dan tindakan yang digunakan bagi membolehkan para pelajar mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 10 kaedah pengajaran yang umum beserta panduan penggunaan dengan teknologi. Dengan kaedah-kaedah ini sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mudah pelajari. Kaedah-kaedah ini juga dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar. Mereka juga berasa seronok belajar.

Rabbaniyah Mohamed
Member
Rabbaniyah Mohamed

Rabbaniyah Binti Mohamed (264387)
Melalui entri ini, kita dapat mengetahui lebih lanjut tentang metod-metod pembelajaran yang sesuai untuk digunakan oleh seseorang guru. Terdapat 10 kaedah pengajaran umum berserta panduan penggunaan teknologi. Kesemua kaedah tersebut telah dihuraikan dengan lebih jelas bagi memudahkan bakal guru memahami metod-metod yang patut mereka guna pada masa yang bersesuaian. Hal ini akan memudahkan para pelajar untuk menerima ilmu.

Anis_Azwani
Member
Anis_Azwani

Nur Anis Azwani Binti Mohd Azhar (264325)
Topik ini membincangkan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai digunakan oleh para guru. Terdapat 10 kaedah yang boleh digunakan untuk menjalankan proses P&P. Seorang guru perlu mengetahui kaedah yang paling sesuai mengikut keadaan pelajar dan persekitaran pelajar. Ini bagi memudahkan pengajaran itu disampaikan dan mudah difahami oleh para pelajar. Kebanyakan kaedah pengajaran masa kini menggunakan teknologi yang serba canggih. Hal ini kerana teknologi canggih ini membantu memudahkan para guru dalam menyampaikan pengajaran.

GOH YI ZHI
Member
GOH YI ZHI

Pada pendapat saya, saya telah belajar definisi metod pengajran. Metod pengajaran ialah suatu set prosedur dan tindakan yang digunakan bagi membolehkan para pelajar mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, terdapat 10 kaedah pengajaran. Antara kaedah pengajaran ialah penemuan, permainan, persembahan, perbincangan, latih tubi dan sebagainya.

fadhilsharudin
Member
fadhilsharudin

hai.saya fadhil 265062.Hasil pembelajaran pada bab ini,sesungguhnya banyak cara bahan dalam pengajaran dalam memastikan pelajar hari ini dapat belajar setanding dengan dunia hari ini dalam industri i.r 4.0.Jadi sebagai seorang guru haruslah mengaplikasikan perkara yang telah diajarkan oleh En.Shah dimana terdapat input yang harus kita ambil dan aplikasikan sewaktu kita sudah mengajar.Nota ringkas dan padat ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua

Nurafiqahnorlizan
Member
Nurafiqahnorlizan

Pada pendapat saya, Nur Afiqah binti mohd norlizan (264434). saya dapat belajar banyak method- method pengajaran pada website ni. Antaranya ialah kita mempunyai 10 kaedah pembelajaran umum seperti pembelajaran kooperatif, penemuan, penyelesaian masalah, permainan, simulasi, perbincangan,latih tubi, tutorial, demonstrasi dan persembahan. kaeadah – kaeadah ini saya akan aplikasikan sewaktu saya menjadi guru pada masa akan datang. Selain itu, kaji.my ini banyak memberikan saya maklumat tentang teknologi dan isi – isi pengajaran sangat berguna dan padat. saya boleh menggunakan maklumat – maklumat di dalam kaji.my ini untuk belajar pada peperiksaan akhir saya. Terima kasih en shah. 🙂

Nor Hanisah Mohd Nor
Member
Nor Hanisah Mohd Nor

terdapat pelbagai jenis kaedah pengajaran bagi membolehkan pelajar mudah faham dan tidak bosan semasa belajar di sini terdapat 10 kaedah pembelajaran berserta panduan teknologi yang boleh digunakan oleh guru.

irfanjumat00
Member
irfanjumat00

Kaedah pembelajaran amatlah penting bagi seseorang pendidik. Dalam bidang pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif pendidikan adalah perlu dalam usaha membantu membincangkan penilaian dengan lebih tepat lagi. Soalan-soalan seperti: Apakah murid benar-benar tahu?, Adakah murid benar-benar faham? Adakah mereka mampu menghitung jumlah sesuatu masalah matematik? Seringkali kita anggap bahawa meraka faham perkara yang sama. Jika kita teliti lebih lanjut, terdapat perbezaan antara murid yang benar-benar tahu, benar-benar faham dan yang boleh menghitung jumlah. Melalui page ini, seseorang pendidik itu dapat menambahkan lagi pengetahuannya untuk digunakan apabila adanya pembelajaran. Hal ini dapat memudahkan pendidik itu untuk muridnya lebih mudah untuk memahami sesuatu… Read more »

farhana kamarudin
Member
farhana kamarudin

apa yang dapat disimpulkan di sini, terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam proses pdp dan pelajar dapat menambah lebih banyak input daripada kaedah pengajaran yang telah dipelbagaikan. Ia akan memberi nilai tambah kepada pelajar apabila mereka mahir dalam kaedah yang telah digunakan.