Pengenalan kepada teknologi dan inovasi pendidikan (SGDT 4013)

  1. Definisi-definisi penting
    • Teknologi adalah aplikasi kepada pengetahuan sains untuk tujuan-tujuan yang praktikal bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Teknologi tidak semestinya merupakan sesuatu yang boleh disentuh (tangible) malah teknologi juga boleh mengambil bentuk tidak dapat disentuh (intangible) seperti penyelesaian masalah, perundingan dan latihan.
    • Pendidikan ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran melalui perancangan yang sistematik (cari model ADDIE – Analyze, Design, Develop, Implement, Evaluate).
    • Menurut Seels dan Richey (1994), teknologi pendidikan merujuk kepada aplikasi proses-proses berkaitan teknologi dan peralatan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (p. 4).
  2. Peranan Teknologi dan Inovasi
    • Inovasi dalam pendidikan menggalakkan pentadbir, guru dan pelajar untuk meneroka, menyelidik dan menggunakan semua alatan untuk menemui sesuatu yang baru.
    • Ini termasuklah cara yang berbeza untuk melihat masalah dan menyelesaikannya.
    • Proses berfikir yang berlaku akan membantu pelajar mengembangkan kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah mereka.
  3. Teori dan amali
    • Terdapat beberapa teori yang menerangkan bagaimana proses pembelajaran berlaku:
      1. Behaviorism
      2. Cognitivism
      3. Constructivism
      4. Connectivism
    • Behaviorism
      • Behaviorisme menyamakan pembelajaran dengan perubahan sama ada dalam bentuk atau kekerapan prestasi yang dapat dilihat.
      • Pembelajaran dicapai apabila tindak balas yang tepat ditunjukkan berikutan penyampaian rangsangan persekitaran tertentu.
      • Behaviorisme memfokuskan pada kepentingan akibat dari persembahan tersebut dan berpendapat bahawa tindak balas yang diikuti oleh peneguhan lebih cenderung berulang pada masa akan datang.
      • Pelajar disifatkan sebagai reaktif terhadap keadaan di persekitaran dan bukannya mengambil peranan aktif dalam memahami persekitaran.
    • Cognitivism
      • Pembelajaran disamakan dengan perubahan diskrit antara keadaan pengetahuan dan bukan sekadar perubahan kebarangkalian tindak balas.
      • Teori kognitif menumpukan pada konsep proses pembelajaran pelajar dan menerangkan bagaimana maklumat diterima, disusun, disimpan, dan diambil oleh minda.
      • Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan apa yang pelajar lakukan tetapi dengan apa yang mereka ketahui dan bagaimana mereka memperolehinya.
      • Pemerolehan pengetahuan digambarkan sebagai aktiviti mental yang memerlukan pengekodan dalaman dan penstrukturan oleh pelajar.
      • Pelajar dilihat sebagai peserta yang sangat aktif dalam proses pembelajaran.
      • Kognitivisme, seperti behaviorisme, menekankan peranan yang dimainkan oleh keadaan persekitaran dalam membantu memudahkan pembelajaran. Begitu juga dari aspek penekanan diberikan pada peranan latihan dengan maklum balas pembetulan (corrective feedback).
      • Seperti behaviorisme, kognitivisme menganggap pengetahuan adalah suatu yang berasal daripada luar proses pemikiran pelajar.
      • Beza antara dua teori ini ialah, pendekatan kognitif menumpukan pada aktiviti mental pelajar yang membawa kepada tindak balas dan mengakui proses perancangan mental, penetapan matlamat, dan strategi mengorganisasi maklumat.
      • Pemikiran, kepercayaan, sikap, dan nilai pelajar juga dianggap dapat mempengaruhi proses pembelajaran.
      • Fokus sebenar pendekatan kognitif adalah mengubah pelajar dengan mendorongnya menggunakan strategi pembelajaran yang lebih sesuai.
    • Constructivism
      • Konstruktivisme adalah teori yang menyamakan pembelajaran dengan memberi makna hasil daripada pengalaman.
      • Konstruktivis tidak sependapat dengan kognitivis dan behavioris yang menganggap pengetahuan tidak bergantung pada fikiran dan dapat “dipetakan” kepada pelajar.
      • Konstruktivis tidak menafikan kewujudan dunia nyata tetapi berpendapat bahawa apa yang kita ketahui tentang dunia ini berasal dari tafsiran kita sendiri melalui pengalaman masing-masing yang unik.
      • Adalah sangat penting bahawa pembelajaran berlaku dalam suasana yang realistik dan aktiviti pembelajaran yang dipilih sesuai dengan pengalaman hidup pelajar.
    • Connectivism
      • Connectivism adalah penyatuan prinsip yang diterokai oleh teori kekacauan (chaos), rangkaian (network), dan organisasi diri (selforganization). Antara prinsip-prinsip teori ini:
      • Pembelajaran dan pengetahuan bergantung pada kepelbagaian pendapat.
      • Pembelajaran adalah proses menghubungkan nod-nod tertentu atau sumber maklumat.
      • Pembelajaran mungkin terletak pada peralatan bukannya manusia.
      • Kapasiti untuk mengetahui lebih banyak adalah lebih penting daripada apa yang diketahui sekarang.
      • Memupuk dan mengekalkan hubungan (sumber maklumat) diperlukan untuk memudahkan pembelajaran berterusan.
      • Keupayaan untuk melihat hubungan antara bidang, idea, dan konsep merupakan kemahiran teras.
      • Pengetahuan yang tepat dan terkini adalah tujuan semua aktiviti pembelajaran aliran connectivist.
      • Membuat keputusan juga merupakan suatu proses pembelajaran. Memilih apa yang harus dipelajari dan makna maklumat yang baru dilihat melalui lensa realiti yang sentiasa berubah. Ini kerana walaupun ada jawapan yang dianggap tepat sekarang, esok mungkin dikatakan salah kerana faktor perubahan maklumat terkini.
  4. 21st Century Learning / Pembelajaran abad ke-21 (PAK21)

Rujukan:

  1. Seels, B. B., & Richey, R. C. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field. Washington, DC: Association for Educational Communications and Technology.

Kembali ke laman utama SGDT4013