Pengenalan kepada teknologi pendidikan

Apakah maksud teknologi?

Teknologi adalah aplikasi kepada pengetahuan sains untuk tujuan-tujuan yang praktikal bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Teknologi tidak semestinya merupakan sesuatu yang boleh disentuh (tangible) malah teknologi juga boleh mengambil bentuk tidak dapat disentuh (intangible) seperti penyelesaian masalah, perundingan dan latihan.

Apakah perbezaan antara data dan maklumat?

Data merupakan fakta mentah yang tiada maksud tertentu. Maklumat pula ialah data yang telah diproses menjadi sesuatu yang dapat difahami.

Apakah maksud teknologi maklumat / information technology (IT)?

Teknologi maklumat ialah penggunaan komputer untuk menyimpan, menerima, menghantar dan memanipulasi data atau maklumat. Mempunyai pertindihan makna yang besar dengan teknologi komunikasi.

Apakah maksud komunikasi?

Komunikasi ialah suatu proses memberi dan menerima maklumat yang dapat difahami antara pihak yang terlibat.

Apakah maksud teknologi komunikasi / communication technology?

Teknologi komunikasi adalah kesemua peralatan dan perisian yang digunakan untuk memproses maklumat dan menyampaikan maklumat.

Apakah maksud teknologi maklumat dan komunikasi / information and communication technology(ICT)?

Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi maklumat yang mengintegrasikan teknologi telekomunikasi bagi membolehkan pengguna menyimpan, menerima, menghantar dan memanipulasi data atau maklumat.

Apakah maksud pendidikan?

Pendidikan ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran melalui set-set arahan secara sistematik.

Apakah maksud teknologi pendidikan / educational technology?

Menurut Seels dan Richey (1994), teknologi pendidikan merujuk kepada aplikasi proses-proses berkaitan teknologi dan peralatan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (p. 4).

Perkara-perkara yang termasuk dalam teknologi pendidikan:

  1. Teknologi pengajaran / instructional technology mempunyai pertindanan makna yang amat besar dengan teknologi pendidikan.
    • IT = IDs + IDv
    • where,
    • IT = Instructional Technology
    • IDs = Instructional Design 
    • IDv = Instructional Development
  2. Peranti-peranti komputer (contohnya skrin LCD, komputer riba, tetikus, projektor)  dan telekomunikasi (telefon pintar, tablet) yang digunakan untuk pendidikan.
  3. Perkhidmatan talian seperti Internet dan selular Celcom, Maxis, DiGi dan Unifi yang digunakan untuk pendidikan.
  4. Rekabentuk pengajaran / Instructional design (ADDIE, ASSURE).
  5. Teknologi-teknologi yang diberi nama seperti online learning, e-learning, m-learning, virtual learning environment, computer-based instruction (CBI), computer-aided instruction (CAI).

Apakah kepentingan teknologi pendidikan?

  1. Sebagai panduan mengintegrasi teknologi semasa dan teori pendidikan bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan cara yang paling berkesan dan efisien.
  2. Pengajaran dan pembelajaran disampaikan bersesuaian dengan perkembangan teknologi interaktif yang biasa digunakan para pelajar dan juga guru masa kini (Tyler Wantulok, 2015). Contohnya di Malaysia, guru dan pelajar sudah biasa menggunakan telefon pintar, tablet dan komputer untuk mengakses pelbagai kandungan dan perkhidmatan yang boleh dicapai melalui Internet.
  3. Para pelajar boleh belajar mengikut kepantasan dan kesesuaian kendiri (Tyler Wantulok, 2015). Pembelajaran kendiri merupakan salah satu kemahiran yang ingin dibudayakan oleh warga pendidikan masa kini.
  4. Teknologi ini membolehkan pemahaman sesuatu konsep menjadi lebih mudah dan berkesan dengan adanya pelbagai bahan dan cara yang menerangkan tentang sesuatu perkara. Contohnya jika pelajar ingin tahu berkenaan komputer, terdapat ebook, laman web, animasi dan video yang boleh dicapai melalui Internet yang menerangkan tentang komputer.
  5. Jurang digital dapat dikurangkan. Contohnya para pelajar mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang berbeza. Sekolah yang mempunyai makmal komputer dan akses Internet membolehkan para pelajar yang kurang berkemampuan mempunyai peluang menggunakan teknologi tersebut.
  6. Hubungan sesama komuniti pendidikan akan semakin rapat. Contohnya seperti komunikasi antara guru dan pelajar melalui grup WhatsApp.
  7. Pengurusan ujian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar dapat buat ujian pada bila-bila masa dan di mana sahaja asalkan mempunyai akses Internet. Bergantung pada jenis ujian, guru dapat memperoleh keputusan pelajar serta-merta termasuklah hasil analisis setiap item ujian.
  8. Bahan pembelajaran yang menarik akan dapat membuatkan para pelajar berminat untuk belajar. Contohnya penyelesaian soalan dalam permainan komputer matematik seharusnya lebih menarik untuk diselesaikan jika dibandingkan dengan soalan-soalan daripada buku latihan. Ini kerana permainan komputer dapat menggabungkan pelbagai elemen multimedia seperti gambar, animasi, bunyi dan interaksi serta-merta yang sememangnya jauh lebih menarik daripada hanya paparan sekeping kertas yang pegun.

Perkembangan teknologi pendidikan di Malaysia

  • Education Development Plan for Malaysia (2001-2010)
  • Malaysian Smart School (July, 1997) as one of the Multimedia Super Corridor’s Flagship Applications
  • MySchoolNet
  • Electronic Book Project – 2001
  • One-School.net
  • VLE Frog
  • Learning Management Systems in higher education institutions.

Rujukan:

  1. Seels, B. B., & Richey, R. C. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field. WA:
  2. Association for Educational Communications and Technology.
  3. Wantulok, T. (2015, February 12). How important is technology in education? Pine Cove’s top 10 reasons. Retrieved from http://marketing.pinecc.com/blog/the-importance-of-technology-in-education-pine-coves-top-10-reasons

Info tambahan daripada ahli komuniti KAJI.my:

  1. A182 A: https://kachieducation182.wixsite.com/pengenalan-ict
  2. A182 B: https://thecikgu19.wixsite.com/cikgu

Kembali ke Laman Utama Teknologi Pendidikan

28
Leave a Reply

Please Login to comment
28 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
28 Comment authors
Adh Dhamirahnurul nabillaSOFIATUL JANNAHanwar12Nurul Farhana Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Adh Dhamirah
Member
Adh Dhamirah

ADH DHAMIRAH BINTI ABDUL JALIL (265082)

Setelah mempelajari topik ini, saya telah memahami maksud dan difinisi terma terma seperti teknologi,komunikasi dan teknologi maklumat. Saya juga memahami kepentingan teknologi pendidikan dalam sistem pendidikan di negara kita.

Pada pendapat saya, setiap guru perlu memiliki kemahiran menggunakan teknologi pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti proses pengajaran dan pemudahcaraan. Hal ini bersesuaian dengan arus perdana yang semakin moden menjelang abad ke 21. Saya yakin, kualiti pendidikan negara kita dapat ditambah baik dengan adanya altenatif seperti teknologi pendidikan

nurul nabilla
Member
nurul nabilla

NURUL NABILLA BT ABU SUFFIAN 263103
menurut pandangan saya, topik ini amat penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. hal ini kerana topik ini membantu saya memahami secara jelas tentang kepentingan ilmu teknologi terutamanya dalam pembelajaran abad ke-21 ini. penggunaan teknologi penting dalam mendorong minat dan kesungguhan pelajar dalam mempelajari sesuatu kerana teknologi sangat memudahkan, malah membantu merapatkan jurang hubungan antara sesama pelajar.

SOFIATUL JANNAH
Member
SOFIATUL JANNAH

SOFIATUL JANNAH BINTI SABRI (261379)
berdasarkan topik yang telah diterangkan ini, saya dapat memahami dengan jelas tentang teknologi, komunikasi, dan teknologi pendidikan. bagi saya hal ini amat penting untuk difahami lebih-lebih lagi kepada guru-guru dan bakal guru agar pengajaran dapat dikreatifkan . dengan menggunakan kecanggihan teknnologi terkini, ianya dapat menarik minat pelajar untuk menerima dalam pelbagai sudut malah dapat menambahkan ilmu kita kerana terdapat pelbagai maklumat terkini yang telah disediakan melalui teknologi ini.

anwar12
Member
anwar12

MUHAMMAD ANWAR NAQIUDDIN BIN SHUHAIMI (264686) melalui topik ini saya dapat memahami maksud teknologi dan mengembangkan pengetahuan tentang teknologi

Nurul Farhana
Member
Nurul Farhana

NURUL FARHANA BINTI ABDULLAH (262590)
Melalui topik ini, saya dapat melihat kepentingan teknologi kepada para pendidik dan pengajar dalam sesi pdp yang dijalankan. Hal ini kerana dengan adanya teknologi, semua pihak akan mendapat kemudahan dan mampu bergerak dengan lebih pantas dan flesibel walaupun di mana mereka berada

LelaIzzani
Member
LelaIzzani

SITI NUR LELA IZZANI (264570)
Berdasarkan topik pertama ini, saya lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan teknologi dan juga teknologi pendidikan. sebagai seorang bakal guru, adalah sangat penting untuk mengetahui tentang teknologi pendidikan ini kerana di masa akan datang, di era moden ini, sistem pembelajaran kebanyakkannya bergantung sepenuhnya kepada teknologi semasa. saya juga dapat mengetahui banyak info tambahan berkaitan dengan teknologi pendidikan seperti media-media yang digunakan dan sebagainya. Dan bagi saya, teknologi pendidikan ini sangat berguna dan bagus untuk membentuk status pendidikan negara yang lebih cemerlang.

NajihahNubli
Member
NajihahNubli

Nurin Najihah bt Ahmad Nubli (263012). berdasarkan pembacaan saya dalam bab ini, saya memahami apa itu maksudnya teknologi dengan lebih mendalam. saya juga dapat mengetahui mengapa teknologi itu sangat penting dalam kemajuan pendidikan di negara ini.

Azah Alias
Member
Azah Alias

Melalui bab ini, saya lebih memahami dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan definisi ICT itu sendiri. Sebagai seorang pendidik saya perlu mengetahui kepentingan-kepentingan ICT dalam pendidikan bagi memastikan pembelajaran yang berkualiti dan menarik dapat dijalankan di dalam kelas. ICT dapat menjadikan sesi pembelajaran tidak bosan dan mengantuk dengan adanya pelbagai kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar

Asiah Musa
Member
Asiah Musa

ASIAH BT MUSA(261200) Melalui topik ini saya dapat mengetahui apakah itu teknologi dan dapat membezakan diantara data dan juga maklumat. Melalui topik ini juga saya dapat mengetahui beberapa kepentingan teknologi pendidikan kepada guru dan juga pelajar dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berkesan. Melalui kecanggihan teknologi masa kini, guru dapat menggunakan pelbagai kaedah yang menarik dan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepda pelajar supaya mereka tidak cepat bosan dan boleh memahaminya dengan mudah. Dalam skop pendidiakn ini juga,bukan guru sahaja yang mendapat manfaat dari teknologi malah pelajar juga dapat menggunakan teknologi sebagai salah satu medium untuk mendapatkan maklumat yang… Read more »

AIZARINA AZUREEN
Member
AIZARINA AZUREEN

AIZARINA AZUREEN SOFIAN (261965) Pengenalan kepada teknologi pendidikan mengajar saya supaya lebih memahami makna teknologi itu sendiri yang dapat dikaitkan dengan sistem pendidikan. Sistem pendidikan akan lebih efisien jika bahan pengajaran yang digunakan berbentuk teknologi seperti online learning, e-learning, m-learning dan sebagainya. Kaedah ini juga akan turut melatih para pelajar supaya lebih cekap dan berkemahiran dalam menggunakan kemudahan teknologi. Proses P&P juga akan menjadi lebih menarik dan pelajar tidak lagi berasa bosan dengan kaedah pengajaran yang berasaskan buku dan papan putih semata-mata. Tuntasnya, kepentingan teknologi pendidikan amat penting bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang selari dengan kemajuan teknologi pada masa… Read more »

Iqbal Fauzi
Member
Iqbal Fauzi

Melalui topik ini,teknologi pendidikan sememangnya membantu guru-guru dan para pelajar dalam mengakses maklumat dan informasi pendidkan dengan lebih cepat.Hal ini secara tidak langsung membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan kemudahan ini untuk mengulangkaji pelajran tanpa perlu bergantung sepenuhnya terhadap buku teks malah informasi pelajaran juga boleh diakses melalui laman web.Mereka juga sekan lebih tertarik utuk belajar dengan teknolgi ini berbanding kaedah P&P yang lama.

fazihahsakinah
Member
fazihahsakinah

NURUL FAZIHAH SAKINAH BT ROSLY (263599)
Pada pendapat saya, bab ini banyak menjelaskan berkaitan teknologi dalam pendidikan kerana ICT pada zaman sekarang dilihat sangat membantu pencapaian pelajar yang lebih cemerlang. Oleh itu, kualiti pendididkan negara akan bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih efektif, di samping ia mempercepatkan proses pembelajaran. Dengan ini kita dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam teknologi dan dapat bersaing di peringkat global. Pendedahan teknologi kepada pelajar merupakan perkara yang wajar dilakukan dan guru-guru juga mestilah bijak dalam merancang penggunaan teknologi kepada pelajar mereka.

Afrina Nabila
Member
Afrina Nabila

NORAFRINA NABILA BINTI MOHD ZAINI (264183)
Dalam bab ini saya belajar mengenai pengenalan kepada teknologi pendidikan. Dalam bab ini, saya mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa yang akan dipelajari dalam subjek ICT pada sem ini. Apa yang saya pelajari di bawah subtopik ini adalah mengenai pelbagai maksud antaranya maksud teknologi, maksud IT, maksud teknologi komunikasi dan pelbagai lagi. Saya juga dapat mengetahui kenapa pentingnya subjek teknologi pendidikan ini perlu dipelajari oleh semua bakal guru.

Adawiyah Ashari
Member
Adawiyah Ashari

RUBIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD ASHARI (264831) apa yang saya faham mengikut ayat serta pandangan awal mengenai pengenalan kepada teknologi pendidikan ialah dia mengenai sesuatu kemudahan yang boleh digunakan serta diaplikasikan bagi seorang pendidik untuk menyelesaikan sesuatu tugasan pendidik itu sendiri mahupun untuk membuat sesuatu aktiviti bersama pelajar-pelajarnya dimana guru tidak perlu lah terlalu mengikut kaedah pembelajaran tradisional. kemudian, selepas mengkajinya dalam bab ini dia menerangkan dengan lebih terperinci mengenai satu-satu perkataan dan maknanya sendiri serta perbezaan yang kita anggap sama rupanya tidak serta mengenai kepentingan perlu adanya teknologi pendidikan. secara rumusannya, teknologi pendidikan amatlah penting dalam meningkatkan mutu kaedah pembelajaran… Read more »

zarifah
Member
zarifah

ZARIFAH BT MAT AKHIR (262476)
Melalui bab ini, saya dapat belajar mengenai pengenalan kepada teknologi pendidikan.Menurut Seels dan Richey (1994), teknologi pendidikan merujuk kepada aplikasi proses-proses berkaitan teknologi dan peralatan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat belajar mengenai kepentingan teknologi dalam pendidikan. Teknologi telah memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Yu Xuan Bong
Member
Yu Xuan Bong

BONG YU XUAN (263585)
Melalui topik ini, saya lebih memahami kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Teknologi mestilah dikaitkan dalam pendidikan pada masyarakat kini berbanding dengan masyarakat dulu. Pada zaman sekarang, metod “talk and chalk” tidak selakunya dalam proses P&P, tetapi metod teknologi seperti “smart board” semakin laku dalam setiap sekolah atau setiap sekolah. Teknologi seperti ini dapat membantu guru dan pelajar menggunakan bahan-bahan pengajaran dengan cekap. Oleh itu, saya dapat mengenalpasti kegunaan teknologi dalam pendidikan sangat penting dan berfaedah kepada pengajar dan pelajar.

Anis_Azwani
Member
Anis_Azwani

Nur Anis Azwani Binti Mohd Azhar (264325)
Melalui topik ini, saya menyedari bahawa teknologi banyak membantu para guru terutamanya dalam proses P&P. Teknolgi terkini sangat penting kepada seorang guru untuk menjadikan satu proses P&P itu berkesan dan efisien. Teknologi bukan sahaja merupakan alatan tetapi juga merupakan penyelesaian masalah, perundingan dan latihan. Dengan adanya teknologi ini, minat para pelajar terhadap pelajaran akan lebih mendalam. Hal ini kerana pembelajaran melalui penggunaan teknologi sangat menarik dan sangat memudahkan untuk mencari sesuatu maklumat. Terbuktilah dalam topik ini teknologi dalam pendidikan memberi kelebihan kepada guru-guru dan para pelajar.

ahmadghazalisufian
Member
ahmadghazalisufian

Pada pendapat saya, topik pengenalan kepada teknologi pendidikan amat membantu kepada guru guru di Malaysia mahupun di dunia.Ianya memperkenalkan teknologi pendidikan yang akan menyenangkan kerja seorang guru di sekolah kerana ianya menggunakan 100% proses pembelajaran di atas talian ataupun “Online”.Oleh itu,guru guru perlulah mempelajari subjek teknologi pendidikan.

nor_azzalini
Member
nor_azzalini

Nor Azzalini Binti Azhar (265042)
Pada pendapat saya, pengenalan kepada teknologi pendidikan dapat membantu pelajar mengetahui secara lebih mendalam berkaitan teknologi. Teknologi terdapat dalam dua bentuk iaitu boleh disentuh(tangible) dan tidak boleh disentuh (intangible). Teknologi maklumat dan komunikasi penting bagi membolehkan pelajar menggunakan peralatan dan peranti-peranti yang sesuai bagi memudahkan proses pembelajaran.Justeru, perkara sebegini dapat mengasah kemahiran pelajar dalam mengguna sesuatu yang baharu.

Rabbaniyah Mohamed
Member
Rabbaniyah Mohamed

Rabbaniyah Binti Mohamed (264387)
Bagi saya, entri ini telah membantu para pembaca untuk memahami dengan leibh mendalam tentang teknologi pendidikan dengan lebih jelas. Teknologi dalam pendidikan mempunyai banyak kegunaannya seperti memudahkan para guru mengadakan sesi pembelajaran yang lebih efisien dan menarik minat pelajar, serta pengurusan ujian dapat diurus dengan baik.

Nur Atiqah Hew
Member
Nur Atiqah Hew

Nur Atiqah Hew binti Mod Ridhwan Hew (261776)
Melalui entre ini, saya dapat mengetahui tentang maksud teknologi pendidikan dan juga kepentingan-kepentingan teknologi pendidikan bagi seseorang terutamanya kepada seseorang guru. Hal ini kerana teknologi amat penting terutama pada era globalisasi dan generasi akan datang.

nasrullah_kamba
Member
nasrullah_kamba

Nasrullah bin Kamba 264868
Bab ini dapat memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai apa itu Teknologi Pendidikan dan kepentingan teknologi pendidikan kepada masyarakat di luar sana tidak kira pelajar,guru mahupun masyarakat yang lain.

Nur Qistina
Member
Nur Qistina

NUR QISTINA BT MOHD AZHAR 264816
Pada pendapat saya setelah mendalami bab 1 adalah, terdapat pelbagai kegunaan teknologi dalam kehidupan. Teknologi juga telah membantu proses pendidikan iaitu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dan menjadi penyelesai masalah dalam pendidikan. Teknologi juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi antara guru dan pelajar jika tiada pertemuan di dalam kelas. Melalui teknologi juga, pelajar dapat mengambil input-input penting untuk dijadikan sebagai pembantu dalam pembelajaran.

FARAH WAHIDA YUSOFF
Member
FARAH WAHIDA YUSOFF

Pada pendapat saya, Bab 1 ini iaitu pengenalan kepada teknologi pendidikan banyak memberi pengetahuan kepada saya terutamanya maksud istilah dalam teknologi pendidikan dan kepentingan teknologi pendidikan kepada kita. Isi yang ada dalam bab ini dapat memberi pemahaman kepada saya dengan lebih jelas. Saya dapat memahami isi tanpa halangan. Terima kasih. 🙂

nursyawalni98
Member
nursyawalni98

Pada pendapat saya, topik pengenalan kepada teknologi pendidikan ini telah memberikan penerangan yang sangat ringkas dan padat berserta contoh yang jelas. Hal ini juga membolehkan pembaca memahami teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan ini dengan lebih mendalam.

Hnim Shah
Member
Hnim Shah

Pada pendapat saya teknologi amat penting dan membantu dalam pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya bantuan teknologi ini pembelajaran akan lebih mudah diingati, difahami, diaplikasikan dan dianalisis oleh pelajar. Pelajar juga akan lebih berfikiran terbuka dan kreatif untuk mencipta sesuatu yang baharu.

Nor Hanisah Mohd Nor
Member
Nor Hanisah Mohd Nor

Bab ini membolehkan seseorang itu mengetahui mengenai teknologi, komunikasi, pendidikan dan gabungan ketiga tigannya untuk kepentingan pendidikan.

amierahsyafiqah
Member
amierahsyafiqah

teknologi pendidikan bermaksud aplikasi proses2 berkaitan teknologi dan peralatan yg diguna utk mnyelesaikan masalah brkaitan pengajaran dan pmbelajaran
antara prkara yg trmasuk teknologi pndidikan adalah teknologi pengajaran, peranti2 komputer, khidmat talian, rekabentuk pengajaran dan teknologi2 sperti online learning.