Pengintegrasian teknologi yang bermakna

Bagaimanakah komputer dapat diintegrasikan dalam pembelajaran?

  1. Komputer sebagai guru
    • Digunakan bagi menyampaikan bahan pembelajaran secara interaktif.
    • Contoh: Aplikasi courseware sebagai bahan pembelajaran interaktif.
  2. Komputer sebagai pembantu / alat
    • Digunakan sebagai alat menghasilkan sesuatu penulisan atau seni.
    • Contoh: MS Word untuk membuat laporan, PowerPoint untuk persembahan, MS Access untuk pangkalan data, GIMP untuk mengedit grafik dsb.
  3. Komputer sebagai pelajar manakala pelajar adalah guru
    • Digunakan sebagai medium menguji pemahaman dan kemahiran pelajar tentang sesuatu perkara.
    • Dicapai dengan cara pelajar membuat arahan yang akan dilaksanakan oleh komputer (programming).
    • Contoh: Pelajar membuat program kalkulator menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. Sekiranya pengiraan adalah betul, maka pelajar membuktikan dia telah mahir pengiraan asas malah boleh menghasilkan suatu program yang boleh dipercayai.

Bagaimanakah Internet dapat diintegrasikan dalam pembelajaran?

  1. Alat komunikasi
    • Membolehkan komunikasi atas talian seperti emel, instant messaging seperti WhatsApp, forum online.
    • Contoh: Berbincang permasalahan pembelajaran bersama guru dan rakan, menghantar dokumen rujukan secara digital.
  2. Sumber informasi
    • Membolehkan pencarian maklumat menjadi semakin mudah.
    • Contoh: Pencarian maklumat di World Wide Web (WWW) melalui search engine seperti Google.
  3. Alat penerbitan
    • Membolehkan pelajar menerbitkan sendiri hasil penulisan dan seninya.
    • Contoh: Membangunkan laman sesawang sendiri menggunakan WordPress dan menerbitkan suatu artikel bersama gambar yang dihasilkan sendiri.
  4. Aplikasi online
    • Membolehkan pelajar menggunakan aplikasi online hampir sama seperti versi offline. Kelebihan utamanya ialah tidak perlu memuat masuk aplikasi tersebut sekiranya terdapat versi yang baharu, perkongsian / share bahan menjadi lebih mudah dan ancaman kod merbahaya (contoh: virus, hacker) dapat dikurangkan.
    • Contoh: Canva untuk penghasilan imej, Prezi untuk persembahan, Kahoot untuk kuiz.

Bagaimanakah pembelajaran jarak jauh dapat diintegrasikan dalam pembelajaran?

Pembelajaran jarak jauh merupakan program pendidikan yang merujuk kepada guru dan pelajar tidak berada pada tempat yang sama. Terdapat tiga mod:

  1. Synchronous
    • Sesi real-time / waktu sebenar. Perlu ada pada waktu yang ditetapkan.
    • Contoh: Mesyuarat video / video conferencingwebinar iaitu seminar secara online.
  2. Asynchronous
    • Sesi bukan waktu sebenar.
    • Perbincangan dapat diikuti oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa.
    • Contoh: MOOC
  3. Hybrid
    • Kombinasi antara face-to-face dan pembelajaran jarak jauh.
    • Contoh: Kelas secara face-to-face untuk topik tertentu dilakukan pada awal semester tetapi topik-topik lain secara asynchronous.

Antara model-model pengintegrasian teknologi dalam pendidikan:

Reproduced by permission of the publisher, © 2012 by tpack.org
  • TPACK
    • Model ini dipelopori oleh Punya Mishra and Matthew J. Koehler (2006). Terdapat 7 elemen.
    • Content Knowledge (CK) – Pengetahuan guru tentang topik yang hendak diajar.
    • Pedagogical Knowledge (PK) – Pengetahuan guru tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
    • Technological Knowledge (TK) – Pengetahuan dan kemahiran guru menggunakan teknologi semasa dalam mencapai sesuatu objektif.
    • Pedagogical Content Knowledge (PCK) – Pengetahuan dan kemahiran guru dalam menyampaikan sesuatu pelajaran secara berkesan (PCK = CK + PK).
    • Technological Content Knowledge (TCK) – Pengetahuan dan kemahiran guru dalam penyediaan bahan pembelajaran menggunakan teknologi semasa (TCK = CK + TC).
    • Technological Pedagogical Knowledge (TPK) – Pengetahuan dan kemahiran guru dalam menyediakan rancangan pengajaran dengan bantuan teknologi semasa (TPK = PK + TK).
    • Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) – Pengetahuan dan kemahiran guru dalam merancang dan menyampaikan pelajaran dengan bantuan teknologi secara berkesan (TPACK = PCK + TCK + TPK).
Model SAMR
  • SAMR
    • Model atau rangka kerja ini telah dibangunkan oleh Dr. Ruben Puentedura. Berpandukan pada model ini, terdapat 4 peringkat kebergantungan pada teknologi dalam suatu sesi pdpc.
    • 1. Substitution / Penggantian – Peringkat kebergantungan teknologi paling rendah. Komputer digunakan untuk memudahkan tugasan berbanding cara tanpa komputer. Dikategorikan sebagai enhancement penambahbaikan kerana walaupun ICT memudahkan sesuatu tugasan, tugasan itu masih dapat diteruskan tanpa ICT.
      Contoh: Para pelajar diminta membuat satu senarai yang mempunyai nama empat binatang liar beserta gambar haiwan tersebut. Para pelajar diajar menggunakan MS Word bagi membuat senarai itu. Sekiranya tiada komputer, tugasan ini masih dapat dilaksanakan. Pelajar boleh menulis senarai tersebut dalam buku latihan.
    • 2. Augmentation / Peningkatan – Peringkat kebergantungan teknologi masih agak rendah. Komputer digunakan untuk memudahkan tugasan dengan sedikit peningkatan. Dikategorikan sebagai enhancement penambahbaikan kerana walaupun ICT memudahkan sesuatu tugasan, tugasan itu masih dapat diteruskan tanpa ICT.
      Contoh: Pelajar diminta memuatkan gambar haiwan pada senarai tadi. Pelajar diajar mendapatkan gambar daripada Internet. Selain itu, pelajar diminta menyemak ejaan menggunakan MS Word. Sekiranya tiada komputer, tugasan ini masih dapat dilaksanakan. Pelajar boleh menyemak ejaan perkataan menggunakan kamus dan mendapatkan gambar daripada mana-mana buku atau penerbitan lain.
    • 3. Modification / Pengubahsuaian – Peringkat kebergantungan teknologi yang tinggi. Komputer bukan lagi sekadar membantu tetapi diperlukan untuk menyiapkan tugasan. Oleh itu peringkat ini dikategorikan sebagai transformation / transformasi.
      Contoh: Pelajar diminta mencari video di YouTube berkenaan haiwan yang mereka telah senaraikan dalam fail MS Word. Pelajar diminta menyertakan alamat video tersebut dalam dokumen MS Word tadi. Sekiranya tiada komputer dan Internet, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan. Tugasan dapat dilaksanakan setakat menulis senarai haiwan sahaja.
    • 4. Redefinition / Pengubahan semula – Peringkat kebergantungan teknologi paling tinggi. Komputer bukan lagi sekadar membantu tetapi diperlukan untuk menyiapkan tugasan. Oleh itu peringkat ini dikategorikan sebagai transformation / transformasi.
      Contoh: Pelajar diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk membuat satu laman sesawang yang menerangkan tentang 4 haiwan liar. Pelajar perlu sertakan video YouTube dalam penerangan mereka. Selain itu mereka perlu menjawab persoalan dalam ruangan komen di laman itu. Sekiranya tiada komputer dan Internet, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan.
  • TIM
    • Technology Integration Matrix (TIM) dihasilkan oleh Florida Center for Instructional Technology (FCIT), University of South Florida untuk mengenal pasti peranan teknologi dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Sila klik sini untuk gambarajah dan maklumat lanjut berkenaan TIM.
    • Merangkumi 5 ciri-ciri suasana pembelajaran bermakna (active, collaborative, constructive, authentic, dan goal-directed).
    • Ciri-ciri tersebut dikaitkan dengan 5 tahap integrasi teknologi (entry, adoption, adaptation, infusion, dan transformation).
    • Ciri 1: Active – Pelajar dibimbing ke arah menggunakan teknologi sebagai alat dan bukannya sekadar menerima maklumat daripada teknologi secara pasif.
    • Ciri 2: Collaborative – Pelajar dibimbing ke arah menggunakan teknologi secara kolaboratif dan bukannya secara bersendirian.
    • Ciri 3: Constructive – Pelajar dibimbing ke arah menggunakan teknologi sebagai alat yang menghubungkan pengetahuan baru dan pengetahuan sedia ada dan bukannya sekadar menerima terus pengetahuan baru secara pasif.
    • Ciri 4: Authentic – Pelajar dibimbing ke arah menggunakan teknologi bagi menghubungkan pelajaran dengan dunia sebenar dan bukannya sekadar mempelajari sesuatu tanpa mengetahui kegunaannya dalam kehidupan pelajar.
    • Ciri 5: Goal-directed – Pelajar dibimbing ke arah menggunakan teknologi dalam menentukan sendiri sasaran, merancang aktiviti pembelajaran, memantau perkembangan dan menilai tahap kemahirannya dan bukannya sekadar menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa refleksi yang berkesan.
    • Peringkat 1: Entry – Guru menggunakan teknologi bagi menyampaikan bahan pembelajaran kepada pelajar. Bila dan bagaimana teknologi digunakan ditentukan oleh guru.
    • Peringkat 2: Adoption – Guru menentukan teknologi yang akan digunakan dan para pelajar mengikut prosedur yang ditentukan oleh guru.
    • Peringkat 3: Adaptation – Guru membimbing pelajar menggunakan teknologi yang dipilih dan pelajar diberi ruang meneroka keupayaan diri dan teknologi tersebut bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.
    • Peringkat 4: Infusion – Guru menentukan topik dan membimbing pelajar dalam memilih dan menggunakan teknologi yang sesuai bagi menyiapkan tugasan. Fokus adalah isi pelajaran dan teknologi sekadar alat bantu belajar.
    • Peringkat 5: Transformation – Guru menentukan objektif pembelajaran tetapi menggalakkan pelajar meneroka sendiri teknologi yang ingin digunakan bagi mencapai objektif tersebut. Pada peringkat ini penggunaan teknologi adalah amat diperlukan dan objektif pembelajaran sukar dicapai jika teknologi tidak digunakan.
    • 5 ciri-ciri suasana pembelajaran bermakna dan 5 tahap-tahap integrasi teknologi tersebut membentuk matriks (5×5) yang mempunyai 25 sel. Suatu sesi pembelajaran dapat ditentukan kedudukannya dalam matriks tersebut.
    • Adalah menjadi harapan agar guru dapat berusaha mencapai peringkat transformation bagi setiap ciri suasana pembelajaran bagi mengeksploitasi potensi setiap pelajar.
  • RAT
    • Singkatan kepada ReplacementAmplification, dan Transformation.
    • Rangka kerja R.A.T. dihasilkan oleh Dr. Joan Hughes pada tahun 1998. Klik sini untuk gambarajah RAT.
    • Replacement – Teknologi digunakan sekadar menyampaikan bahan secara digital.
    • Amplification – Teknologi digunakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara signifikan yang sukar dicapai tanpa penggunaannya.
    • Transformation –  Teknologi membolehkan pengalaman pembelajaran yang baru yang tidak dapat dilaksanakan tanpa penggunaannya.
    • Hampir sama dengan model SAMR.

Rujukan:

  1. Newby, T. J., Stepich, D. A., Lehman, J. D., & Russell, J. D. (2006). Educational technology for teaching and learning (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.
  2. https://www.schoology.com/blog/samr-model-practical-guide-edtech-integration
  3. http://tpack.org/
  4. https://fcit.usf.edu/matrix/matrix/
  5. https://techedges.org/r-a-t-model/
  6. https://instructionaldesignbykelly.wordpress.com/2016/03/01/the-rat-model/

Info tambahan daripada ahli komuniti KAJI.my:

  1. A182 A: https://nextteachers.weebly.com/

Kembali ke Laman Utama Teknologi Pendidikan

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
7 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Fong Aun Ling
Fong Aun Ling
May 23, 2019 4:24 pm

FONG AUN LING (262915) Pada pendapat saya, bab ini telah menerangkan cara komputer dapat diintegrasikan dalam pembelajaran, iaitu Komputer sebagai guru (Tutor), Komputer sebagai pembantu/alat (Tool) dan Pelajar belajar dengan pengaturcaraan (tunjuk ajar) komputer (Tutee – Kp sbg pelajar; Pelajar sbg guru). Tambahan pula, saya juga mempelajari model-model pengintegrasian teknologi dalam pendidikan. Antaranya ialah TPACK, SAMR, TIM dan RAT. Keempat-empat model ini mempunyai kaedah menggunakan dan ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu, model-model ini banyak membawa kemudahan dan kesenangan serta manfaat kepada kita khususnya golongan pelajar. Hal ini kerana dengan penggunaan komputer, pembelajaran jarak jauh dapat dijalani oleh guru bersama murid-murid.… Read more »

AIZARINA AZUREEN
AIZARINA AZUREEN
May 23, 2019 2:51 pm

AIZARINA AZUREEN SOFIAN (261965)
Bab ini menerangkan model-model pengintegrasian teknologi yang digunakan dalam pendidikan. Antaranya ialah TPACK, SAMR, TIM dan RAT. Setiap daripada model ini mempunyai kaedah dan ciri yang tersendiri. Selain itu, dalam bab ini juga menerangkan kaedah yang boleh digunakan ketika sesi mengajar dengan menggantikan kaedah face to face kepada kaedah jarah jauh. Dengan ini, pelajar tidak lagi akan ketinggalan topik yang perlu mereka pelajari.

SOFIATUL JANNAH
SOFIATUL JANNAH
May 22, 2019 5:00 pm

SOFIATUL JANNAH BINTI SABRI ( 261379 )
berdasarkan bab ini, saya dapat mengetahui tentang model-model pengintegrasian teknologi dalam pendidikan. antara model tersebut adalah TRACK, SAMR, RAT, TIM dan sebagainya. hal ini penting untuk deketahui kerana ia dapat membantu kita nanti. manakala peranan komputer kepada guru dan pelajar juga perlu difahami dengan betul agar diaplikasikan dengan baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Siti Nur Umairah
Siti Nur Umairah
May 19, 2019 5:22 pm

SITI NUR UMAIRAH BINTI ZAMRI (263057) Dalam bab ini saya dapat simpulkan bahawa ianya menerangkan mengenai bagaimana komputer digunapakai dalam pembelajaran atau kelebihan atau fungsi komputer itu dalam aspek pembelajaran. Komputer mempunyai pelbagai fungsi dalam pembelajaran baik kepada guru ataupun pelajar. Melalui penggunaan komputer, pembelajaran jarak jauh boleh dilaksanakan oleg guru. Ini memudahkan seorang guru, sekiranya tidak dapat menjalankan kuliah “face-to-face” maka guru boleh mengadakan sesi pembelajaran online. Ini akan menjadikan murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Dalam bab ini juga ada berkenaan model-model pengintergrasian komputer. Saya dapat mengenalpasti jenis-jenis guru yang terdapat di dunia ini. Selain itu mengetahui berkenaan jenis… Read more »

zarifah
zarifah
May 16, 2019 9:22 am

ZARIFAH BT MAT AKHIR (262476)
Melalui bab ini, saya dapat mempelajari tentang pengintegrasian teknologi yang bermakna.
Internet dapat diintegrasikan dalam pembelajaran melalui beberapa cara. Antaranya ialah alat komunikasi,sumber informasi,alat penerbitan dan aplikasi online. Selain itu, terdapat tiga mod dalam pembelajaran jarak jauh iaitu Synchronous, asynchronous dan Hybrid. Hal ini dapat memudah sesi pengajaran dan pembelajaran.

Rabbaniyah Mohamed
Rabbaniyah Mohamed
May 15, 2019 5:51 pm

Rabbaniyah Binti Mohamed (264387)
Entri ini membawa kita kepada tajuk yang agak kompleks untuk diketahui dan difahami. Secara ringkasnya, entri ini menerangkan cara untuk mengitegrasikan komputer dan juga internet. Terdapat juga beberapa model diperkenalkan yang dijelaskan dalam bentuk yang difahami. Hal ini memudahkan untuk para pembaca entri ini memahai=mi lebih lagi tentang cara untuk mengitergrasikan teknologi dalam pendidikan.

Hnim Shah
Hnim Shah
May 14, 2019 2:17 pm

Pada pendapat saya bab ni amat penting kerana ia menjelaskan peranan komputer kepada pelajar dan peranan pelajar kepada komputer itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, komputer boleh menyimpan dan mengakses pelbagai maklumat oleh itu komputer dapat membantu pelajar tentang sesuatu ilmu dengan lebih mendalam serta memudahkan mereka untuk faham. Seterusnya komputer juga dapat dikawal oleh pelajar mengikut apa yang mereka ingin akses atau cari. Terdapat banyak peranan internet dan teknologi dalam membantu pelajar antaranya ialah ia merupakan satu alat komunikasi yang amat penting pada harini. Jadi jelaslah bahawa teknologi ini mampu memberi pencerahan dan memudahkan pelajar serta guru yang… Read more »