Penilaian Teknologi (SGDT4013)

Jenis-jenis teknologi untuk pendidikan:

  • Online – Webpage, courseware, video conferencing, Web 2.0, emel, forum dan
  • OfflineCourseware, perisian untuk produktiviti
  • Perkakasan yang diperlukan untuk membolehkan aktiviti PdPc dijalankan sama ada online mahupun offline.

Ada lapan komponen utama dalam penilaian suatu teknologi untuk pendidikan menurut Anstey dan Watson (2018):

  1. Functionality / Berfungsi – adakah teknologi dapat melakukan apa yang sepatutnya ia lakukan?
  2. Accessibility / Kebolehgunaan – dapat digunakan oleh semua jenis pelajar termasuk OKU.
  3. Technical / Teknikal – teknologi adalah fleksibel dalam menyokong jenis peralatan yang digunakan pelajar.
  4. Mobile Design / Reka bentuk mobil – teknologi dapat menyokong teknologi mobil terkini.
  5. Privacy, Data Protection, and Rights / Privasi, Perlindungan Data, dan Hak – teknologi perlu selamat digunakan terutamanya dari aspek keselamatan data peribadi dan hak cipta pengguna.
  6. Social Presence / Sokongan sosial- teknologi membolehkan pengguna melibatkan diri dalam komuniti teknologi tersebut dengan seperti seseorang yang berinteraksi dalam suatu komuniti dunia nyata.
  7. Teaching Presence / Sokongan pengajaran – teknologi menyediakan pengajar dengan kemudahan menjadi pemudah cara dan sumber rujukan yang baik.
  8. Cognitive Presence / Sokongan kognitif – teknologi menyediakan pelajar dengan kemudahan untuk meningkatkan tahap pemikiran mereka daripada aras rendah ke aras yang lebih tinggi.

Kriteria untuk komponen Functionality

  1. Scale – menyokong saiz kelas dan kumpulan dalam kelas.
  2. Ease of Use – mudah digunakan dan mesra pengguna.
  3. Tech Support or Help Availability – kesediaan sistem dan staf khusus bagi memberikan sokongan teknikal yang cepat.
  4. Hypermediality – menyokong multimedia dan membenarkan pengguna mengakses bahan tanpa perlu mengikut turutan.

Kriteria untuk komponen Accessibility

  1. Accessibility Standards – memenuhi suatu standard kebolehgunaan yang umum seperti World Wide Web Consortium (W3C) Web Accessibility Initiative.
  2. User-Focused Participation – mengambil kira tahap literasi dan keupayaan pelajar yang lain.
  3. Required Equipment – tidak perlu bilangan kelengkapan yang banyak.
  4. Cost of Use – kos penyediaan, penggunaan dan penyelenggaran yang praktikal.

Kriteria untuk komponen Technical

  1. Integration/Embedding within a Learning Management System (LMS) – perisian dapat diintegrasikan dengan baik ke dalam sistem LMS pusat pengajian.
  2. Desktop/Laptop Operating Systems and Browser – perisian dapat menyokong OS dan pelayar Internet yang lazim digunakan.
  3. Additional Downloads – tidak perlu memuat masuk perisian tambahan untuk menggunakannya.

Kriteria untuk komponen Mobile Design

  1. Access – dapat menggunakan perisian atas OS dan pelayar Internet yang lazim digunakan tanpa masalah .
  2. Functionality – cara fungsi perisian versi desktop dan mobil adalah sama.
  3. Offline Access – terdapat mod untuk digunakan secara offline ketika akses Internet adalah lemah.

Kriteria untuk komponen Privacy, Data Protection, and Rights

  1. Sign Up / Sign In – mempunyai sistem log masuk bagi mengelakkan akaun digodam dan mengehadkan perkongsian maklumat peribadi hanya kepada sistem LMS pusat pengajian.
  2. Data Privacy and Ownership – bahan yang dihasilkan oleh pengguna perlu dijaga dari aspek IP. Pengguna juga bebas mengawal akses bahan kepada umum.
  3. Archiving, Saving, and Exporting Data – perisian mempunyai kebolehan berkongsi data perkembangan pengguna dengan perisian lain. Ia juga mempunyai kebolehan mengeksport data tersebut sebagai langkah sandaran atau backup.

Kriteria untuk komponen Social Presence

  1. Collaboration – perisian menyediakan pengguna dengan kebolehan untuk bekerja sama dalam melaksanakan suatu tugasan.
  2. User Accountability – perisian menyediakan kemudahan kepada pengguna terutamanya kepada admin untuk mengenal pasti pengguna sistem dan mengawal secara menyeluruh batas-batas keupayaan penggunaan sistem oleh pengguna lain.
  3. Diffusion – menggunakan alatan perisian yang biasa digunakan oleh pengguna. Contoh: ikon, nama dan fungsi button.

Kriteria untuk komponen Teaching Presence

  1. Facilitation – memudahkan guru melakukan aktiviti pemudah caraan (menjawab pertanyaan, mencetuskan persoalan) pada bila-bila masa (segerak, tidak segerak, notifikasi emel dsb)
  2. Customization – membolehkan guru mengubah tetapan suatu fungsi supaya sesuai dengan objektif dan aktiviti pembelajaran (contoh: kuiz berasaskan masa atau tidak, soalan tugasan mengikut kelas atau kumpulan dalam kelas).
  3. Learning Analytics – keupayaan dalam memproses maklumat perkembangan pelajar dan penggunaan sistem oleh pelajar supaya dapat dianalisa oleh sistem dan guru. Bertujuan membolehkan maklum balas yang cepat dan sesuai bagi penambah baikan penyampaian dan pengalaman pembelajaran.

Kriteria untuk komponen Cognitive Presence

  1. Enhancement of Cognitive Task(s) – perisian membolehkan transformasi pendidikan ke arah student-centered learning.
  2. Higher-Order Thinking – perisian dapat menggalakkan pelajar membina tahap pemikiran ke aras yang lebih tinggi.
  3. Metacognitive Engagement – perisian dapat menggalakkan pelajar membuat refleksi terhadap pengalaman pembelajaran bagi memantapkan proses regulasi kendiri.

Rujukan:

Kembali ke laman utama SGDT4013