Perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (SGDT4013)

Elemen-elemen multimedia

Cognitive Theory of Multimedia Learning (CTML)

File:CTML Diagram.png
  • CTML dipelopori oleh Richard E. Mayer sejak 2001.
  • Suatu persembahan multimedia biasanya akan mengandungi elemen perkataan (teks, suara) dan visual (gambar, animasi).
  • Dalam memori deria, perkataan dan visual akan dapat dikesan oleh telinga dan mata.
  • Beberapa perkataan dan visual sahaja yang akan memasuki memori bekerja dalam satu-satu masa mengikut pilihan pelajar.
  • Perkataan dan visual yang dipilih akan disusun membentuk model verbal dan model gambar dalam memori bekerja.
  • Model verbal dan model gambar tersebut seterusnya akan diintegrasikan dengan pengetahuan sedia ada. Proses ini berlaku dalam memori bekerja.
  • Sila lihat http://etec.ctlt.ubc.ca/510wiki/Cognitive_Theory_of_Multimedia_Learning

Prinsip-prinsip pembelajaran menggunakan multimedia (Mayer’s 10 principles)

  • Lima prinsip untuk mengurangkan pemprosesan tambahan atau extraneous processing
    • 1. Coherence Principle / Prinsip kesesuaian: Pelajar akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya bahan tambahan dikeluarkan daripada persembahan multimedia.
    • 2. Signalling Principle / Prinsip isyarat: Pelajar akan belajar dengan lebih baik apabila perkataan penting diberi penekanan.
    • 3. Redundancy Principle / Prinsip redundansi: Pelajar akan belajar dengan lebih baik melalui animasi yang besertakan suara latar berbanding animasi yang mempunyai suara latar dan teks yang panjang. Teks yang pendek, diberi penekanan dan diletakkan berhampiran dengan visual yang cuba diterangkan adalah tidak mengapa.
    • 4. Spatial Contiguity Principle / Prinsip Kesesuaian Ruang: Pelajar akan belajar dengan lebih baik apabila perkataan dan gambar diletakkan berhampiran antara satu sama lain.
    • 5. Temporal Contiguity Principle / Prinsip Kesinambungan Sementara: Pelajar akan belajar dengan lebih baik apabila suara latar dan animasi dipersembahkan secara serentak berbanding secara berturutan.
  • Tiga prinsip bagi menguruskan pemprosesan perlu atau essential processing
    • 1. Segmenting Principle / Prinsip Pembahagian: Pelajar dapat belajar dengan lebih baik apabila animasi bersuara latar disampaikan dalam bahagian-bahagian yang lebih kecil berbanding penyampaian secara terus-menerus. Penyampaian dalam bentuk bersegmen lebih mesra kepada kadar pemahaman pelajar.
    • 2. Pretraining Principle / Prinsip Pralatihan: Pelajar dapat belajar dengan lebih baik melalui animasi bersuara apabila mereka telah mengetahui terlebih dahulu tentang nama dan ciri-ciri komponen perlu (komponen dalam GUI).
    • 3. Modality Principle / Prinsip Keadaan Mod: Pelajar dapat belajar dengan lebih baik melalui gambar yang diiringi suara latar berbanding gambar yang disokong oleh teks.
  • Dua prinsip bagi memupuk pemprosesan penjanaan atau generative processing
    • 1. Multimedia Principle / Prinsip Multimedia: Pelajar dapat belajar dengan lebih baik sekiranya persembahan mempunyai perkataan (teks atau suara) dan gambar berbanding dengan persembahan yang mempunyai perkataan sahaja. Ini dapat membantu pelajar membuat hubung kait antara model verbal dan model piktorial dengan lebih baik.
    • 2. Personalization Principle / Prinsip Kemesraan: Pelajar dapat belajar dengan lebih baik melalui pelajaran multimedia apabila perkataan disusun dalam bentuk perbualan berbanding bentuk formal. Sekiranya pelajar merasakan mereka sedang terlibat dalam suatu perbualan, mereka akan memberi tumpuan yang lebih pada apa yang sedang diperkatakan.
  • Sila lihat http://etec.ctlt.ubc.ca/510wiki/Cognitive_Theory_of_Multimedia_Learning

Kembali ke laman utama SGDT4013