Apakah yang dimaksudkan dengan perkakasan multimedia?
- Perkakasan komputer / hardware yang digunakan untuk merekod, memproses dan mempersembahkan bahan-bahan multimedia.
- Memerlukan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding kegunaan biasa (melayari Internet, memproses dokumen teks)
- Spesifikasi akan meningkat dengan pengeluaran versi perisian-perisian pembangunan multimedia yang baru.
- Kebiasaannya, suatu perisian multimedia akan menyenaraikan spesifikasi hardware dan software lain yang diperlukan bagi menyokong perisian tersebut. Senarai tersebut dipanggil sebagai system requirements.
Berikan ciri-ciri perkakasan multimedia yang perlu diambil perhatian
- Kelajuan pemproses / processor
- Saiz memori / random access memory (RAM)
- Kekuatan kad grafik yang bergantung kepada kelajuan pemproses kad dan saiz memori kad tersebut
- Kelajuan dan saiz cakera keras / hard disk dan storan yang lain
- Kapasiti network card
- Jenis dan kualiti perkakasan input dan output seperti (mouse, keyboard, game controller, monitor, pencetak, pemain cakera, scanner, kamera, kamera video, mikrofon, VR device dan speaker)