Prinsip-prinsip dalam penggunaan teknologi dan media (SGDT4013)

Realism Theory atau Teori Realisma dalam pendidikan

  • Faslsafah yang dipelopori oleh Aristotle
  • Terdapat kebenaran dan kewujudan yang nyata tentang sesuatu perkara sama ada manusia dapat memahaminya atau pun tidak.
  • Perlu berfikir secara logik, kritis dan saintifik dalam memahami dunia yang nyata
  • Perlu memahami dunia yang nyata bagi membolehkan kelangsungan hidup yang baik
  • Guru menjadi pembimbing yang sistematik bagi membentuk pemikiran secara realisma di kalangan pelajar

Dale Cone of Experience atau Kon Pengalaman Dale (1946)

  • Edgar Dale telah memperkenalkan konsep Cone of Experience pada tahun 1946 dalam buku kaedah pengajaran menggunakan audio dan video
  • Model ini pada asalnya bertujuan untuk memberi gambaran tentang kekuatan tentang jenis bahan bantu mengajar (BBM) dan aktiviti bagi membantu pelajar mengingati kandungan pelajaran.
  • Tahap paling atas merujuk pada BBM dan aktiviti yang paling rendah pengaruh terhadap ingatan isi pelajaran manakala tahap yang paling rendah mempunyai pengaruh paling kuat dalam membantu pelajar mengingati isi pelajaran.
  • Kon ini dikatakan telah diubahsuai apabila peratus tahap ingatan isi pelajaran dimasukkan ke dalam model ini.
  • Dale tidak pernah menggunakan sebarang nilai peratusan dan kon tersebut tidak disokong oleh kajian saintifik.
  • Contoh kon Dale yang diubahsuai:
F1 Cone of Experience
  • Berikut merupakan kon pengalaman Dale yang asal (1946)
F6 Original Cone of Experience
Dale’s original Cone of Experience in Audio-Visual Methods in Teaching (1946)

Visual design atau reka bentuk visual untuk pengajaran dan pembelajaran

4 Basic Design Principles Every Business Owner Should Know is CRAP! -  Flottman Company.

Kembali ke laman utama SGDT4013