Sistem komputer

Apakah yang dimaksudkan dengan komputer?

Sebuah mesin yang dapat memproses maklumat berpandukan kepada set arahan tertentu.

Kenapa kita memerlukan komputer?

  1. Melaksanakan tugas-tugas pemprosesan data dengan cepat.
  2. Tidak banyak faktor yang boleh mempengaruhi produktivitinya seperti manusia yang kerap ada masalah kesihatan, kecergasan dan emosi.
  3. Mempunyai kapasiti memori yang besar dan kekal tidak seperti manusia yang mudah lupa.
  4. Membolehkan komunikasi tanpa sempadan dengan kadar kecepatan yang sangat tinggi melalui jaringan Internet.
  5. Persembahan maklumat yang lebih menarik dan efektif seperti persembahan multimedia yang menyediakan aktiviti interaktif.

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem komputer?

Suatu set peranti yang saling bekerjasama dalam menerima, menghasilkan, memproses dan menyimpan data dan maklumat.

Apakah yang dimaksudkan dengan hardware?

Merupakan bahagian-bahagian fizikal pada komputer seperti case, central processing unit (CPU), monitor, keyboard, computer data storage, graphics card, sound card, speakers dan motherboard.

Apakah komponen-komponen utama hardware dalam sistem komputer dan fungsinya?

Komponen-komponen utama hardware sistem komputer adalah:

  1. Unit Pemprosesan Pusat / Central Processing Unit (CPU)
    • Mengawal semua aktiviti komputer termasuklah pengiraan dan pemprosesan maklumat.
    • Mengawal pergerakan data keluar masuk memori.
    • Ini termasuklah:
      • Unit pengawal / Control Unit (CU)
      • Unit pengiraan dan logik / Arithmetic and Logic Unit (ALU)
  2. Memori utama / Internal or main memory
    • Merupakan ruang kerja sementara untuk CPU.
  3. Peranti input / Input devices
    • Merupakan peranti yang digunakan untuk menerima data daripada pengguna.
  4. Peranti output / Output devices
    • Merupakan peranti yang akan menyampaikan maklumat (data yang telah diproses) kepada pengguna.
  5. Storan massa / Mass or external storage
    • Merupakan peranti yang membolehkan penyimpanan dan perkongsian data dalam jumlah yang besar.
  6. Peranti komunikasi / Communication devices
    • Merupakan peranti yang membolehkan pengguna komputer berhubung dengan pengguna komputer yang lain melalui transmisi wayar mahupun tanpa wayar / wireless.

Apakah yang perlu kita tahu tentang perisian / software?

  • Merupakan sekumpulan arahan yang membolehkan pengguna mengawal hardware komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas.
  • Tanpa perisian komputer, sistem komputer tidak dapat berfungsi.
  • Terdapat beberapa jenis perisian:
    1. Aplikasi / Application software
    2. Sistem / System software
      1. Sistem operasi / Operating systems
      2. Pemandu peranti / Device drivers
      3. Utiliti
    3. Perosak / Malicious software

Panduan membeli komputer

  1. Tentukan jenis komputer yang dikehendaki:
    • Desktop
      • sesuai untuk digunakan pada suatu tempat yang tetap.
    • Laptop 
      • sekiranya perlu untuk membuat kerja di banyak lokasi.
    • Mobile (Cth: Tablet, Chromebook, Detachables)
      • untuk mudah dibawa kerana lebih ringan dan kecil daripada laptop.
      • sesuai untuk tugas-tugas yang ringan.
  2. Tentukan Operating System (OS) atau sistem operasi yang hendak digunakan seperti Windows, MacOS atau Android. Ini kerana aktiviti yang bakal dilakukan bergantung kepada perisian yang biasanya disokong oleh OS tertentu sahaja.
  3. Secara kebiasaannya, setelah mengenalpasti perkara (1) dan (2), pengguna mahukan spesifikasi komputer yang paling kuat yang sesuai dengan bajet mereka. Peranti berikut biasanya akan mempengaruhi kekuatan dan ketahanan sesebuah komputer:
    • Kelajuan pemproses / processor
    • Saiz memori / random access memory (RAM)
    • Kekuatan kad grafik yang bergantung kepada kelajuan pemproses kad dan saiz memori kad tersebut
    • Kelajuan dan saiz cakera keras / hard disk
    • Kapasiti network card
    • Jenama / Brand peranti
  4. Perkakasan lain sekiranya diperlukan
    • Monitor jika ingin membeli desktop
    • Pencetak / printer
    • Keyboard
    • Mouse
    • Speaker

Kenapa kita perlu pelajari tentang bahagian-bahagian komputer?

  • Menjadi pengguna yang lebih efektif daripada aspek pembelian, penggunaan dan penyelenggaraan.
  • Mampu menyelesaikan sebahagian kalau tidak semua masalah teknikal komputer. Ini akan menjimatkan masa dan kos penyelenggaraan.
  • Mampu mengajar orang lain tentang komputer dengan lebih baik.
  • Pengetahuan dan kemahiran komputer boleh menjadi sumber pendapatan sampingan.

Apakah peranan komputer dalam pendidikan?

  1. Guru
    • Menawarkan bahan pembelajaran berbentuk multimedia samada pasif mahupun interaktif.
    • Menyediakan ujian dan memberikan maklum balas serta keputusan dengan cepat.
    • Sebagai rujukan yang hampir tiada limitasi dengan adanya akses kepada Internet.
  2. Pelajar
    • Pelajar bertindak sebagai guru yang mengarahkan komputer melakukan sesuatu melalui pengaturcaraan. Ini bertujuan melatih kemahiran mengurus, berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah.
  3. Pembantu atau alat
    • Menyiapkan tugasan termasuklah penulisan, pengiraan atau persembahan maklumat.

Rujukan:

Info tambahan daripada ahli komuniti KAJI.my:

  1. A182 A: https://thecekgu.wixsite.com/sistemkomputer
  2. A182 B: https://3fl0wers.wixsite.com/mysite

Kembali ke Laman Utama Teknologi Pendidikan

18
Leave a Reply

Please Login to comment
18 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
18 Comment authors
Dyan IndahsariAIZARINA AZUREENIra Mohd GhaniSOFIATUL JANNAHNajihahNubli Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Dyan Indahsari
Member
Dyan Indahsari

DYAN INDAHSARI ( 701751 ) Based on this topic, I learn a lot about Computer’s components. It aids me to get know the detail, function, part and system of the computer. As a society in now this, I need to know how to choose a good computer which is this topic aids me to know. Moreover, this topic also explains about the role of computer for teacher, student and as a tool which relates with my job as a student and a future teacher. In addition, Besides being able to provide convenience in storing large amounts of memory capacity, computers… Read more »

AIZARINA AZUREEN
Member
AIZARINA AZUREEN

AIZARINA AZUREEN SOFIAN (261965)
Sistem komputer menerangkan komponen-komponen yang terdapat pada sebuah komputer iaitu perkakasan dan perisian. Bahagian-bahagian komputer amat penting untuk kita ketahui sebagai seorang gutu misalnya jika terdapat sebarang kerosakan yang tidak serius maka kita bole menyelesaikannya tanpa memerlukan kos penyelengaraaan sekaligus dapat menambah pengetahuan dan kemahiran dengan lebih mendalam.

Ira Mohd Ghani
Member
Ira Mohd Ghani

HAFNI ATHIRAH BT MOHD GHANI (263569)
Berdasarkan bab ini, saya dapat mengetahui tentang komponen-komponen hardware, software yang berkaitan dengan sistem komputer yang sesuai digunakan oleh seseorang guru mahupun pelajar. Dengan topik ini juga saya boleh mengetahui tentang panduan untuk membeli peranti seperti desktop, laptop ataupun mobile. Perkara tersebut telahpun dijelaskan dengan terperinci dan saya dapat memahami apa yang ingin disampaikan.

SOFIATUL JANNAH
Member
SOFIATUL JANNAH

SOFIATUL JANNAH BINTI SABRI (261379)
melalui bab ini, saya mendapat penjelasan tentang komponen-komponen komputer seperti software, hardware dan fungsinya. guru perlu mangambil berat tentang perkara ini supaya penggunaan aplikasi ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

NajihahNubli
Member
NajihahNubli

NURIN NAJIHAH BT AHMAD NUBLI (263012). berdasarkan bab ini, saya dapati terdapat banyak komponen-komponen komputer yang saya tidak tahu peranannya. daripada bab ini juga saya dapat mengetahui bagaimana komputer berfungsi dengan baik. panduan membeli komputer memberi banyak maklumat kepada sesiapa yang hendak membeli kompter.

Siti Nur Umairah
Member
Siti Nur Umairah

SITI NUR UMAIRAH (263057) dalam bab ini menerangkan tentang komputer merangkumi komponen hardware, software, fungsi, panduan membeli komputer dan juga peranan komputer dalam pendidikan. Sebagai seorang guru atau pelajar, mestilah mempunyai ilmu mengenai penggunaan komputer kerana komputer akan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Hal ini kerana, dengan menggunakan komputer, maklumat atau bahan mengajar dan belajar mudah untuk dicari. Kita juga mestilah mengetahui setiap komponen hardware dan software agar memudahkan kita untuk mengenalpasti punca yang berlaku sekiranya komputer mengalami kerosakan contohnya terkena virus atau “hang”. Oleh itu, dengan mengetahui komponen2 komputer juga membantu kita untuk lebih arif dalam… Read more »

Jihan Oktaviani
Member
Jihan Oktaviani

Dalam bab ini saya dapat mengetahui apa itu arti dari komputer dan sistem-sistem yang ada dalam komputer itu sendiri. Pada abad ke-21 ini dimana komputer mengambil alih kehidupan kita kerana semua bekerja menggunakan komputer dan juga kita harus mengerti sebelum membeli komputer yang kita perlukan, serta mengerti alat-alat dan sistem yang ada di dalam komputer. Dan sebagai bakal cikgu, kita bisa menggunakan komputer sebagai alat bantu pengajaran nanti supaya memudahkan kita dalam proses pengajaran dalam kelas.

zarifah
Member
zarifah

ZARIFAH BT MAT AKHIR (262476)
Melalui bab ini, saya mempelajari tentang sistem komputer. Sistem komputer ialah komponen-komponen hardware yang membolehkan sesebuah komputer berfungsi dengan baik. Saya dapat mengetahui komponen-komponen utama hardware dalam sistem komputer dan fungsinya. Selain itu, saya dapat mengetahuan apa itu perisian.

Intan Hafizah
Member
Intan Hafizah

Di dalam topik sistem komputer, saya mendapati bahawa setiap pendidik dan pelajar mestilah mempunyai ilmu tentang komputer kerana pada zaman serba moden ini, pelbagai kerja dan aktiviti yang memerlukan komputer. Kita dapat menjadi pengguna yang lebih efektif jika kita mempunyai ilmu tentang komputer sebelum membelinya. Selain itu, komputer juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kerana dengan menggunakan komputer dapat memudahkan lagi proses pembelajaran dan selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang lebih kepada penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran.

Anis_Azwani
Member
Anis_Azwani

Nur Anis Azwani Binti Mohd Azhar (264325) Topik ini menerangkan bagaimana sistem komputer membantu para pelajar dan guru dalam proses P&P yang berlaku disekolah. Sistem komputer amat penting kepada guru-guru. Hal ini kerana kebanyakan pelajar didedahkan dengan telefon pintar dan komputer sejak kecil lagi. Oleh itu, para guru perlu mengetahui dan mengikut perkembangan teknologi terkini para pelajar. Bukan itu sahaja, para guru perlu mengetahui perisian-perisian yang terdapat dalam sistem komputer tersebut. Hal ini kerana terdapat banyak perisian komputer yang menawarkan bahan pembelajaran yang menarik. Sistem komputer juga digunakan sebagai alat pembantu dalam menyiapkan tugasan penulisan, pengiraan dan sebagainya. Oleh itu,… Read more »

Yaya Hidayah
Member
Yaya Hidayah

Sistem komputer bermaksud sekumpulan komponen-komponen komputer (hardware dan software) berhubung dan berinteraksi bagi melakukan tugas-tugas pengolahan data untuk memastikan sesuatu informasi dapat dihasilkan kepada pengguna. Jadi, sistem computer ini, harus diguna pakai dalam pendidikan agar pelajar dan guru dapat memaksimumkan produktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sistem komputer yang canggih ini mampu membantu menghasilkan output yang diinginkan dengan bantu hardware dan software. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan software Microsoft word yang tersedia di dalam sistem computer untuk menghasilkan soalan latih tubi pelajar dan mencetaknya menggunakan mesin pencetak yang merupakan hardware yang boleh bersambungan dengan bersama.

Rabbaniyah Mohamed
Member
Rabbaniyah Mohamed

Melalui entri ini, banyak maklumat berkaitan dengan komputer telah dihuraikan dengan kemas. Saya lebih memahami penggunaan komputer yang sememangnya membantu umat manusia dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Antara perkara yang didedahkan dalam entri ini ialah komponen-komponen yang ada dalam komputer, panduan membeli komputer, kepentingan mempelajari bahagian-bahagian komputer dan lain-lain lagi.

amani
Member
amani

Komputer merupakan satu alat ciptaan sains dan teknologi di mana ianya boleh menerima arahan dan menyimpan seterusnya mengeluarkan hasil dari data yang diperoleh. Penggunaan komputer sangat penting dalam aktiviti harian termasuklah dalam pendidikan kerana penggunaan komputer dapat memudahkan kita mengendalikan tugas dengan sempurna dan cepat serta dapat menghasilkan sesuatu kerja dengan lebih menarik dan berkesan. Guru boleh menggunakan komputer untuk menarik minat pelajar untuk belajar dengan menyediakan pelbagai aktiviti. Penggunaan komputer dapat membantu pelajar belajar secara sistematik kerana pelajar boleh menyimpan sesuatu nota di dalam sebuah disket dan boleh dibuka pada bila bila masa untuk membuat rujukan pada masa akan… Read more »

Balqis Natashya
Member
Balqis Natashya

Komputer mempunyai maksud yang berbeza dengan sistem komputer. Dalam sistem komputer juga, setiap komponen mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Pengetahuan tentang sistem komputer ini mendatangkan banyak kebaikan kepada diri kita. selain dapat memberi kemudahan dalam penyimpanan kapasiti memori yang banyak, komputer juga mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan. Bagi bidang pendidikan, komputer boleh dijadikan sebagai sumber rujukan yang hampir tiada limitasi dengan adanya kemudahandalam pengaksesan kepada Internet.

Nor Hanisah Mohd Nor
Member
Nor Hanisah Mohd Nor

komputer mempunyai sistemnya yang tersendiri yang membolehkan komputer itu berfungsi dengan lebih baik. semua orang termasuk guru memerlukan komputer untuk melakukan kerja dengan lebih cepat. terdapat tiga jenis komputer yang boleh dibeli mengikut keselesaan pengguna

Fatin Najwa
Member
Fatin Najwa

Dengan adanya penggunaan komputer dalam kelas, pembelajaran akan berjalan dengan lebih efektif dan dapat menghubungkan para pelajar dengan cara pembelajaran yang pelbagai. Penggunaan teknologi komputer dalam pembelajaran membantu pelajar untuk terlibat sama dalam sesi pembelajaran kerana pelajar tidak mudah berasa bosan. Kebanyakan pelajar hari ini menggunakan peranti mudah alih untuk bermain dan belajar semenjak kecil. Oleh itu, logik sekiranya menggunakan teknologi ini di dalam kelas kerana sangat dekat dengan para pelajar.

Akma Nabila
Member
Akma Nabila

Penggunaan komputer dalam kelas dapat mendatangkan banyak kepentingan kepada guru sepanjang melaksanakan kerja sebagai seorang guru. Penggunaan komputer ini juga memjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, menarik perhatian pelajar dan memberikan pengalaman baru kepada pelajar mengenai aplikasi atau laman web yang terkini seterusnya membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran dan memupuk kreativiti dalam kalangan mereka serta dapat memberi peluang yang sama kepada pelajar yang pelbagai keupayaan. Oleh demikian, penggunaan komputer membolehkan pelajar meneroka dunia luar dan memperoleh pengalaman baru seterusnya meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan pelajar.

Nurhikmah
Member
Nurhikmah

Melalui maklumat yang lengkap mengenai komputer ini, saya dapat pelajari bahawa komputer mempunyai kelebihan yang tersendiri apabila menggunakannya dan komputer juga mempunyai fungsi-fungsi yang banyak bagi membantu memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran.