Situasi pengajaran dan perancangan

Bagi memastikan suatu sesi pengajaran berkesan, guru perlu membuat perancangan yang teliti. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam suatu perancangan pengajaran:

  1. Mengenali keadaan pelajar
  2. Menetapkan objektif yang sesuai
  3. Mengenal pasti situasi persekitaran pengajaran
  4. Aktiviti pengajaran

1. Mengenali keadaan pelajar

Seseorang guru perlu memastikan semua pelajarnya dapat mencapai objektif pengajaran sebaik mungkin. Memandangkan tidak semua pelajar adalah sama dari aspek tahap kesediaan mengikuti sesuatu pelajaran, guru perlu mengenali para pelajarnya terlebih dahulu bagi memastikan perancangan pengajaran yang dibuat sesuai untuk semua pelajar. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah:

  1. Jantina
    • Ketika kanak-kanak, hampir tiada perbezaan yang ketara yang menyumbang kepada keupayaan pembelajaran.
    • Semakin usia meningkat, perbezaan fizikal dan biologi semakin ketara.
    • Guru perlu peka tentang perbezaan jantina dan kesan sosialisasi terhadap pelajar. Ini kerana pelajar akan sedar perkara-perkara yang sesuai dan tidak sesuai dilalukan oleh lelaki dan perempuan di tempat mereka tinggal dan belajar.
  2. Status sosio-ekonomi / socioeconomic status (SES)
    • Merujuk kepada faktor pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa dan taraf pendidikan ahli keluarga,
    • Biasanya pelajar yang datang daripada sesebuah keluarga yang mempunyai status SES yang tinggi akan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada pelajar yang datang daripada keluarga SES rendah.
  3. Budaya dan bangsa
    • Guru dan pelajar yang datang daripada budaya dan bangsa berbeza mungkin akan mengalami masalah persefahaman.
    • Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan bahasa dan cara melakukan sesuatu perkara.
  4. Pengetahuan sedia ada
    • Sesuatu pelajaran yang baru biasanya memerlukan pelajar tahu perkara-perkara yang asas.
    • Guru perlu tahu tahap penguasaan pelajar terhadap perkara-perkara asas tersebut terlebih dahulu.
  5. Motivasi
    • merujuk kepada suatu proses di mana sesuatu aktiviti bersasar dapat menarik perhatian dan dikekalkan
    • Terdapat 2 kategori: 1. Intrinsic 2. Extrinsic
    • Motivasi intrinsic merujuk kepada motivasi yang lahir atas dasar minat secara peribadi. Motivasi ini lebih efektif untuk pembelajaran kerana pelajar akan berusaha belajar dengan kuat tanpa perlu dorongan luar.
    • Motivasi extrinsic merujuk kepada motivasi yang disebabkan oleh sesuatu ganjaran luar seperti hadiah, pujian, peluang pekerjaan dan wang. Motivasi ini boleh digunakan sebagai cara awal mendorong pelajar mempelajari sesuatu.
  6. Cara pembelajaran / Learning styles
    • Visual – belajar dengan lebih berkesan jika bahan pembelajaran adalah dalam bentuk visual (contoh: gambar, video dan animasi)
    • Auditory – belajar dengan lebih berkesan jika bahan pembelajaran disampaikan dengan audio atau percakapan. Pelajar jenis ini biasanya mempunyai kemahiran bahasa yang baik dan menyuarakan sesuatu bagi membantu pemahaman mereka.
    • Kinesthetic – belajar dengan lebih berkesan jika dapat mempelajari sesuatu yang boleh dimanipulasi secara sentuhan.
  7. Keperluan khas / Special needs
  8. Literasi teknologi / Technology literacy
    • merujuk kepada kemahiran menggunakan teknologi semasa bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan produktiviti diri

2. Menetapkan objektif yang sesuai

Penetapan objektif secara realistik adalah penting untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang dapat diperolehi oleh pelajar pada akhir sesi pengajaran.

3. Mengenal pasti situasi persekitaran pengajaran

Persekitaran pembelajaran merupakan keadaan fizikal tempat di mana sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) akan berlangsung. Ini penting kerana sesi pdpc tidak semestinya berlaku di dalam kelas. Sebagai contoh, sesi pdpc boleh dilakukan di dalam dewan, bilik sumber atau makmal. Malah bukan semua kelas adalah sama. Sebagai contoh, kelas mungkin berbeza daripada segi saiz, kelengkapan, pencahayaan, bilangan kerusi meja dan jenis papan tulis.

4. Aktiviti pengajaran

Yellon (1996) mencadangkan 5 jenis aktiviti pengajaran yang patut ada dalam suatu rancangan pengajaran:

  1. Motivasi – memastikan pelajar peka terhadap apa yang disampaikan. Model ARCS oleh Keller (1983) boleh digunakan bagi menyediakan aktiviti motivasi.
  2. Orientasi – membantu pelajar memahami kesinambungan atau hubungan antara pelajaran yang lepas dan yang sedang diikuti
  3. Maklumat – membantu pelajar faham dan ingat pada isi-isi penting
  4. Aplikasi – memberi peluang para pelajar menggunakan konsep atau skil yang baru dipelajari
  5. Pentaksiran – menguji tahap kefahaman pelajar tentang pelajaran yang baru disampaikan

Model ARCS 

  • Model ARCS dibangunkan oleh John Keller (1983).
  • ARCS adalah singkatan kepada Attention, Relevance, Confidence dan Satisfaction.
  • Digunakan untuk merancang aktiviti bagi meransang dan mengekalkan motivasi pelajar dalam suatu sesi pembelajaran.
  • Attention / Penumpuan – Merujuk kepada meransang rasa ingin tahu pelajar kepada apa yang ingin disampaikan. Dapat dicapai dengan:
    • 1. Perceptual Arousal – Mendapatkan perhatian pelajar dengan mempersembahkan sesuatu yang baru, mengejutkan, konflik, atau sesuatu yang tidak dijangkakan.
    • 2. Inquiry Arousal – Menanyakan soalan atau memberi masalah untuk diselesaikan pelajar seperti aktiviti brainstorming.
    • 3. Variability – Menggunakan kepelbagaian dalam penyampaian seperti membuat jenaka dan campuran kaedah pengajaran.
  • Relevance / Relevan – Merujuk kepada isi pelajaran yang dapat dikaitkan dan berguna dengan kehidupan semasa pelajar.
    Dapat dicapai dengan:
    • 1. Familiarity – Menggunakan kaedah pengajaran, konsep dan contoh yang berkait rapat dengan pengalaman dan nilai pelajar. Pembelajaran akan lebih berkesan jika dipersembahkan sesuatu yang berdasarkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada.
    • 2. Goal Orientation – Persembahkan sesuatu yang menjurus kepada apa yang ingin dicapai pada sesi pembelajaran.
    • 3. Motive Matching – Mengadaptasi kaedah pembelajaran yang sesuai dengan motif pelajar.
  • Confidence / Keyakinan – Merujuk kepada keyakinan pelajar untuk berjaya. Dapat dicapai dengan:
    • 1. Expectancy for Success – Memastikan pelajar tahu kriteria penilaian dan tahap kemahiran yang perlu dicapai.
    • 2. Challenge Setting – Menyediakan beberapa tahap kemahiran atau prestasi supaya pelajar dapat merasakan kejayaan mencapai suatu tahap. Ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk bersedia mencapai peringkat seterusnya.
    • 3. Attribution Molding – Merupakan maklum balas terhadap tahap dan usaha pelajar sebagai penentu kejayaan.
  • Satisfaction / Kepuasan – Merujuk kepada kepuasan pelajar dengan apa yang telah dicapai. Dapat dicapai dengan:
    • 1. Natural Consequences – Menyediakan ruang supaya pelajar dapat mencuba pengetahuan baru dengan keadaan sebenar atau dalam suatu simulasi.
    • 2. Positive Consequences – Memberikan maklum balas positif termasuklah kata-kata semangat dan cadangan penambahbaikan.
    • 3. Equity – Mengamalkan standard penilaian yang konsisten sepanjang penyelesaian tugasan.
  • Klik sini untuk melihat model ARCS dan elemen-elemennya dalam bentuk jadual

Faedah membuat perancangan pengajaran

Sebelum pengajaran:

  • Menjadi penghubung antara objektif pengajaran dan pelajar
  • Menjadi penghubung antara objektif, aktiviti dan pentaksiran pengajaran
  • Mengenalpasti alatan dan bahan yang diperlukan untuk semua pelajar
  • Mengenalpasti aktiviti yang akan dijalankan pada turutan dan sela masa yang sesuai

Semasa pengajaran:

  • Menjadi panduan kepada guru tentang apa yang patut dilakukan seterusnya untuk mencapai objektif tertentu
  • Memudahkan guru membuat perubahan rancangan sekiranya berlaku gangguan (contoh: ada perhimpunan, latihan kebakaran dsb.)
  • Menambahkan keyakinan guru terutamanya yang kurang berpengalaman dalam mencapai objektif pengajaran kerana ada panduan sekiranya tidak yakin apa yang perlu dibuat seterusnya.

Selepas pengajaran:

  • Menjadi rekod tentang apa yang telah dilakukan bagi mencapai objektif pengajaran
  • Memudahkan guru membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan rancangan pengajaran tersebut
  • Memudahkan guru membuat penambahbaikan kepada rancangan pengajaran tersebut

Rujukan:

  1. Newby, T. J., Stepich, D. A., Lehman, J. D., & Russell, J. D. (2006). Educational technology for teaching and learning (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education. (pp. 69-83)
  2. https://www.arcsmodel.com/
  3. https://www.learning-theories.com/kellers-arcs-model-of-motivational-design.html
  4. https://www.theeducators.co/2018/04/13/the-arcs-model/

Info tambahan daripada ahli komuniti KAJI.my:

  1. A182 A: https://technologyofedu.wordpress.com  / https://pendidik.home.blog
  2. A182 B: https://irfanjumat.wixsite.com/thegoaldiggers

Kembali ke Laman Utama Teknologi Pendidikan

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
12 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
AIZARINA AZUREEN
AIZARINA AZUREEN
May 23, 2019 2:16 pm

AIZARINA AZUREEN SOFIAN (261965)
Situasi pengajaran dan perancangan membincangkan keadan di mana seorang guru dapat mengenali keadaan pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif yang terbaik. Seorang guru seharusnya bijak menggunakan kaedah atau teknik mengajar yang berkesan . Hal ini bukan sahaja dapt mencapai objektif yang berkesan malah pelajar akan berasa yakin dan seronok ketika belajar.

Izati Adiba
Izati Adiba
May 23, 2019 2:47 am

topik ini amat berguna kepada seorang guru atau bakal guru dalam mengenali keadaan pelajar serta persekitaran pembelajaran.Topik ini juga memberi panduan untuk seorang guru membuat perancangan pengajaran.Guru boleh membuat aktiviti yang dicadangkan kerana ia amt bersuaian.Di sini juga guru dapat mengetahui kebaikan dalam membuat perancangan pengajaran .Jadi topik ini amat penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.

SOFIATUL JANNAH
SOFIATUL JANNAH
May 22, 2019 4:17 pm

SOFIATUL JANNAH BINTI SABRI ( 261379 )
bab ini merupakan bab yang amat penting dan perlu dititikberatkan. hal ini kerana maklumat yang diberi dalam topik ini berkait rapat dengan situasi di sekolah. seperti kepentingan membuat perancangan pengajaran di kelas. membuat perancangan awal akan memudahkan guru-guru dan menjadi bimbingan dalam pengajaran.

Miyu Bise
Miyu Bise
May 21, 2019 9:23 am

In this article, most important thing is teachers have to give attentions to all the students who he/she has. In the classroom, there are so many types and levels of students and they have different capability and interest, therefore, teachers should try to understand each student and have to think class curriculums. For example, most of the students in his/her class cannot concentrate about one thing on long time, teachers have to think to put some activity which students use their hands, mouse, and body. On the other hand, most of the students have an ambition to learn more in… Read more »

Maura Kian Safira
Maura Kian Safira
May 19, 2019 5:25 am

Maura Kian Safira 701803

From my perspective, it is extremely important to know and learn the instructional situation, for it makes teacher know their obligation how and what to teach students. From this article, teacher can learn ARCS model as their reference for their teaching goals. Hence, I really like this article

zarifah
zarifah
May 16, 2019 8:54 am

ZARIFAH BT MAT AKHIR (262476)
Melalui bab ini, saya dapat mempelajari situasi pengajaran dan perancangan. Bagi memastikan suatu sesi pengajaran berkesan, guru perlu membuat perancangan yang teliti. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam suatu perancangan pengajaran antaranya ialah mengenali keadaan pelajar ,menetapkan objektif yang sesuai,mengenal pasti situasi persekitaran pengajaran
dan aktiviti pengajaran. Hal ini akan memudahkan seseorang guru itu merancang pengajaran mereka.

Zuka Cristyananda
Zuka Cristyananda
May 15, 2019 5:00 pm

Zuka Cristyananda (701756)
Menurut pandangan saya, sangat penting dengan mengetahui kelebihan dan kekurangan setiap pelajar yang membuat kita dapat dengan mudah menyampaikan bahan yang sedia ada, serta reka bentuk pembelajaran kerana ia akan menghasilkan proses penyampaian bahan yang akan dilaksanakan secara berstruktur dan dapat memenuhi sasaran pembelajaran. Guru menyediakan bahan pengajaran yang baik, guru tersebut perlu merujuk Model ARCS iaitu attention, relevance, confidence dan satisfication. Model ini memudahkan dan memberi banyak faedah kepada guru tersebut.

Anis_Azwani
Anis_Azwani
May 15, 2019 4:12 pm

Nur Anis Azwani Binti Mohd Azhar (264325) Topik ini amat penting kepada seorang guru. Hal ini kerana seorang guru perlulah mengetahui situasi pengajaran dan perlu membuat perancangan sebelum bermulanya proses P&P. Guru perlu mengetahui keadaan para pelajarnya terlebih dahulu supaya dapat menyediakan bahan pengajaran yang dapat menarik minat belajar para pelajarnya. Bukan itu sahaja, apabila seorang guru mengetahui keadaan pelajarnya, ia dapat menyediakan objektif pelajaran yang sesuai dengan tahap pelajarnya itu kerana didalam satu kelas tidak semua pelajar cepat dan pintar tetapi terdapat pelajar yang memerlukan perhatian yang lebih daripada gurunya. Bagi menyediakan bahan pengajaran yang baik, guru tersebut perlu… Read more »

Rabbaniyah Mohamed
Rabbaniyah Mohamed
May 14, 2019 2:13 am

Rabbaniyah Binti Mohamed (264387)
Situasi pengajaran dan perancangan amat penting buat seseorang guru itu bagi melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Entri ini membawa para pembaca untuk lebih bersedia untuk merancan pengajaran yang bakal dilaksanakan. Antara isi penting yang terdapat dalam entri ini ialah mengenali keadaan pelajar, menetapkan objektif yang sesuai, mengenalpasti situasi persekitaran pembelajaran dan lain-lain lagi.

Azmiza Ahmad
Azmiza Ahmad
May 13, 2019 3:52 am

Apa yang dapat dirumuskan, guru perlu merancang sebelum mengajar supaya dapat mengetahui seseorang pelajar itu agar dapat mengajar dengan berkesan

Nor Hanisah Mohd Nor
Nor Hanisah Mohd Nor
May 11, 2019 8:37 am

Sebelum memulakan pengajaran guru – guru perlu membuat perancangan pengajaran berdasarkan situasi bagi memahami pelajar dengan lebih dekat dan meningkatkan proses pembelajaran pelajar

Rizaela Suhada
Rizaela Suhada
May 10, 2019 4:54 am

Melalui nota berkaitan situasi pengajaran dan perancangan ini, saya dapat simpulkan bahawa betapa pentingnya perancangan pengajaran ini bagi memahami keadaan pelajar serta menarik minat mereka sebelum dan selepas proses pdp