Teori dan model dalam teknologi dan inovasi pendidikan (SGDT 4013)

ACOT Model (1985) (Silibus)

  • singkatan untuk Apple Classrooms of Tomorrow
  • Mengandungi lima tahap kemahiran guru ke arah pengintegrasian teknologi ke dalam pengajaran dan pembelajaran:
    1. Entry – Tahap paling rendah. Mempelajari kemahiran asas menggunakan teknologi.
    2. Adoption – menggunakan teknologi baru untuk menyokong pengajaran tradisional.
    3. Adaptation – mengintegrasikan teknologi baru ke dalam amalan pengajaran tradisional.
    4. Appropriation – memberi tumpuan kepada kerja-kerja berasaskan projek dan pelbagai disiplin yang menggabungkan teknologi setakat yang diperlukan sama ada satu atau seberapa banyak alatan yang ada.
    5. Invention – Tahap paling tinggi. Membuat inovasi terhadap kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan penyampaian yang berkesan.
  • Sila lihat https://www.youtube.com/watch?v=ZkYm8fd0CMo
  • Sila lihat https://larrycuban.wordpress.com/2016/09/11/stages-of-technology-integration-in-classrooms-part-3/

Technology Acceptance Model (1986)(Silibus)

TAM english.gif
Technology Acceptance Model from Davis, Bagozzi et Warshaw (1989)

SAMR Model (1996)

Educational Blog: SAMR
SAMR Model with example activities
  • Model atau rangka kerja ini telah dibangunkan oleh Dr. Ruben Puentedura. Berpandukan pada model ini, terdapat 4 peringkat kebergantungan pada teknologi dalam suatu sesi pdpc.
  • 1. Substitution / Penggantian – Peringkat kebergantungan teknologi paling rendah. Komputer digunakan untuk memudahkan tugasan berbanding cara tanpa komputer. Dikategorikan sebagai enhancement penambahbaikan kerana walaupun ICT memudahkan sesuatu tugasan, tugasan itu masih dapat diteruskan tanpa ICT.
    Contoh: Para pelajar diminta membuat satu senarai yang mempunyai nama empat binatang liar beserta gambar haiwan tersebut. Para pelajar diajar menggunakan MS Word bagi membuat senarai itu. Sekiranya tiada komputer, tugasan ini masih dapat dilaksanakan. Pelajar boleh menulis senarai tersebut dalam buku latihan.
  • 2. Augmentation / Peningkatan – Peringkat kebergantungan teknologi masih agak rendah. Komputer digunakan untuk memudahkan tugasan dengan sedikit peningkatan. Dikategorikan sebagai enhancement penambahbaikan kerana walaupun ICT memudahkan sesuatu tugasan, tugasan itu masih dapat diteruskan tanpa ICT.
    Contoh: Pelajar diminta memuatkan gambar haiwan pada senarai tadi. Pelajar diajar mendapatkan gambar daripada Internet. Selain itu, pelajar diminta menyemak ejaan menggunakan MS Word. Sekiranya tiada komputer, tugasan ini masih dapat dilaksanakan. Pelajar boleh menyemak ejaan perkataan menggunakan kamus dan mendapatkan gambar daripada mana-mana buku atau penerbitan lain.
  • 3. Modification / Pengubahsuaian – Peringkat kebergantungan teknologi yang tinggi. Komputer bukan lagi sekadar membantu tetapi diperlukan untuk menyiapkan tugasan. Oleh itu peringkat ini dikategorikan sebagai transformation / transformasi.
    Contoh: Pelajar diminta mencari video di YouTube berkenaan haiwan yang mereka telah senaraikan dalam fail MS Word. Pelajar diminta menyertakan alamat video tersebut dalam dokumen MS Word tadi. Sekiranya tiada komputer dan Internet, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan. Tugasan dapat dilaksanakan setakat menulis senarai haiwan sahaja.
  • 4. Redefinition / Pengubahan semula – Peringkat kebergantungan teknologi paling tinggi. Komputer bukan lagi sekadar membantu tetapi diperlukan untuk menyiapkan tugasan. Oleh itu peringkat ini dikategorikan sebagai transformation / transformasi.
    Contoh: Pelajar diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk membuat satu laman sesawang yang menerangkan tentang 4 haiwan liar. Pelajar perlu sertakan video YouTube dalam penerangan mereka. Selain itu mereka perlu menjawab persoalan dalam ruangan komen di laman itu. Sekiranya tiada komputer dan Internet, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan.
  • Sila lihat https://www.youtube.com/watch?v=SC5ARwUkVQg
  • Sila lihat https://larrycuban.wordpress.com/2016/09/11/stages-of-technology-integration-in-classrooms-part-3/

TPACK (2006)

Reproduced by permission of the publisher, © 2012 by tpack.org
  • Model ini dipelopori oleh Punya Mishra and Matthew J. Koehler (2006).
  • Terdapat 7 elemen:
    • Content Knowledge (CK) – Pengetahuan guru tentang topik yang hendak diajar.
    • Pedagogical Knowledge (PK) – Pengetahuan guru tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
    • Technological Knowledge (TK) – Pengetahuan dan kemahiran guru menggunakan teknologi semasa dalam mencapai sesuatu objektif.
    • Pedagogical Content Knowledge (PCK) – Pengetahuan dan kemahiran guru dalam menyampaikan sesuatu pelajaran secara berkesan (PCK = CK + PK).
    • Technological Content Knowledge (TCK) – Pengetahuan dan kemahiran guru dalam penyediaan bahan pembelajaran menggunakan teknologi semasa (TCK = CK + TC).
    • Technological Pedagogical Knowledge (TPK) – Pengetahuan dan kemahiran guru dalam menyediakan rancangan pengajaran dengan bantuan teknologi semasa (TPK = PK + TK).
    • Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) – Pengetahuan dan kemahiran guru dalam merancang dan menyampaikan pelajaran dengan bantuan teknologi secara berkesan (TPACK = PCK + TCK + TPK).

TIM (2011)

  • Technology Integration Matrix (TIM) dihasilkan oleh Florida Center for Instructional Technology (FCIT), University of South Florida untuk mengenal pasti peranan teknologi dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Sila klik sini untuk gambarajah dan maklumat lanjut berkenaan TIM.
  • Merangkumi 5 ciri suasana pembelajaran bermakna (active, collaborative, constructive, authentic, dan goal-directed).
  • Ciri-ciri tersebut dikaitkan dengan 5 tahap integrasi teknologi (entry, adoption, adaptation, infusion, dan transformation).
  • Ciri 1: Active – Pelajar dibimbing ke arah menggunakan teknologi sebagai alat dan bukannya sekadar menerima maklumat daripada teknologi secara pasif.
  • Ciri 2: Collaborative – Pelajar dibimbing ke arah menggunakan teknologi secara kolaboratif dan bukannya secara bersendirian.
  • Ciri 3: Constructive – Pelajar dibimbing ke arah menggunakan teknologi sebagai alat yang menghubungkan pengetahuan baru dan pengetahuan sedia ada dan bukannya sekadar menerima terus pengetahuan baru secara pasif.
  • Ciri 4: Authentic – Pelajar dibimbing ke arah menggunakan teknologi bagi menghubungkan pelajaran dengan dunia sebenar dan bukannya sekadar mempelajari sesuatu tanpa mengetahui kegunaannya dalam kehidupan pelajar.
  • Ciri 5: Goal-directed – Pelajar dibimbing ke arah menggunakan teknologi dalam menentukan sendiri sasaran, merancang aktiviti pembelajaran, memantau perkembangan dan menilai tahap kemahirannya dan bukannya sekadar menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa refleksi yang berkesan.
  • Peringkat 1: Entry – Guru menggunakan teknologi bagi menyampaikan bahan pembelajaran kepada pelajar. Bila dan bagaimana teknologi digunakan ditentukan oleh guru.
  • Peringkat 2: Adoption – Guru menentukan teknologi yang akan digunakan dan para pelajar mengikut prosedur yang ditentukan oleh guru.
  • Peringkat 3: Adaptation – Guru membimbing pelajar menggunakan teknologi yang dipilih dan pelajar diberi ruang meneroka keupayaan diri dan teknologi tersebut bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.
  • Peringkat 4: Infusion – Guru menentukan topik dan membimbing pelajar dalam memilih dan menggunakan teknologi yang sesuai bagi menyiapkan tugasan. Fokus adalah isi pelajaran dan teknologi sekadar alat bantu belajar.
  • Peringkat 5: Transformation – Guru menentukan objektif pembelajaran tetapi menggalakkan pelajar meneroka sendiri teknologi yang ingin digunakan bagi mencapai objektif tersebut. Pada peringkat ini penggunaan teknologi adalah amat diperlukan dan objektif pembelajaran sukar dicapai jika teknologi tidak digunakan.
  • 5 ciri suasana pembelajaran bermakna dan 5 tahap integrasi teknologi tersebut membentuk matriks (5×5) yang mempunyai 25 sel. Suatu sesi pembelajaran dapat ditentukan kedudukannya dalam matriks tersebut.
  • Adalah menjadi harapan agar guru dapat berusaha mencapai peringkat transformation bagi setiap ciri suasana pembelajaran bagi mengeksploitasi potensi setiap pelajar.
  • Sila lihat https://fcit.usf.edu/matrix/matrix/ untuk maklumat lanjut dan contoh aktiviti bagi setiap sel.

Welliver’s Instructional Transformation Model (1989, 1995) (Silibus)

  • Model ini menerangkan tahap-tahap integrasi teknologi yang telah dicapai oleh seseorang guru.
  • Terdapat 5 tahap:
    1. familiarization – Tahap paling rendah. Guru tahu tentang teknologi dan potensi kegunaannya.
    2. utilization – Guru menggunakan teknologi tetapi masalah kecil akan menyebabkan guru menghentikan penggunaannya.
    3. integration – Teknologi menjadi keperluan untuk proses pendidikan dan guru senantiasa memikirkan cara untuk menggunakannya di dalam kelas.
    4. reorientation – guru mula memikirkan semula matlamat pendidikan di dalam kelas yang menggunakan teknologi.
    5. revolution – Tahap paling tinggi. Kelas telah berkembang menjadi bersepadu dengan teknologi sepenuhnya untuk semua bidang mata pelajaran. Teknologi telah menjadi alat yang tidak dapat dilihat dan dijalin dengan lancar ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sherry’s Learning / Adoption Trajectory Model (2000) (Silibus)

Rujukan

Davis, F., Bagozzi, R., & Warshaw, R. (1989). User acceptance of computer technology: A comparison of two theoretical models. Management Science35, 982-1003.

Kembali ke laman utama SGDT4013