Teori-teori dan model-model

Apakah yang dimaksudkan dengan teori / theory?

Teori (saintifik) ialah penerangan yang jelas tentang aspek tertentu dunia sebenar, berdasarkan sekumpulan fakta yang telah diuji dan dipastikan kebenarannya melalui pemerhatian dan eksperimen.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran / learning?

Pembelajaran ialah proses memperolehi pengetahuan atau kemahiran setelah diajar atau melalui pengalaman.

Anda sudah tahu tentang teori dan pembelajaran, jadi apakah teori pembelajaran / learning theories?

Teori pembelajaran ialah suatu set prinsip-prinsip yang menerangkan bagaimana manusia memperoleh, memahami dan mengingati ilmu pengetahuan.

Terdapat banyak teori pembelajaran tetapi untuk kursus ini sila tumpu kepada 4 teori ini sahaja.

Fakta-fakta penting dan ringkas berkenaan teori-teori berikut:

  1. Behaviorisma / Behaviorism
    • Pembelajaran berlaku secara pasif
    • Perlakuan adalah hasil tindak balas kepada rangsangan persekitaran (operant conditioning).
    • Perlakuan dibentuk oleh penekanan positif dan negatif.
    • Pembelajaran ialah perubahan pada tingkah laku pelajar.
    • Berpusatkan guru.
    • Sila lihat: https://www.learning-theories.com/behaviorism.html
  2. Kognitivisma / (Cognitivism)
  3. Konstruktivisma / Constructivism
    • Pembelajaran berlaku secara aktif
    • Proses membina pengetahuan dan bukan sekadar menerima
    • Pengetahuan dibina berdasarkan pengalaman dan tanggapan (hipotesis) individu kepada apa yang berlaku pada persekitarannya
    • Tanggapan tersebut akan diuji melalui perbincangan
    • Kesimpulan peribadi yang dibuat akan menjadi pengetahuan baru buat pelajar itu
    • Berpusatkan pelajar
    • Sila lihat:
  4. Connectivism
    • Menerangkan teknologi Internet membuka ruang baru bagi pelajar untuk membina dan berkongsi pengetahuan melalui World Wide Web (WWW) dan antara pengguna Internet yang lain.
    • Teknologi ini termasuklah pelayar Internet, emel, forum online, learning management systems (LMS) dan media sosial seperti YouTube, Facebook, Instagram dan WhatsApp.
    • Guru akan menjadi fasilitator dengan memberi panduan dalam mencari informasi dan menyelesaikan suatu permasalahan.
    • Berpusatkan pelajar.
    • Sila lihat:

Apakah yang dimaksudkan dengan model?

Model ialah suatu persembahan grafik, formula matematik, fizikal atau verbal tentang sesuatu aspek daripada dunia sebenar.

Apakah perbezaan antara model dan teori?

Sesuatu model biasanya digunakan untuk menggambarkan aplikasi suatu teori untuk sesuatu isu.

Terdapat beberapa model rekabentuk pengajaran / instructional systems design (ISD) yang popular dalam menghasilkan sesuatu kursus atau bahan pembelajaran, sila tumpu kepada:

  1. ADDIE
    • Terdapat 5 fasa:
      • 1. Analysis / Analisa
        • Keperluan dan kehendak pengguna
        • Masalah-masalah pengajaran
        • Penentuan objektif pembelajaran
        • Kenalpasti ciri-ciri pengguna sasaran
        • Isi kandungan pelajaran dan cara pengajaran
        • Suasana pembelajaran yang akan digunakan
      • 2. Design / Rekabentuk
        • Berdasarkan input daripada fasa Analysis
        • Merancang bagaimana isi kandungan dipersembahkan
        • Merekabentuk aktiviti pembelajaran
        • Menentukan media penyampaian pengajaran
      • 3. Development / Penghasilan
        • Berdasarkan input daripada fasa Design
        • Menghasilkan program / bahan pengajaran berdasarkan rekabentuk yang dipersetujui
      • 4. Implementation / Penggunaan
        • Menggunakan produk daripada fasa Development pada pengguna sasaran dalam situasi sebenar
        • Menyediakan perkhidmatan sokongan
      • 5. Evaluation / Penilaian
        • Menilai keberkesanan produk ke atas pengguna sasaran daripada fasa Implementation
        • Menilai pencapaian pengguna berdasarkan objektif-objektif pembelajaran yang ditetapkan
        • Kenalpasti penambahbaikan yang boleh dilakukan
      • Setiap fasa akan melalui penilaian formatif sebelum dibenarkan ke fasa yang seterusnya.
      • Sila rujuk:
  2. ASSURE
    • Terdapat enam langkah:
      • 1. Analyze learners / analisa pelajar
      • 2. State Standards and Objectives
        • Guru perlu menentukan standard dan objektif pengajaran dalam penyataan.
        • Sebagai pengukur penguasaan pelajar terhadap pelajaran dan pada masa yang sama, para pelajar tahu apa yang mereka perlu kuasai pada akhir pelajaran.
        • Guna metod ABCD (Audience, Behaviour, Condition, Degree) untuk menulis objektif pelajaran.
        • Contoh: Audience – Pelajar, Behaviour – dapat menerangkan, Condition – semua fasa dalam model ADDIE, Degree – dengan baik.
      • 3. Select Strategies, Technology, Media, and Materials
        • Berdasarkan pada standard dan objektif yang telah ditentukan, guru perlu menentukan pula kaedah pengajaran yang ingin digunakan.
        • Pendekatan student-centered learning lebih digalakkan, namun perlu ada bahagian pengajaran yang teacher-centered. Ini untuk memastikan pelajar mempunyai pengetahuan asas yang cukup sebelum mencuba aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar.
        • Guru boleh memberi maklumat melalui syarahan, demonstrasi dan video tentang sesuatu topik terlebih dahulu (teacher-centered). Kemudian guru boleh meminta pelajar menyelesaikan suatu permasalahan berkenaan topik itu melalui perbincangan dalam kumpulan (student-centered).
        • Seterusnya guru perlu memilih teknologi, media dan bahan yang sesuai mengikut kemampuan.
    • 4. Utilize Technology, Media, and Materials.
      • Preview the Technology, Media, and Materials: Memastikan peralatan dan bahan dalam keaadaan baik dan sedia digunakan.
      • Prepare the Environment: Memastikan keadaan tempat pembelajaran sesuai dan kondusif sebelum sesi pengajaran bermula.
      • Prepare the Learners: Pelajar perlu dimaklumkan tentang objektif pembelajaran dan bagaimana mereka akan dinilai.
      • Provide the Learning Experience: Pastikan proses pengajaran dijalankan seperti yang telah dirancang.
    • 5. Require Learner Participation
      • Guru perlu merancang bagaimana untuk mendapatkan penglibatan pelajar (pendapat individu, pembentangan hasil perbincangan kumpulan dsb.).
    • 6. Evaluate and Revise
      • Guru menilai keberkesanan pengajaran, uijian, peralatan dan bahan yang digunakan. Pastikan anda mendapat maklum balas pelajar juga.
  3. Sila rujuk: 
  4. Dick and Carey
    • Terdapat 9 langkah
      • 1. Instructional Goals
      • 2. Instructional Analysis
      • 3. Entry Behaviors and Learner Characteristics
      • 4. Performance Objectives
      • 5. Criterion-Referenced Test Items
      • 6. Instructional Strategy
      • 7. Instructional Materials
      • 8. Formative Evaluation
      • 9. Summative Evaluation

Kenapa guru perlu tahu tentang teori dan model pembelajaran?

  1. Secara umumnya adalah untuk membolehkan seseorang guru menjadi lebih efektif dan efisien ketika ditugaskan menguruskan pengajaran dan pembelajaran  pelajar-pelajarnya.Pengetahuan tentang teori pembelajaran membolehkan seseorang guru merancang suatu pengajaran yang berkesan mengikut situasi pelajar dan konsep atau kemahiran yang hendak diajar.Sebagai contoh, sekiranya seorang guru Matematik ingin para pelajarnya mahir dengan pengiraan pendaraban, guru tersebut boleh bermula dengan memperkenalkan konsep pendaraban dan memberikan beberapa contoh pengiraan. Guru seterusnya boleh menyuruh para pelajarnya membuat latihan dengan menyelesaikan beberapa soalan pendaraban. Peringkat ini adalah aplikasi kepada teori behaviorisma yang bertujuan memastikan pelajar faham tentang konsep asas dan mahir dengan kemahiran yang spesifik.Setelah para pelajar mahir dengan konsep dan skil asas pendaraban, bagi melatih pelajar menguasai pendaraban dengan aras yang lebih tinggi, guru boleh meminta para pelajarnya meneroka permasalahan dunia sebenar yang boleh memanfaatkan kemahiran yang mereka baru pelajari ini. Peringkat ini mengaplikasikan teori konstruktivisma.
  2. Pengetahuan yang baik tentang model rekabentuk pengajaran pula membolehkan seseorang guru dapat merancang sesuatu pengajaran dengan lebih sistematik kerana ISD menyediakan langkah-langkah yang mudah diikuti.

Info tambahan daripada ahli komuniti KAJI.my:

  1. A182 A: https://sites.google.com/view/the-chegus/home?authuser=1
  2. A182 B: https://prettrio.wixsite.com/theprettrio

Kembali ke Laman Utama Teknologi Pendidikan

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
18 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Anis Roszi
Anis Roszi
May 24, 2019 2:34 pm

NOR ANIS BINTI ROSZI (264874)
Berdasarkan bab ini, seorang guru perlu mengetahui kaitan antara pembelajaran dan teori juga beberapa fakta-fakta penting yang perlu ada dalam teori pembelajara. Guru perlu model rekabentuk pengajaran untuk sesuaikannya dengan sesi pembelajaran pelajar. Terdapat empat model rekabentuk pengajaran yang boleh digunakan oleh guru.

Amilia Aminudin
Amilia Aminudin
May 24, 2019 1:17 pm

NUR AMILIA BINTI AMINUDIN 264557. Berdasarkan bab ini, saya dapat mengetahui kaitan antara teknologi masa kini dengan pendidikan. Pengajaran di dalam bab ini mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang efektif dan efisien untuk meguruskan pengajaran dan pembelajaran ketika saya bergelar guru nanti. Pengetahuan tentang teori pembelajaran membolehkan seseorang guru merancang suatu pengajaran yang berkesan mengikut situasi pelajar dan konsep atau kemahiran yang hendak diajar.

Nashrah Zulkifli
Nashrah Zulkifli
May 23, 2019 2:06 pm

NOOR NASHRAH BINTI ZULKIFILI(261139)
Berdasarkan topik ini saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang teori dan model pembelajaran. Terdapat empat teori yang penting dan harus ditumpukan dalam kursus ini iaitu behaviorisme, kognitif, konstruktivisme, dan connectivisme. Hal ini amat penting untuk dijadikan panduan bagi guru dalam pengajarannya kelak. Saya juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang model rekabentuk yang telah dijelaskan iaitu ADDIE, ASSURE DAN DICK & CAREY. Hal ini amat berguna bagi saya kerana sebagai bakal guru, saya dapat mengetahui hal yang berkaitan dengan teknologi ini supaya dapat membantu memudahkan sistem pengajaran saya kelak

Ila Nabila
Ila Nabila
May 23, 2019 5:12 am

berdasarkan topik ini, ingin saya membuat penambahbaikan untuk bahagian model ASSURE. Sebenarnya ASSURE merujuk kepada A= Analyze Learner, S=State Standards and objectives, S=Select strategies, U= Utilize technology, Media and Materials, R= Require learner participation, E=Evaluate and revise. Untuk Analyze learner, ingin saya jelaskan di sini bahawa seseorang guru itu perlulah berinteraksi dengan pelajar secara langsung atau dengan meneliti rekod pelajarnya. Guru itu perlu tahu tentang harapan, sikap, latar belakang, aras kebolehan, pengetahuan sedia ada murid terhadap sesuatu tajuk itu terlebih dahulu sebelum memulakan pengajarannya . Manakala, untuk State standards and objectives pula, guru itu perlulah menentukan objektif atau hasil pembelajaran… Read more »

SOFIATUL JANNAH
SOFIATUL JANNAH
May 22, 2019 3:47 am

SOFIATUL JANNAH BINTI SABRI (261379)
berdasarkan topik ini saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang teori dan model pembelajaran. terdapat empat teori yang penting dan harus ditumpukan dalam kursus ini iaitubehaviorisme, kognitif, konstruktivisme, dan connectivisme. hal ini amat penting untuk dijadikan panduan bagi guru dalam pengajarannya kelak. saya juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang model rekabentuk yang telah dijelaskan iaitu ADDIE, ASSURE DAN DICK & CAREY. hal ini amat berguna bagi saya kerana sebagai bakal guru, saya dapat mengetahui hal yang berkaitan dengan teknologi ini supaya dapat membantu memudahkan sistem pengajaran saya kelak

NajihahNubli
NajihahNubli
May 21, 2019 8:09 am

Nurin Najihah bt Ahmad Nubli (263012). berdasarkan pembelajaran saya daripada bab ini, saya mendapati terdapat teroi-teori yang dapat digunakan dalam pembelajaran teknologi pendidikan ini. terdapat empat teori yang dapat digunakan dalam pembelajaran kursus ini iaitu behaviorisma (berpusatkan guru), proses maklumat secara kognitif (berpusatkan guru), konstruktivisma(berpusatkan pelajar) dan connectivism (berpusatkan pelajar). selain itu, terdapat juga model yang membawa maksud suatu persembahan grafik, formula matematik, fizikal atau verbal tentang sesuatu aspek daripada realiti. dalam kursus ini terdapat model reka bentuk pengajaran yang banyak digunakan dalam menghasilkan bahan pembelajaran iaitu ADDIE, ASSURE dan DICK & CAREY. model rekabentuk pengajaran (ISD) adalah bertujuan untuk… Read more »

Sh. Nur Iman Farihin
Sh. Nur Iman Farihin
May 21, 2019 5:15 am

SH. NUR IMAN FARIHIN BINTI SH SAHAR (264130) Hasil pembelajaran daripada bab ini, saya dapat mengetahui maksud teori dan pembelajaran. Selain itu, saya juga dapat membezakan keempat-empat teori yang ditekankan dalam bab ini iaitu teori behaviorism, kognitif, konstruktivisma dan connectivism. Seterusnya, melalui bab ini juga saya dapat mengetahui model rekabentuk pengajaran yang popular digunakan dalam menghasilkan sesuatu kursus atau bahan pengajaran seperti Addie, Assure dan Dick & Carey. Pembelajaran dalam bab ini membolehkan seorang guru itu mengajar dengan lebih efektif dan efisien. Di samping itu, model rekabentuk pengajaran juga dapat membantu para pelajarnya untuk lebih faham dan tertarik dalam sesi… Read more »

Nur Amirah Bt M.Razali
Nur Amirah Bt M.Razali
May 20, 2019 4:26 pm

Apa yang saya boleh konklusikan daripada bab 2 iaitu teori2 dan model2 dalam teknologi maklumat dalam pendidikan ialah saya dapat mengetahui maksud & perbezaan di antara teori dan pembelajaran. Selain itu, 4 teori pembelajaran yang penting ialah behaviorism, kognitif, konstruktivisma dan juga connectivism. Sebagai guru, pemahaman terhadap teori2 ini sangatlah penting agar kita dapat mengetahui jenis pelajar dan cara untuk mengawal mereka di dalam bilik darjah. Seterusnya, model rekabentuk pengajaran seperti ADDIE dapat membantu membimbing guru dalam menyediakan bahan permbelajaran yang berkesan. Hal ini kerana, ADDIE merupakan urutan yang boleh diaplikasikan guru bagi mengesan keberkesanan sesuatu bahan pembelajaran yang digunakan.… Read more »

Nur Farah
Nur Farah
May 20, 2019 4:26 pm

NUR FARAH BINTI ABDULL RAMAN (264928) Melalui bab ini iaitu teori-teori dan model-model, saya mempelajari tentang teori dan model yang boleh digunakan oleh guru untuk menyediakan bahan pengajaran. Guru perlu bijak dalam menggunakan teori ini mengikut keadaan pelajarnya. Dalam bab ini, teori lebih tertumpu kepada empat iaitu behaviourisma, kognitif, konstruktivisma dan connectivisme. Manakala bagi model pula, ia terdiri daripada 3 bahagian. Teori dan model ini boleh digunakan oleh guru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan wujudnya teori dan model ini, guru dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan pelajar dan seterusnya dapat membuat penambahbaikan pada masa hadapan… Read more »

hani sofiah
hani sofiah
May 20, 2019 4:25 pm

HANI SOFIAH BT AB HAFIZ (264894) Apa yang telah saya pelajari dari topik ini, teori dan pembelajaran mempunyai maksud yang berbeza dan teori pembelajaran juga mempunyai maksud yang berlainan. Dalam bab ini juga, terdapat 4 teori yang perlu ditumpu iaitu berhaviorisme, cognitivism, constructivism, dan connectivism yakni guru boleh menggunakan sebagai rujukan untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga dapat mengetahui apakah perbezaan model dan teori. Saya juga dapat mengenali dan belajar tentang 3 model di bawah ISD yang boleh digunakan oleh guru di dalam pengajaran dan pembelajaran agar lebih menarik. Akhir sekali, saya juga mempelajari mengapa pentingnya… Read more »

AIZARINA AZUREEN
AIZARINA AZUREEN
May 18, 2019 10:50 am

AIZARINA AZUREEN SOFIAN (261965)
Teori dan model menerangkan bahawa ianya amat penting bagi seorang guru atau pelatih untuk mengajar dan melatih para pelajarnya berasaskan konsep dan kemahiran yang sesuai. Ia juga membolehkan seorang guru menjadi lebih efektif dan efisien apabila ditugaskan bagi menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 4 teori yang diperkenalkan dalam bab ini iaitu behaviorisme, proses maklumat secara kognitif, konstruktivisme dan connectivism dan dalam bab ini juga terdapat 3 model rekabentuk pengajaran yang dapat diikuti iaitu ADDIE, ASSURE, dan Dick & Carey. Menerusi model rekabentuk pengajaran ini membolehkan seorang guru merancang sesuatu pengajaran dengan lebih sistematik.

E VA
E VA
May 17, 2019 8:46 am

EVA (701752) 1.Dalam kajian kedua menjelaskan pelbagai jenis teori dan model dalam pembelajaran. Penjelasan yang jelas dapat memberi kemudahan kepada calon pendidik untuk mempersiapkan diri untuk menjadi pendidik yang berkualiti. 4 jenis teori pembelajaran diterangkan secara ringkas dan jelas. Definisi danjenis teori tidak ada rujukan watak dari teori, yang akan menimbulkan persoalan siapa yang menjadi perintis teori yang termasuk dalam laman web. Penjelasan mengenai perbezaan dalam model dan isu hanya ditulis dalam satu ayat. keperluan klausa tambahan sebagai ayat sokongan perbezaan ini. Saya kurangmemahami perbezaan daripada model dan teori. 2.Titik terakhir yang membincangkan keperluan guru untuk mengetahui tentang teori dan… Read more »

zarifah
zarifah
May 16, 2019 8:43 am

ZARIFAH BT MAT AKHIR (262476)
Melalui bab ini,saya mempelajari teori dan model pembelajaran. Dalam bab ini saya dapat membezakan apa itu teori dan model. Terdapat juga beberapa model rekabentuk pengajaran yang popular dalam menghasilkan sesuatu kursus atau bahan pembelajaran antaranya ialah ADDIE,ASSURE dan Dick and Carey.

Anis_Azwani
Anis_Azwani
May 15, 2019 3:46 pm

Nur Anis Azwani Binti Mohd Azhar (264325)
Pada topik ini saya mempelajari apa yang dikatakan dengan teori dan model pembelajaran. Pengetahuan ini amat berguna kepada para guru dalam menyediakan bahan pengajaran. Guru perlu menggunakan teori atau model yang sesuai dengan keadaan pelajarnya. Teori tertumpu kepada 4 manakala model terdiri daripada 3 bahagian. Teori dan model membantu dalam satu proses P&P. Dengan adanya teori dan model ini, guru dapat mengesan kelebihan dan kekurangan pelajarnya. Tidak dinafikan di sini bahawa guru-guru boleh merancang proses P&P dengan lebih berkesan dan lebih sistematik.

farhanikassim
farhanikassim
May 15, 2019 3:13 pm

Noor Farhani Bt Mat Kassim (263531) Pada tajuk ini saya dapat simpulkan bahawa model-model rekabentuk pelajaran akan membantu guru serta pelajar dalam menambahbaik teknik pembelajaran. Terutamanya dalam teknologi yang menjadi pilihan masa kini. Dengan adanya teori dan model reka bentuk ini guru-guru boleh membantu pelajar melalui proses pembelajaran tentang teori dan model reka bentuk dari mula hingga akhir. Mereka juga dapat kaitkan bagaiman teori-teori itu mempengaruhi model reka bentuk. Teori terbahagi kepada empat topik iaitu behaviorisma iaitu pembelajaran melalui pemerhatian. kedua, proses maklumat secara kognitif dimana pembelajaran melalui proses yang menguruskan input untuk jangka masa yang pendek dan panjang. ketiga,… Read more »

Rabbaniyah Mohamed
Rabbaniyah Mohamed
May 14, 2019 1:56 am

Rabbaniyah Binti Mohamed (264387)
Pada entri kali ini pula, kita didedahkan tentang teori dan model pembelajaran. Kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing. Terdapat empat tumpuan utama untuk teori manakala bagi model, terdapat tiga rekabentuk utama. Semuanya amat penting untuk seseorang guru itu memahami konsep ini bagi memudahkan proses pembelajarannya berlansung.

Fong Aun Ling
Fong Aun Ling
May 12, 2019 3:46 am

Fong Aun Ling 262915 Kelas A Kumpulan 3 Pada pendapat saya, topik ini menerangkan teori pembelajaran dengan jelas. Saya dapat belajar 4 Jenis Teori Pembelajaran, iaitu Behaviorisma, Proses maklumat secara kognitif, Konstruktivisma dan Connectivism dan bagaimana menggunakan keempat-empat jenis teori pembelajaran untuk memperoleh, memahami dan mengingati ilmu pengetahuan dan kemahiran selepas diajar oleh guru. Tambahan pula, saya juga dapat mempelajari cara perbezaan antara model dan teori, iaitu model biasanya digunakan untuk menggambarkan aplikasi suatu teori untuk sesuatu isu. Terdapatlah 3 model rekabentuk pengajaran digunakan untuk menghasilkan sesuatu kursus atau bahan pembelajaran juga perlu diberikan perhatian, iaitu ADDIE, Assure dan Dick… Read more »

Nor Hanisah Mohd Nor
Nor Hanisah Mohd Nor
May 11, 2019 8:29 am

teori dan model pembelajaran adalah berbeza tetapi berkait. terdapat 4 teori pembelajaran yang diberikan tumpuan dan 3 model reka bentuk pengajaran. Model dan teori pembelajaran penting kepada guru untuk proses pengajaran